Dalam hutan hujan tropika Amazon, banyak pokok-pokok eksotik yang hanya ditemui di Amazon dan ramai saintis menemui spesis-spesis pokok Amazon yang unik. Namun ada satu spesis pokok tropika yang menjadi misteri bagi saintis selama 50 tahun. Apakah pokok yang begitu lama mengelirukan saintis ini?

Robin Foster, ahli botani dari Institut Smithsonian menyatakan kekeliruan akan spesis pokok tropika berbunga yang tumbuh di pinggir Sungai Manu. Biasanya beliau cepat mengenal pasti spesis pokok apabila sekali pandang, namun spesis pokok yang beliau temui pada 1973 ini tidak dapat mengenalpasti kerana banyak ciri pada pokok itu ditemui pada keluarga pokok berbunga lain.

Pokok tropika ini berbunga pada akhir musim kering dan hujan, serta mempunyai bunga ‘jantan’ dan ‘betina’ berasingan. Semasa kedua-dua musim ini berlaku, pokok ini berbuah dengan saiznya kecil, berwarna jingga, dan berbentuk seperti tanglung kertas. Rasa buah ini pula manis dan mempunyai rasa berkrim.

Pokok tropika misteri ini telah diambil sampel dia kemudian menunjukkan kepada ahli botani lain untuk mengenal pasti apakah spesis pokok itu, namun kebanyakan mereka seperti Foster, bingung akan ciri-ciri terdapat pada pokok tersebut.

Menurut ahli botani lapangan bernama Nancy Hensold, beliau berusaha identifikasikan spesis pokok misteri ini melalui teknik membedah ovari bunga dan menangkap gambar debunganya, namun beliau masih gagal mengenal pasti sepenuhnya.

Bagaimana dengan kajian DNA? Pada awalnya kajian ini juga gagal kerana spesimen kering yang dikaji kekurangan bahan genetik. Walau bagaimanapun, ahli ekologi dari Manu National Park bernama Patricia Álvarez-Loayza mempunyai spesimen pokok yang masih segar.

Setelah diselidik organel nukleus dan kloroplas (chloroplast) dalam pokok misteri ini, mereka telah menemui bahawa pokok ini termasuk dalam keluarga Picramniaceae. Tetapi saintis masih tidak berpuas hati kerana pokok ini sangat berbeza dengan pokok dari keluarga Picramniaceae yang buahnya warna hijau dan tidak berbentuk tanglung kertas.

Justeru, saintis bersepakat bahawa pokok tropika yang berbuah tanglung kertas ini berada di kumpulan genus baharu dinamakan sebagai Aenigmanu yang bermaksud ‘Misteri Manu’. Nama spesis pula ialah ‘alvareziae’, sempena nama Álvarez-Loayza yang banyak membantu dalam kajian pokok misteri ini. Maka, nama saintifik pokok tersebut ialah Aenigmanu alvareziae.

Pokok ini mempunyai kepentingan bagi kaum asal Machiguenga di tenggara Peru sebagai ubat. Martin Cheek iaitu ahli taksanomi dari London’s Royal Botanic Gardens menyatakan bahawa khasiat pokok Aenigmanu harus dikaji kerana ia mempunyai ubat anti-kanser.

Walaupun mereka telah menamakan spesis pokok ini, namun populasi pokok Aenigmanu berkurang secara mendadak dan hanya beberapa lokasi saja tumbuhan ini ditemui. Maka, saintis mengisytiharkan bahawa pokok Aenigmanu sebagai spesis terancam. Mereka kini berusaha memulihara spesis pokok ini agar dapat mengkajinya lebih lanjut.

RUJUKAN:

Koumoundouros, Tessa. (8 Oktober 2021). This Unusual Plant From The Amazon Rainforest Has Baffled Scientists For 50 Years. Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.