Kemenangan Donald Trump dalam Pilihanraya Presiden 2016 sekali lagi membuktikan bahawa kebodohan pengundi-pengundi Amerika Syarikat tidak boleh diperlekehkan. Hampir 130 juta rakyat menurut serta untuk menepati obligasi pilihanraya. Tetapi Donald Trump mendapat majoriti kerusi parlimen sekaligus melenyapkan elemen kematangan dan profesionalisme yang diusahakan Barack Obama. Imaginasi yang paling mudah melakarkan seorang pembesar yang bongkak, panas baran dan tidak berupaya. Dan Rex Tillerson mengisikan tempat kosong sebagai orang ketiga paling penting dalam sebuah pentadbiran.

Perlantikan beliau sedikit sebanyak memaniskan kabinet beliau dengan pujian daripada ahli-ahli politik seperti Robert Gates dan Condoleezza Rice [1]. Beliau dianggap sebagai salah seorang big boys dan mampu mengurangkan bencana yang menanti. Ilmu dan pengalaman beliau daripada karier 30 tahun bersama syarikat Exxon sudah tentunya boleh dikatakan sebutir permata yang diperlukan. Sementara masyarakat sedunia mabuk dan ghairah dengan sambutan tahun baru 2006, Rex Tillerson disahkan sebagai Presiden dan Ketua Pengawai Eksekutif bagi syarikat minyak tersebut.

Inilah aset penting yang diperlukan sementara pembesar-pembesar lain lebih gemar berbicara tentang isu-isu remeh. Bayangkanlah beliau berjaya menguruskan amanah AS$400 bilion dengan baik, tanpa mengecilkan staf beliau ataupun skop perniagaan di hampir 200 negara. Segala daya usaha Exxon dibawah kepimpinan beliau meneruskan lagi perjalanan bagi gergasi bahan api tersebut. Beliau turut berkongsi hubungan baik bersama Vladimir Putin, yang dianggap negatif oleh ahli-ahli politik Amerika Syarikat. Selain itu, keinginan Exxon untuk berurusan di negara-negara autokratik pun ditempelak juga.

Namun Rex Tillerson tidak timbul ataupun karam angkara tersebut. Senang kata, beliau tenggelam akibat kesalahan-kesalahan yang tidak langsung berlaku di Exxon. Keretakan sudah boleh ditemui pada penghujung 2017 apabila beliau didakwa menggelarkan Donald Trump “a (klik untuk baca) moron” [2]. Perkara ini ternyata serius tetapi tidak mengejutkan, lebih-lebih lagi apabila beliau membuat penafian bahawa beliau tidak dibuai kemarahan semasa mengadakan mesyuarat di Pentagon.

Perpecahan dalaman ini tentu sekali akan dijadikan bahan politik apabila demam pilihanraya seterusnya bermula. Rex Tillerson pernah mengesahkan bahawa Amerika Syarikat tidak mempunyai sebarang masalah jika Bashar Assad berkuasa. Tetapi beberapa hari selepas kenyataan tersebut, Amerika Syarikat mengebom kawasan-kawasan penting di Syria. Keralatan tidak berhenti di situ, kerana pada 9 Jun, Rex Tillerson menggesa Arab Saudi hentikan peminggiran terhadap Qatar. Hanya dalam masa dua jam, Donald Trump menempelak Qatar sebagai peneraju utama keganasan di Timur Tengah [3]. Donald Trump juga pernah mematahkan usaha dialog Rex Tillerson bersama Korea Utara hanya dengan sepotong twit [4].

Mungkin juga perkara ini barangkali berlaku kerana perbezaan pendapat. Tetapi setelah meneliti perlantikan-perlantikan dibawah pejabat beliau, timbul pula sebuah masalah yang nyata. Rex Tillerson yang berpengalaman dalam pengurusan 80,000 orang staf di Exxon sebenarnya gagal melantik pegawai-pegawai penting di kedudukan utama. Sejak 3 April 2018, Arab Saudi sudah ketiadaan seorang duta selama 450 hari. Perlantikan terakhir bagi orang tengah antara Washington D.C. dan Riyadh sebenarnya dibuat Barack Obama pada 28 Mac 2014 sebaik sahaja James Smith meninggalkan kedudukan tersebut.

