Bulan Mei mempunyai sejarah yang paling mengghairahkan. Mana tidaknya – kubu tergagung arus konservatisme telah ditumbangkan dengan platform demokrasi. Disebabkan peristiwa sedemikian, ramai menghamburkan curhat minda mereka yang menggalakkan kedatangan musafir-musfair masa bertahun-tahun kemudian.

Beberapa minggu selepas kebangkitan kerajaan baharu, ramai juga keluar kampung berpesta dengan propaganda anti-Melayu. Cuma dengan cilik mereka menyelindungi perkauman dengan semarak api kebebasan.

Antara institusi yang disasarkan ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM). Salah satu anasir yang menjulang sepanduk sedemikian ialah Politicalgags.

Mereka menggunakan hujah yang begitu lapuk dan jahil sekali – kaitkan UiTM dengan unsur-unsur perkauman di Amerika Syarikat. Meletakkan empat keping gambar – dua teratas ekstrimisme kulit putih yang tidak ingin berkongsi sekolah dengan kulit gelap. Dua dibawah pula protes-protes Melayu yang ingin mengekalkan eksklusiviti Melayu di UiTM. Kalau seorang Melayu itu rohnya masih lagi mentah dalam pentas politik, tentu sekali pendekatan ini akan membajakan pemahaman rasisme.

Politicalgags juga mengatakan bahawa “satu-satunya penghalang untuk kamu ialah kemalasan kamu untuk belajar bahasa baru.” Dan juga “UiTM mengajar mereka untuk berketuanan melebihi orang lain.” Dan akhirnya seperti biasa kerajaan lama dipersalahkan kononnya mencetuskan perkauman ini.

Menariknya bulan Mei juga sangat bersejarah untuk Amerika Syarikat. Pada 17 Mei 1954, Mahkamah Agung telah mencapai kata sepakat dengan keputusan sebulat suara. Pemisahan kaum daripada sekolah-sekolah awam diisytiharkan salah disisi perlembagaan.

Dalam perbicaraan dianggotai sembilan juri, semua menokhtahkan pemisahan sedemikian melanggari Klausa Perlindungan Kesamarataan dalam Pindaan Ke-14. Amerika Syarikat memerlukan keputusan kedua untuk menghentikan pemisahan kaum dengan segera.

Dalam suatu tempoh masa sebelum keputusan dibuat, politik Amerika Syarikat terutamanya negeri-negeri dalam Lingkaran Bibel sudahpun panas tentang perkara ini. Prospek orang kulit gelap menyertai sekolah-sekolah awam amat menakutkan mereka.

Sudahlah digelar macam-macam – coons, perkataan-N, black dan sebagainya – kini mungkin perlu kongsi kelas bersama mereka. Bagaikan kiamat, mereka membanjiri ruangan umum untuk menyuarakan ketidakpuasan hati.

Kalau mereka ini masih hidup zaman sekarang, jelas diketahui parti mana akan disertai. Asasnya begini – penentangan sosial mereka berkiaskan pro-pemisahan dalam sekolah-sekolah awam.

Definisi “sekolah awam” mempunyai pengertian lebih meluas di Amerika Syarikat. Ia bermaksud di peringkat universiti yang mana Harvard turut terlibat juga kerana mempunyai “Sekolah Undang-Undang”. Kalau di Malaysia, definisi sedemikian tidak digunakan kerana rakyat lebih biasa dengan “sekolah-sekolah kebangsaan”.

Disini jelas, anak-anak kulit gelap dilarang belajar di “sekolah-sekolah kebangsaan”. Realiti yang sama tidak berlaku di Malaysia. Pelajar-pelajar Cina dan India dibenarkan saja belajar di mana-mana sekolah-sekolah kebangsaan. Cuma perbezaannya MARA diasaskan sebagai tombak khusus kepada orang Melayu sahaja. Kalau perkara ini ingin dicetuskan unsur perkauman, kemunafikan dalam diri haruslah dicerminkan dulu.

  1. Dong Jiao Zong merupakan gabungan haluan kanan Cina yang sehingga hari ini tidak menggalakkan penyertaan orang Melayu. Malah gabungan ini masih belum melantik orang-orang kanan, waima pengerusi, secara sekata dalam kalangan orang Melayu dan India.
  2. Majlis Amanah Raya (MARA) pula diasaskan untuk membantu, mendidik dan memimpin kaum Bumiputera ke arah kejayaan. Diasaskan pada tahun 1951 sebagai RIDA, pihak pentadbiran menyedari implikasi ekonomi yang begitu besar kerana kemiskinan dalam kalangan petani-petani Melayu.
  3. Jadi MARA membentuk suatu haluan pendidikan dan perniagaan untuk membetulkan imbangan ekonomi yang mana Melayu ditimpa bala penjajahan dan amalan dasar perintah.

Kalau pengekalan UiTM sebagai hak Melayu ingin dicetuskan sebagai rasisme, Ops Lalang juga harus dipetik semula. Hanya kerana 100 orang dilantik dalam arus pendidikan Cina, bukan main lagi Dong Jiao Zong berpusu-pusu ke Kuil Thean Hou untuk memprotes. Kerajaan terpaksa membuang masa untuk menguruskan, menurut Politicalgags, rasisme dalam kalangan Cina ini.

Begitu ramai terpaksa dib3rk4s polis yang begitu komited dengan amanah lagi integriti suci supaya keadilan ditegakkan. Lucunya, perkara ini tidak disebutkan pun Politicalgags. Yang UiTM, satu-satunya institusi memperjuangkan imbangan Melayu boleh pula diperkotak-katikkan.

Kemudian Politicalgags ingin menyentuh tentang kemalasan (kamu) untuk belajar bahasa baharu. Perkara ini tidak perlu diulaskan pun, kerana semua tahu bangsa mana gagal berbahasa kebangsaan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.