Setiap perkara di Bumi ini mengharungi evolusi, terutamanya kebudayaan yang pejam celik sudah berubah. Dimana 20-30 tahun lepas komputer ialah perkakas kehendak – sekarang sudah menjadi keperluan terdesak. Dan dunia dilihat diubah dengan kedatangan komputer. Begitulah acuan dalam ekosistem kehidupan, bahawasanya arus ditentukan masyarakat berdasarkan keperluan semasa. Rencana sebelum ini menceritakan tentang suatu evolusi dalam kebudayaan manusia berkaitan perkahwinan.

Agama Menyebabkan Ketidaksamarataan Wanita?:

https://thepatriots.asia/agama-menyebabkan-ketidaksamarataan-wanita/

Selama ini darjat wanita dianggap rendah akibat perkahwinan, kerana ditentukan agama. Rencana tersebut menjelaskan sebaliknya, bahawa sebelum datangnya Judaisme (agama Nabi Musa as) pun darjat wanita telah direndahkan sebaik sahaja lahir pun. Memandangkan yang lepas menceritakan tentang perkahwinan satu, kali ini wajarlah topik dikembangkan kepada poligami pula – kerana manusia prasejarah pun mengamalkannya.

Pertama sekali poligami merupakan binaan sosial yang sangat sesuai diamalkan dalam pelbagai situasi. Selain daripada faktor zuriat, demografi juga memainkan peranan. Pemahaman tentang perkadaran jantina perlu diteliti semula. Lelaki dan wanita secara populasi tidak begitu jauh pun. Malah lelaki lebih ramai berbanding perempuan pada tahun 2015 (102:100). Dalam setiap 1,000 orang di dunia ini, 504 ialah lelaki. Dan bagi setiap 100 budak perempuan, 107 ialah budak lelaki.

Namun kaum lelaki mempunyai risiko meninggal dunia lebih tinggi, berdasarkan konteks moden. Bayangkan pula konteks masa dahulu dimana lelaki perlu sentiasa menyertai peperangan dan bergaul dengan orang keramaian angkara kerja dalam situasi barangkali tidak bersih tanpa sebarang imuniti. Apabila lelaki berkurangan, maka perempuan mempunyai dua pilihan: (1) tidak berkahwin atau (2) berkongsi suami.

Sama ada bersetuju atau tidak, itu persoalan lain. Inilah dikatakan binaan sosial, yang disedari manusia prasejarah. Berlawanan dengan poligami pula ialah poliandri dimana seorang wanita mempunyai lebih daripada seorang suami. Di Himalaya, poliandri ialah langkah terbaik untuk menjaga status tanah. Apabila semua abang-adik berkahwin dengan seorang perempuan, status tanah mudah ditentukan (bahawa akan diwarisi cucu pemilik tidak kira benih siapa pun). Jika seorang anak itu kahwin dengan orang lain, ternyata tanah perlu dibahagikan.

Dan rekabentuk poli yang lebih dahsyat sekali ialah perkahwiman kumpulan dimana sekurang-kurangnya lelaki dan perempuan dalam pasangan dua (atau lebih) berkahwin sesama sendiri. Misalnya John, James dan Jerry berkahwin dengan Marla, Martha dan Marilyn. Keenam-enam orang ini berkongsi masing-masing sebagai pasangan, kewangan, anak dan tanggungjawab rumah.

Berdasarkan rencana yang dipautkan, poliandri dan poli-kumpulan ialah cetusan tidak begitu relevan dengan prasejarah. Kerana lelaki yang berusaha demi perut anak isteri takkan mungkin berkongsi benih dengan orang lain. Jadi poligami yang merupakan cetusan bagaikan abadi ini wujud di luar lingkaran agama-agama Ibrahim pun. Sepertimana di Afrika sendiri, poligami diamalkan tanpa kecenderungan Islam dan Kristian apatah lagi Judaisme.

Pada tahun 2010, Presiden Jacob Zouma berpakaian kulit harimau bintang menari bersama isterinya yang kelima. Dua tahun kemudian, beliau berkahwin lagi.

Raja Mswati III pula mempunyai 15 orang isteri dan rambutnya masih belum putih pun. Jadi jujurnya, tiada siapa tahu tentang asal-usulnya melainkan klu-klu yang jelas. Poligami kerap diamalkan bagi tempat-tempat dimana jangka hayat bayi rendah (Vallely, 2010). Apabila wujud risiko hayat, sebuah keluarga memerlukan seorang (atau lebih) lagi ibu.

