Politik Los Santos

611

Setibanya Carl Johnson di Lapangan Terbang Los Santos, dia telah disambut oleh dua orang pegawai polis, iaitu Tenpenny dan Pulaski.

Kedua-dua pegawai yang ‘kotor’ ini, terlibat dalam pelbagai aktiviti jenayah seperti peras ugut, mengedar dadah dan sebagainya. Oleh itu, pulangnya Carl di Los Santos, memberi mereka idea untuk menggunakan beliau sebagai ‘budak suruhan’ dalam membantu aktiviti jenayah mereka berdua.

Rencana jahat ‘teragung’ adalah dengan meletakkan kesalahan membunuh seorang lagi pegawai polis, bernama Ralph Pendelbury ke atas Carl. Mereka berdua mengugut untuk memberi kenyataan palsu, bahawa mereka berjaya memberkas Carl dengan senjata api yang digunakan dalam pembunuhan Pendelbury.

Untuk pengetahuan anda semua, Pendelbury telah dibunuh oleh Tenpenny dan Pulaski kerana dilihat sebagai ancaman kepada aktiviti jahat mereka.

Untuk pengetahuan anda semua, Rodriguez telah dibunuh oleh Tenpenny dan Pulaski kerana dilihat sebagai ancaman kepada aktiviti jahat mereka.

Dari situ, Carl terpaksa membuat pilihan sukar di antara antara kehidupan yang ‘bebas’, yakni dengan bekerja sebagai pembunuh upahan bagi Tenpenny dan Pulaski, atau kehidupan di sebalik jeriji besi penjara.

Sambil Carl bertugas sebagai ‘agen’ kepada Tenpenny dan Pulaski, beliau telah berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai seorang gangster yang kejam dan mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai individu berpengaruh seperti Woozie (salah seorang daripada ketua kumpulan kongsi gelap Cina / Triad) dan juga seorang agen dari agensi kerajaan yang bertanggungjawab ke atas operasi “Dirty War” bernama Toreno.

Namun, kenaifan Tenpenny dan Pulaski dengan membiarkan Carl hidup bebas dan mempunyai rakan-rakan berpengaruh, kembali menghantui mereka. Pulaski yang dalam cubaannya untuk membunuh Carl, telah dibunuh. Manakala Tenpenny pula terbunuh di dalam kemalangan setelah terjadinya aksi kejar mengejar antara dia dan Carl di tengah-tengah Bandar Los Santos.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.