Pliny the Younger telah meninggalkan dua pucuk surat menceritakan sedikit sebanyak tentang nasib yang menimpa Pompeii, Herculaneum, Oplontis dan Stabiae. Keempat-empat kota ini, terutamanya Pompeii, sangat terkenal oleh kerana dibina berhampiran dengan Gunung Vesuvius.

Sejarawan tidak begitu pasti tentang tarikh paling tepat. Secara tradisional, mereka berkata hari tersebut jatuh pada 24 Ogos 79. Hipotesis moden meletakkan 17 Oktober 79. Tetapi apa yang pasti, Empayar Rom bergegar pada tahun tersebut.

Gunung Vesuvius tidak mengeluarkan sekadar lava. Sebaliknya kandungan perut bumi – tephra (batu) dan gas panas – dihamburkan setinggi 33 kilometer, dengan kekuatan 100,000 kali ganda lebih tinggi daripada Fat Man dan Little Boy yang dijatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki (Sexton, 2018).

Letusan ini menenggelamkan kota-kota tersebut dengan isi perut antara empat hingga enam meter tinggi.

Pompeii dan Herculaneum mempunyai 20,000 orang ketika itu. Sekurang-kurangnya 1,500 orang terbvnvh kerana letusan ini (tetapi saintis tidak menolak kebarangkalian jumlah kem4t1an sebenarnya jauh lebih ramai).

Salah seorang dipercayai terhempap kepala sendiri dengan bongkah batu besar (BBC, 2018).

Tetapi dapatan sains menafikan prasangka tersebut, kerana kepala individu malang tersebut ditemui elok (Blakemore, 2018).

Individu tersebut dipercayai tertimbus dan m4t1 sesak nafas. Ketika Gunung Vesuvius meletus, abu dan batu keluar dulu.

Esoknya pula gas panas dengan angin bagaikan taufan. Jadi individu tersebut sudah tertimbus – sebelum bongkah ini jatuh dan melekat di bumi bersama rangkanya.

Ramai lagi yang pergi buat selamanya dalam keadaan yang meny4k1tkan.

Dipercayai seorang ibu dengan anak kecilnya.
Budak

Tetapi sebenarnya Gunung Vesuvius tidak selalu meletus, kadangkala dijurangkan selama ratusan tahun pun – jadi lembah dibawah puncak ini memang subur-subur belaka.

Maka fahamlah kenapa populasi begitu ramai (untuk zaman tersebut) berkerumun di sini, mengambil manfaat daripada Teluk Naples lagi.

Sungguhpun begitu, mereka semua sudah diberikan amaran semulajadi. 17 tahun sebelum hari penentuan, Teluk Naples sudah digegarkan dengan gempa yang kuat. Pompeii mengalami ker0s4kan teruk yang belum dibaiki sepenuhnya sampai hari penentuan pun.

Gunung Vesuvius memastikan Pompeii takkan kembali. Bandar Pompei hari ini tidak sama dengan kota silam Pompeii, dengan binaan pun berlainan tetapi masih lagi diapit Gunung Vesuvius.

Tetapi sejarah Pompei yang moden masih lagi menyimpan rahsia Pompeii lama. Dan aktiviti arkeologi masih lagi rancak hingga sekarang. Baru-baru ini rangka dua orang ditemui yang berasal daripada kota Pompeii.

Mereka ialah tuan dan juga h4mb4, yang menunjukkan gaya hidup diamalkan suatu masa dulu di Pompeii.

Terletak di Civita Giuliana, Itali, dua orang ini ditemui dalam sebuah kamar bawah tanah rumah mewah. Mereka pun cuba melarikan diri tetapi mendapati semua tempat telah ditimbus dengan isi perut bumi.

Jadi sinilah tempat dimana mereka mencuba nasib, jelas sekali tidak berjaya kerana dib4h4m jua.

Kajian yang dibuat mendapati sisa jubah kapas pada lelaki yang berusia 40-an itu… dan lelaki kedua pula masih dalam 20-an hanya memakai baju biasa, dengan tulang belakang yang agak teruk.

Usia muda dan keadaan tulang begini memberikan gambaran bahawa lelaki kedua ialah seseorang yang bekerja keras, tidak lain tidak bukan seorang h4mb4 yang bersama tuannya.

Mereka m4t1 dalam keadaan yang sangat teruk. Kaki dan tangan mereka didapati dikepal, menandakan kes4k1tan akibat l3cvran panas pada sembilan pagi. Kulit dan otot dib4k4r ketika mereka masih hidup, meninggalkan tulang dan gigi dalam keadaan diawet.

RUJUKAN:

BBC. (2018, Mei 30). Pompeii victim (ditapiskan) by boulder while fleeing eruption.

Sexton, R. (2018, Ogos 30). Mount Vesuvius and the Dark Romance of Disaster. Art Institute Chicago.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.