Pontianak Dan Doula

935
views

Bila aku menulis bab vaksin, maka muncul golongan anti vaksin yang tolak vaksin guna alasan agama.

Katanya Nabi dulu tak vaksin pun, lepas tu melarat kepada golongan perubatan moden, katanya Nabi dulu cukup makan makanan Sunnah, tak perlu ke hospital ciptaan Yahudi.

Sekarang timbul balik geng anti beranak di hospital, katanya nak beranak kat rumah macam orang zaman dahulu lebih islamik, mak saya elok sahaja lahirkan 10 orang anak kat rumah, ciptaan Allah dah sempurna, tak perlu beranak cara yahudi, cukup beranak macam isteri Nabi, atau macam Mariam ibu Nabi Isa.

Lalu bila ada bayi yang mati akibat jangkitan kuman, atau bila ada yang mati asbab tak pergi berubat di hospital, atau bila ada si ibu yang mati waktu bersalin kat rumah: katanya itu semua takdir, kita orang islam kena terima takdir, semua orang akan mati, vaksin ke tak vaksin, berubat cara homeopathy atau moden, beranak kat hospital atau kat rumah, bila dah Allah takdir mati, maka mati jugak.

Bila aku bagi data, akan bagaimana kematian selepas vaksin yang berkurang selepas vaksin diperkenalkan, kadar kematian ibu dan bayi yang berkurang selepas rawatan moden diperkenalkan, mereka selamba tolak data dan berhujah cukup dengan guna pengalaman orang tua zaman dahulu.

Kata mereka, nenek saya dulu beranak kat rumah, ok jer!

Ok kata kau? Arwah nenek jiran aku cerita zaman dulu jangan keluar malam-malam nanti puntianak dan toyol datang kacau, aku ingat mereka bergurau, tapi mereka serius. Bila ‘black out’, orang tua tua akan duduk dekat lilin dan bercerita asal usul hantu.

Rupanya puntianak ni berasal dari perempuan yang mati waktu bersalin dan toyol pula berasal dari bayi yang juga mati waktu mak nya bersalin.

Tapi Alhamdulillah, sejak perubatan moden diperkenalkan, sejak Doktor moden ganti bidan diperkenalkan, sejak vaksin di perkenalkan, kematian ibu dan bayi sewaktu bersalin sangat sedikit. Subhanallah!

Patutlah zaman sekarang, puntianak dan toyol susah nak jumpa.

Woha!

Ps: Tak salah nak beranak kat rumah, tapi biarlah ada pakar kelahiran yang mengendalikannya. tolong jangan kembalikan zaman puntianak berleluasa. Ini serius!