Pokok-Pokok Ini Tumbuh Semula Selepas Kebakaran Padam Di Australia

1,230

Patah tumbuh hilang berganti. Itulah pepatah sesuai digunakan untuk menceritakan tentang apa yang sedang berlaku di Australia. Bukan semua menikmati Krismas, apatah lagi menyambut tahun baharu akibat dugaan luar biasa ini. Petugas-petugas kecemasan seperti ambulans, bomba dan doktor haiwan terpaksa berada di lapangan, sementara kaum keluarga mereka menggigit jari dalam kerisauan dengan setiap panggilan telefon didoakan bukan daripada jabatan penyeliaan.

Pemanasan melampau akibat kemarau panjang telah mencetuskan darurat yang merupakan suatu mimpi begitu ngeri bagi Australia. Daripada percikan semulajadi (didakwa juga angkara buatan manusia), api dengan liarnya merebak dalam hutan yang terbentang luas. Suhu api terlalu tinggi membuatkan pokok bagaikan minyak. Apabila tragedi sebegini berlaku, petugas-petugas kecemasan perlu berusaha untuk mengekang kemaraan api.

Setiap tahun ada saja keb4k4ran hutan di mana-mana saja. Bukan Australia sahaja yang mengalaminya. Dua juta hektar (saiz Perak) pernah h4ngvs di Amerika Syarikat akibat penyebaran api begitu pantas selaju 23 kilometer sejam (Bonsor, 2001). Lebih mengerikan, angin membawa bara panas ke tempat-tempat lain bagaikan “melahirkan anak” baharu. Perkara itulah yang paling digeruni – sudahlah menolak api supaya merebak lebih cepat, angin membawa bara ke tempat lain pula.

Dalam masa sekejap, seluas 10.7 juta hektar telah terkesan di Australia. Saiz yang begitu besar ini senang kata kalau Semenanjung Malaysia hanya Perlis, Kedah dan Kelantan sahaja yang selamat (buat masa sekarang). Dimana asalnya 50% Semenanjung sudah menjadi 80% – dimana 500 juta haiwan menjadi angka k0rban sudah menjadi satu bilion, antaranya amfibia, kelawar dan haiwan tidak bertulang belakang (Harvey, 2020). Dan pakar ekologi siap cakap angka satu bilion itu pun belum tentu lagi, sekadar ramalan minimum!

Sungguhpun begitu, warna kembali menceriakan keadaan setelah berminggu-minggu duka kelabu mengaburi harapan. Tumbuh-tumbuhan sudah mula naik di Kulnura, sebuah kawasan New South Wales.

Dengan apa yang lenyap dari alam, nampaknya masih mekar harapan kehidupan di sini. Berikut ialah apa yang dikongsi jurugambar Mary Voorwinde, ditemani Murray Lowe semasa mengunjungi beberapa hartanah persendirian yang h4ngvs akibat keb4k4ran.

Kejadian semulajadi sebegini menandakan begitu kuatnya kuasa pemulihan semula di alam semulajadi. Sekitar tahun 2011, Hutan Negara Santa Fe di New Mexico, AS, terb4k4r sampai Makmal Negara Los Alamos sendiri terancam. Punca keb4k4ran dikenalpasti angkara saluran elektrik. Dan setelah berjaya memadamkan api, para bomba pun menjelajahi kawasan kerosakan. Pokok fir, juniper dan pain hanya tinggal tunggul sahaja, tetapi semut didapati masih hidup dalam sarangnya.

Tanah yang keg3rs4ngan akibat panas dihidupkan semula apabila turunnya hujan. Tumbuh-tumbuhan mula mekar, dengan biji-biji benih dari bawah tanah pun mengeluarkan daun pertama untuk menggapai sinaran mentari yang suci. Malah ada juga pokok yang berputik daripada tunggul-tunggul m4ti, jenis spesis yang mengharapkan api liar untuk penyebaran.

Ibaratkan ditakdirkan, benih-benih dua jenis pain (jack dan lodgepole) yang berada di dalam pokok-pokok sedia ada hanya aktif selepas terdedah pada suhu yang terlalu tinggi. Selama ini benih-benih ini bagaikan tidur di dalam resin pokok (Frontline).

Pemulihan sebegini takkan mungkin berlaku tanpa semangat dan peng0rb4nan daripada jabatan kecemasan. Bercakap tentang bomba buat julung kalinya sejak 2009 pasukan bomba daripada Canada bertugas di luar negara. Seramai 87 orang berjvang bersama memadamkan api yang marak di Australia (Abedi, 2019). Begitu juga dengan Amerika Syarikat yang memberikan beberapa pasukan (Noyes, 2019). Negara-negara lain pun menurut serta, seperti 50 anggota bomba daripada jiran terdekatnya iaitu New Zealand (Fyfe, 2019).

Australia akan pulih.

RUJUKAN:

Abedi, M. (2019, December 23). A look at the Australian wildfires Canadian firefighters are helping to b4ttle. Retrieved from https://globalnews.ca/news/6330759/australia-wildfires-photos/

Bonsor, K. (2001, May 29). How Wildf1res Work. Retrieved from https://science.howstuffworks.com/nature/natural-disasters/wildfire.htm

Frontline. (n.d). How a Forest Recovers from Wildfire. Retrieved from https://www.frontlinewildfire.com/how-forest-recovers-wildfire/

Fyfe, J. (2019, November 15). Australia fires: More New Zealand Firefighters on their way to help b4ttle bl4zes. Retrieved from https://bit.ly/2FNuAIJ

Harvey, J. (2020, June 1). Number of Animals Feared Dead in Australia’s Wildfires Soars to Over 1 Bilion. Retrieved from https://www.huffpost.com/entry/billion-animals-australia-fires_n_5e13be43e4b0843d361778a6

Noyes, J. (2019, December 8). ‘Smells like it’s time to go to work’: American firefighters arrive in Sydney. Retrieved from https://bit.ly/2FNuAIJ

Ruangan komen telah ditutup.