Zaman pep3r4ngan juga memainkan peranan seperti yang dikatakan. Peringkat sosial memerlukan perempuan untuk berkongsi suami, manakala landasan ketenteraan lagi politik pula merapatkan lagi silaturahim antara empayar/kerajaan melalui perkahwinan. Dengan perkahwinan poligami, sebuah kedaulatan lebih mudah dipelihara. Bagi sesetengah masyarakat, simbol sebuah status tidak terletak pada sekadar kewangan semata-mata – sebaliknya berapa ramai isteri seseorang itu ada. Keluarga besar ialah suatu kejayaan.

Penjelasan ini baru sekadar menyentuh tentang poligami sejarah – belum lagi menyentuh tentang prasejarah. Amalan berpoligami yang berterusaan selama 10,000 tahun telah meninggalkan kesan dalam genom manusia (Callaway, 2008). Sebelum itu pun ialah zaman apabila “semua perempuan berkongsi segelintir lelaki” (Le Page & Bhattacharya, 2003). Warisan kromosom Y berlaku kerana bapa. Ibu pula mewariskan anak DNA mitokondria. Maka apabila kajian menemui ketidaksekataan antara kromosom Y dan DNA mitokondria, perkaranya jelas – poligami diamalkan dulu.

Pakar antropologi Lewis Morgan pernah membuat kajian yang diterbitkan dalam buku Ancient Society. Morgan membentangkan dengan kemas dapatannya mengenai masyarakat Iroquois yang hidup secara nomad di Benua Amerika.

Masyarakat ini mempunyai unit-unit keluarga besar dalam hubungan poligami tetapi berlakunya kesamarataan antara lelaki dan perempuan (Morgan, 1877). Data dibuat Morgan kemudian digunakan Friedrich Engels dalam buku The Origin of Family, Private Property and the State, yang mana masyarakat prasejarah dikhabarkan hidup dalam rekabentuk komunisme prasejarah.

Namun sudah pastinya Friedrich tidak menyebut langsung tentang kesamarataan sosial dinikmati Iroquois. Namun masyarakat ini tidak hidup secara samarata dan poligami kerana kesedaran sosial, tetapi angkara keperluan. Apabila lelaki keluar memburu, perempuan pula perlu mengumpulkan akar kayu dan buah-buahan sambil menjaga anak. Jadi poligami bantu membina rangkaian kekeluargaan meluas, kerana semua orang bertanggungjawab untuk menjaga anak yang menjaminkan masa depan.

Amalan memburu menyuntik semarak api kesamarataan, dimana tiadanya seorang raja berkuasa secara feudal sambil melahap rakyat yang membanting tulang. Jika kepenatan kerja hari ini pun mengganggu imbangan hormon wanita sampai rendah sy4hw4t, apatah lagi zaman dahulu. Namun terdapat juga kajian yang menafikan hujah ini, kerana wanita didapati secara semulajadi dilahirkan untuk berhubung seramai-ramainya.

Secara biologi, lelaki yang mencapai kemuncak akan mengalami suatu tempoh dimana r4ngs4ngan sy4hw4t mustahil dibuat. Setelah pulih, tindakbalas pula didapati lebih rendah. Namun perempuan tidak mempunyai tempoh ini langsung. Kaum ini secara biologi boleh berkemuncak pada bila-bila masa dan sekerap mana pun sekali. Dan menongkah jauh ke lembaran prasejarah, bunyi b3r4hi yang dibuat perempuan pun disebut Christopher Ryan dan Cacilda Jetha dalam buku ilmiah mereka “S3x at Dawn: How We M4t3, Why We Stray and What It Means For Modern Relationships” sebagai panggilan prasejarah.

Kedatangan agama dan pembangunan sosial telah menerapkan unsur aib yang perlu dijaga, dimana panggilan prasejarah sudah tidak lagi relevan (malah dianggap sebagai dosa).

RUJUKAN:

Callaway, E. (2008, September 26). Polygamy left its mark on the human genome. Retrieved from https://www.newscientist.com/article/dn14817-polygamy-left-its-mark-on-the-human-genome/

Le Page, M. & Bhattacharya, S. (2003, September 6). A few prehistoric men had all the children. Retrieved from https://www.newscientist.com/article/mg17924111-900-a-few-prehistoric-men-had-all-the-children/

Morgan, L.H. (1877). Ancient Society.

Vallely, P. (2010, January 6). The Big Question: What’s the history of polygamy, and how serious a problem is it in Africa? Retrieved from https://www.independent.co.uk/news/world/africa/the-big-question-whats-the-history-of-polygamy-and-how-serious-a-problem-is-it-in-africa-1858858.html

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.