Setahun yang lepas (23 Januari 2017), Donald Trump mengejutkan dunia dengan menarik US keluar daripada perjanjian perdagangan Trans-Pasifik (TPPA), menjadi “plot twist” terbesar kepada so-called konspirasi geopolitik untuk “menjajah” ekonomi Malaysia dan 10 buah lagi negara Asia Pasifik.

Tahun ini, Trump sekali lagi buat plot twist dengan menghadirkan diri ke World Economic Forum (WEF) yang sedang berlangsung di Davos, Switzerland. WEF merupakan acara tahunan yang menghimpunkan para elit ekonomi dan politik tertip-top di dunia untuk membincangkan isu ekonomi dunia masa kini. Kapitalis-kapitalis besar seperti Bill Gates, George Soros dan Jack Ma bergesel bahu dengan Macron, Merkel, May, Modi dan lain-lain untuk membincangkan isu hangat seperti Revolusi Industri Keempat (“Fourth Industrial Revolution”).

Trump adalah satu-satunya Presiden US yang menghadiri WEF selain Bill Clinton (hadir tahun 2000). Orang tak hairan kalau Clinton hadir, tapi Trump adalah “misfit” bagi WEF: WEF adalah simbol agenda globalisasi dan ekonomi liberal, sedangkan Trump adalah lambang anti-globalisasi dan ekonomi proteksionis dan populis.

WEF adalah begitu simbolik sehingga Samuel Huntington pun menggunakan istilah “Davos Man” untuk merujuk pada golongan elit yang menyokong globalisasi. “Davos Man” ini membentuk satu “transnational capitalist class” (pinjam istilah Kees Van Der Pijl) untuk memajukan kepentingan kapitalis global. Istilah-istilah seperti “daya saing negara” (national competitiveness) dan “Revolusi Industri Keempat” semuanya berasal daripada WEF dan kemudian digunapakai oleh kerajaan-kerajaan dunia dalam dasar mereka.

Trump pula bukan seorang pendukung globalisasi. Kapitalis ini ada banyak jenis: Davos Man adalah kapitalis global (“global capitalist”) yang percaya bahawa perdagangan bebas tanpa sempadan adalah sistem terbaik, manakala Trump adalah seorang “nationalist-populist” yang percaya perlindungan industri tempatan dan kempen membeli barangan buatan Amerika akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Amerika dan “Make America Great Again”.

Janji-janji Trump untuk menarik US keluar daripada TPPA, keluar daripada Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA), keluar daripada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan mengenakan tarif ke atas barangan import daripada China sememangnya menarik hati golongan kelas pekerja dan kelas menengah dan menjadi antara sebab Trump memenangi pilihanraya 2016.

Tapi dasar Trump dikritik sebagai anti-globalisasi. WEF menjadi medan mengutuk Trump. Tema WEF tahun 2017 ialah “Responsive and Responsible Leadership”, menggambarkan keresahan Davos Man tentang keengganan US untuk menjadi pemimpin tata-dunia liberal (“liberal international order”). Tema tahun ini, “Creating a Shared Future in a Fractured World” menunjukkan tanggapan Davos Man terhadap dunia yang semakin berpecah belah (“fractured”) akibat kepresidenan Trump.

Jadi kenapa Trump nak pergi ke Davos?

Kemungkinan #1: Trump nak menjaja kehebatan dasar proteksionisnya. Trump nak tunjuk prestasi pasaran saham dan jumlah pekerjaan baru di US sebagai bukti “America is Great Again”. Jadi Trump nak “steal the show” dan ajak para globalis di Davos untuk menyertainya dalam menentang arus globalisasi dan melabur di Amerika.

Kemungkinan #2: Trump nak berbaik (“reconcile”) dengan Davos Man. Se-nasionalis atau se-populis macam mana pun, Trump tetap seorang kapitalis. Dia melihat cara terbaik untuk merangsang ekonomi adalah melalui “trickle down”: memperkayakan kapitalis di atas dahulu, maka mereka akan membayar gaji lebih mahal kepada pekerja. Ini menyebabkan Trump bergaduh dengan ketua strategisnya Steve Bannon yang menganut fahaman populisme sejati.

Trump mahu memotong cukai bagi syarikat-syarikat dan individu-individu terkaya, sementara Bannon nak menaikkan cukai untuk mensubsidi kelas menengah. Selepas Bannon dipecat pada Ogos 2017, Trump meluluskan akta pemotongan cukai pada Disember 2017 yang membuat Trump semakin popular di kalangan kapitalis dan otai-otai (“Establishment”) Parti Republikan yang sentiasa menyokong dasar cukai rendah. Keyakinan perniagaan syarikat US dikatakan berada di tahap tertinggi sejak krisis ekonomi 2008. Trump memerlukan sokongan otai-otai Republikan untuk memerintah secara berkesan. Tanpa beban Bannon yang “anti-establishment” dan “firebrand”, mungkin Trump boleh buat banyak U-turn dalam dasarnya.

Kemungkinan #3: Trump nak memastikan US masih relevan di pentas dunia. Tahun lepas Xi Jinping, presiden China membuat ucaptama di WEF, takkan tahun ni US tak buat apa-apa duduk makan kuaci. Kalau Trump mampu fikir macam ini, ini menunjukkan Trump adalah seorang yang boleh berfikir menurut logik geopolitik.

Kita tunggu apa yang Trump cakap dalam ucapan penutup WEF yang dijadualkan pada Jumaat ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.