Secara jujur, Pastel Lite merupakan duo yang memainkan muzik elektronik pop terbaik setakat ini. Eff Hakim dan Faliq Mohd adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam scene indie. Sebelum ini mereka berdua telah mengeluarkan album Balada yang mengandungi 10 buah lagu dan kebanyakannya adalah lagu berbahasa Inggeris.

Jika sekali dengar, ia terasa seperti mellow sedikit. Mungkin penggemar muzik inggeris pasti tertarik dengan lagu-lagu mereka ini. Ada yang mengatakan lagu mereka mempunyai vibe seperti Tame Impala dan Lana Del Rey, tetapi Pastel Lite adalah Pastel Lite.

Penulis mengenali mereka dari video muzik Damsel. Pertama kali mendengarnya, penulis hanya mampu berkata, “Ini taraf antarabangsa.”

Tahun 2019 adalah tahun buat mereka berdua. Album Pop Bilik Tidur baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada 25/10/2019 bertempat di The Bee, Publika. Bersama artis undangan (The Impatient Sisters, Francissca Peter, Yuna) untuk meraikan Pastel lite. Boleh dikatakan pada malam itu, kaum lelaki berasa tercabar dengan women empowerement!

Menyaksikan persembahan mereka secara langsung membuatkan penulis merasa ‘kesan’ dari lagu Pop Bilik Tidur. Lagu-lagu didalamnya rancak dan diadun dengan baik. Lirik mudah difahami dan penulis yakin pendengar-pendengar arus perdana akan tertarik dengan lagu-lagu di dalam ini. Tarikan utama pastilah Hello Sayang, di mana video muziknya dirakam di rumah Yuna sendiri! Dan tidak lupa juga sentuhan suara dari Naza The Times membuatkan ada gaya seperti ‘kasanova’! Tetapi pada malam itu, Naza tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.

Menurut Faliq dan Eff, 70 peratus dari lagu-lagu di dalam Pop Bilik Tidur ini dihasilkan di dalam bilik tidur mereka sendiri. Mereka tidak terlalu stres untuk menghasilkan lagu-lagu album terbaru mereka. Jika diikutkan sebenarnya ada lagi 15 buah lagu yang sepatutnya keluar, tetapi mereka menunggu kematangan karya tersebut barulah mereka akan meriliskannya.

Anda tak perlu ulang beberapa kali untuk menghafal lagu-lagu di dalam Pop Bilik Tidur. Ia ceria, seronok, dan sekali harung saja anda boleh merasai mood itu. Jika diikutkan ini sebenarnya pertama kali mereka menghasilkan album berbahasa melayu sepenuhnya.  Pandangan peribadi penulis sendiri, ia adalah eksperimen yang menjadi dan mesra radio pastinya. Mereka juga akan mengadakan tour seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak).

Ini antara hasil dari Pastel Lite sepanjang karier mereka:

ETCETERA (2014)

  1. Assassin
  2. Gold
  3. Conquest
  4. Underdog
  5. Child

BALADA (2017)

  1. Damsel
  2. People
  3. Aneh
  4. Into Flames
  5. Caramel
  6. Masa Kita
  7. Trust It (Dreams)
  8. Sunny
  9. Idolised
  10. Zenith

POP BILIK TIDUR (2019)

  1. Gadis Indie
  2. City Love
  3. Hello Sayang
  4. Matahari
  5. Disko Pelangi
  6. Gadis Indie (Akustik oleh The Impatient Sisters)
  7. Disko Pelangi (remix)

Mungkin ada yang bertanya, kenapa mereka tidak meriliskan lagu mereka di platform digital? Lagu-lagu mereka akan diriliskan di platform digital pada Januari 2020 nanti. Di dalam Spotify, anda masih boleh mendengar album Balada dan juga EP Etcetera.

Jika anda berminat dengan Pastel Lite, boleh sahaja berikan peluang telinga anda untuk menghadam lagu-lagu mereka. Ikuti media sosial mereka untuk perkembangan mereka.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mirza Danish merupakan seorang copywriter yang bekerja di syarikat swasta. Seorang pembaca dan juga penulis cerpen. Masa lapangnya diisi dengan bermain gitar, membuat vlog dan juga pergi ke gig pada hujung minggu. Juga merupakan seorang fanclub 'Hujan' yang digelar Raingers. Graduan dari UiTM Pasir Gudang dalam bidang kejuruteraan awam.

Comments are closed.