Tetapi bukan kegagalan dalam perlantikan ini sahaja mencetuskan tanda tanya kepada keupayaan beliau. Amerika Syarikat juga tidak mempunyai seorang duta di Korea Selatan sejak perlantikan Donald Trump. Amerika Syarikat memerlukan seseorang yang berkaliber memandangkan hubungan antara Korea Utara dan Korea Selatan dilihat semakin keruh. Masalah perlantikan juga boleh dilihat apabila hanya 64 daripada 153 perlantikan Rex Tillerson sahaja yang disahkan Dewan Senat. Beliau juga telah memecat ramai dalam kalangan ahli-ahli diplomat veteran tanpa mempunyai pengganti.

Ketiadaan duta serta kekurangan tenaga kerja telah membadaikan jabatan beliau. Impak akhirnya kembali kepada beliau juga kerana tindakan tidak dapat dibuat sepantas mungkin. Nama beliau pun kian tenggelam, dengan media lebih gemar melaporkan tentang Jared Kushner, Ivanka Trump dan Sean Spicer. Sekali sekala, timbul pula tentang Stephen Bannon dan Corey Lewandowski. Namun Rex Tillerson yang sepatutnya memperjuangkan kepentingan Amerika Syarikat di serata dunia dilihat senyap dan tidak sehaluan.

Identiti Amerika Syarikat dilihat kian terhakis. Kekurangan populariti kerajaan pula ditangkis dengan retorik misalnya Jerusalem. Dan Rex Tillerson akhirnya dipecat pada 31 Mac 2018 sebagai salah satu Setiausaha Negara paling teruk dalam sejarah. Kekeliruan yang mengerutkan dahi sebenarnya terletak kepada pengalaman beliau di Exxon. Rex Tillerson tidak sepatutnya menunjukkan prestasi pra-matang. Jika diteliti secara menyeluruh, bukan jabatan beliau sahaja yang mempunyai simptom ini.

Hampir setiap jabatan menyaksikan perlantikan yang sangat berkurangan sebaik sahaja Donald Trump memulakan pentadbiran. Beliau dipercayai tidak meluluskan senarai panjang cadangan perlantikan Rex Tillerson yang barangkali mencetuskan barah pembinasaan ini [5]. Kelemahan dari segi struktur turut menghentam Jabatan Pertahanan. Tetapi kejayaan Setiausaha Pertahanan Jim Mattis meskipun sekali sekala dipersoalkan media tidak memberikan sebarang keselamatan bagi Rex Tillerson.

Pengurusan Jim Mattis lebih kepada sokongan kepada birokrasi. Rex Tillerson pula mengharapkan orang-orang kanannya yang tidak berpengalaman dalam urusan Washington D.C. Kaedah ini menafikan segala jenis komunikasi dan sinergi untuk menjayakan sebuah jabatan. Jika itulah masalahnya, maka Rex Tillerson membuat keputusan yang gila apabila beliau melepaskan segala jawatan di Exxon.

Sungguhpun begitu, beliau masih lagi mengucapkan terima kasih kepada rakyat Amerika Syarikat tanpa langsung memberikan penghargaan kepada Donald Trump. Beliau juga menggelarkan Washington D.C. sebagai sebuah bandar yang tidak berperikemanusiaan. Kenyataan tersebut sememangnya memberikan pemahaman tentang masalah yang berbangkit.

Rujukan:

[1] https://www.politico.com/blogs/donald-trump-administration/2016/12/bob-gates-praises-tillerson-for-secretary-of-state-232555

[2] https://edition.cnn.com/2017/10/04/politics/tillerson-trump-commitment-moron/index.html

[3] https://edition.cnn.com/2017/10/04/politics/tillerson-trump-commitment-moron/index.html

[4] https://www.nbcnews.com/politics/politics-news/save-your-energy-rex-trump-tweet-undermines-sec-state-tillerson-n806381

[5] http://www.newsweek.com/why-were-white-house-staff-shouted-down-rex-tillerson-629961

[a] Gambar: Lawler Duggan/Reuters


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.