Politik Identiti Dan Ozil

0
580
views

Politik identiti (politics of identity) dalam dunia bola sepak semakin menjadi-jadi mutakhir ini. Sebelum ini ada kontroversi tentang skuad pemain Perancis samada mereka lebih “Perancis” atau lebih “Afrika”, sekarang Mesut Özil pula yang mengumumkan persaraannya daripada mewakili skuad Jerman.

Özil menyatakan “racism dan disrespect” sebagai puncanya bersara. Özil merupakan salah satu daripada lebih kurang 3 juta penduduk Jerman yang berketurunan Turki. 3 juta tu ramai juga, kira-kira 4% daripada keseluruhan penduduk Jerman (83 juta), menjadikan komuniti Turki kumpulan minoriti terbesar di Jerman.

Jetpack Langkawi

Dan itu juga merupakan penyebab sentimen anti-Turki yang tebal di Jerman. Selepas penyatuan Jerman tahun 1990, ekonomi Jerman tak mampu menyerap penduduk Jerman Timur yang ramai, maka ramai penduduk asal Timur menganggur. Dan penganggur ni tak puas hati bila nampak orang Turki boleh ada kerja, maka ramai menyertai kumpulan “Neo-Nazi” dan menyerang orang Turki. Agak ironik sebab Ataturk tu idola Hitler dulu, ada dikupas dalam “Atatürk in the Nazi Imagination” (2014) oleh Stefan Ihrig.

Jadi tak hairan bila pasukan Jerman kalah, maka orang mula nak jadikan Özil sebagai kambing hitam. “German when you won, immigrant when you lost”. Sebelum Piala Dunia dah ramai yang tak puas hati dengan Özil sebab dia pergi bergambar dengan Erdoğan semasa Mei 2018. Jadi lepas kekalahan Jerman dalam Piala Dunia, perasaan tak puas hati terhadap Özil terus meletup.

Ada juga yang kata Özil sendiri yang cari pasal, sebab sehingga hari ini Özil masih memegang dua pasport (Jerman dan Turki), ada dua kerakyatan. Malah Özil sendiri kata dia ada dua hati, satu untuk Jerman satu untuk Turki. Bila orang mempersoalkan kesetiaannya, Özil memetik nama Lukas Podolski (yang juga memegang dua pasport, satu Jerman satu Poland) sebagai bukti “double standard” pengkritiknya. Özil kata orang tak bising pasal Podolski tapi bising pasal dia sebab dia Turki, dan sebab dia Muslim. Soal kesetiaan hanyalah poyo, masalah sebenar ialah Islamophobia.

Tapi kelebihan Özil ni dia jujur, dia tak kata “I’m German first” pastu keluar kenyataan persaraan dalam Bahasa Turki. Özil cuma nak buktikan bahawa tiada percanggahan antara menjadi rakyat Jerman yang integrate ke dalam budaya mainstream, pada masa yang sama berbangga dengan “root” dia. Dia sedang menguji “multiculturalism” yang diwar-warkan oleh Barat, sejauh mana mereka boleh mengamalkannya, atau sekadar “lips service” dan hipokrisi.