Filem ini lakonan Dakota Fanning dan ianya bukan naskah yang berat. Tetapi jika anda mencari feel good movies berbentuk kekeluargaan, anda harus tengok. Saya berikan rekomendasi kepada filem ini.

Anda sudah sedia nak mengembara bersama Wendy? Kerana pilot perjalanan kita kali ini adalah gadis remaja yang istimewa.

Filem ini akan membawa anda menjelajah dunia bersama Wendy (lakonan Dakota Fanning), gadis autisme yang mahu keluar daripada comfort ataupun ‘safe’ zone mereka ke dunia luar.

Filem ini juga akan membawa anda melihat dunia dari perspektif seorang remaja autistik.

Dr. Naziariah Aiza Harun memberikan definisi kepada autisme dalam atikel : Apakah Itu Autisma?

“Ia merupakan penyakit gangguan perkembangan otak yang berterusan dan kekal.”

“Nama autisma itu sendiri berasal dari perkataan Greek autos yang membawa maksud ‘sendiri’ dan menurut Bleuler, autisma membawa maksud ‘melarikan diri dari realiti’.”

Anda harus banyakkan membaca tentang autisme untuk memahami permasalahan mereka. Baru anda tak jump into super fast conclusion.

Penjelajahan Wendy

Cerita ini mengisahkan wanita 21 tahun, Wendy (Dakota Fanning) yang tinggal di pusat jagaan khas.

Kakak Wendy – Audrey – sangat sayangkannya, namun agak berisiko untuk membawa Wendy duduk bersama kerana ada anak yang masih kecil.

Kakaknya sukar untuk menjaga Wendy kerana perlu menguruskan anak dan suaminya. Wendy perlukan perhatian dan penjagaan dengan banyak perhatian.

Audrey tetap memberikan Wendy gambar anaknya kerana itu antara perkara yang buatkan Wendy bahagia.

Wendy hidup dalam dunia dia sendiri. Dia hanya percayakan beberapa orang yang dia selesa.

Tak semua boleh hampir dengan dia. Scottie adalah ahli psikologis yang menjaganya.

Hidupnya penuh dengan cabaran dan menuntut usaha bagi Wendy mengikut garis panduan dan jadual yang ditetapkan dalam cara dia sendiri. Begitu juga dengan mereka yang lain di pusat jagaan tersebut.

Scottie banyak membantu Wendy dalam kehidupan seharian, termasuk memberitahu dia menguruskan diri apabila datang bulan.

Mengajar Wendy untuk menguruskan beberapa perkara secara berdikari. Mencipta beberapa isyarat/gesture dan komunikasi verbal dan non verbal. Termasuk menerusi bunyian, warna dan banyak lagi la.

Orang autistik ni memang sukar berkomunikasi dan mereka tak mampu memberikan perhatian terutama sekali eye contact ketika bercakap.

Menariknya cerita ini, Wendy ada perjuangan yang beliau mahu selesaikan dalam keterbatasan dirinya.

Wendy ke dunia luar

Pada satu hari dia melihat iklan pertandingan mencipta skrip untuk Star Trek sempena ulangtahun ke-50 Paramount Studio.

Wendy berjuang dalam hidupnya. Dia bekerja di sebuah kedai makanan. Di sana dia ada seorang kawan bernama Nemo.

Nemo yang banyak membantu dia dalam usaha Wendy mengkaji tentang Star Trek bagi menghasilkan skrip dia.

Bayangkan seorang gadis autistik berusaha menghasilkan skrip 400-500 patah perkataan.

Wendy ‘fight’ untuk semua itu. Dan dia nak hantar skrip itu ke studio, namun dia gagal kerana collection untuk post surat di tempat dia tutup.

Wendy nekad untuk ‘mengembara’ ke Paramount Studio di Los Angeles. Dia perlu berhadapan dengan dunia dan orang luar. Ketika melangkah keluar, anjing bernama Pete menemaninya.

Pete menemani tuannya untuk mengejar mimpinya. Namun cabaran juga kerap ada public transport yang tak boleh bawak pet.

Kakaknya dan Scottie sangat risau dan cuba menjejaknya. Kakaknya Audrey sangat sayangkan Wendy kerana itulah satu-satunya adik kandung dia ada di dunia.

Sepanjang perjalannya, Wendy bertemu dengan ramai manusia dengan penuh rasa ketakutan, tetapi dia melawannya.

Dalam filem ini, diprojeksikan ragam manusia berhadapan dengan orang autistik.

Ada manusia yang baik dan ada manusia yang mengambil kesempatan ke atas kekurangannya.

Antara watak baik adalah Marla Gibbs yang membantunya. Marla kasihan melihat keadaan Wendy yang hampir ditipu cashier. Namun mereka terlibat kemalangan.

Ada yang faham dan berusaha untuk memahami. Ada yang mengambil kesempatan ke atas mereka.

Antara yang membuatkan kita terkesan adalah watak polis lelaki, Patton Oswalt yang berkomunikasi dengan Wendy menggunakan bahasa Klingon.

Kita akan tergelak pada masa yang sama terharu dengan perhubungan yang mereka wujudkan.

Ini kerana mereka memiliki persamaan iaitu peminat Star Trek.
Begitu juga dengan anak lelaki kepada Scottie, pun sama yang juga peminat Star Trek membantu Wendy mengumpulkan dan menyusun semula skrip dia yang bertaburan.

Dia dan ibu dia digambarkan kerap tak sehaluan. Namun kerana Wendy mereka dihubungkan secara istimewa. Di mana ibunya mendengar Sam bercerita pasal Star Trek.

Filem ini bukan naskah berat, namun ia cukup baik untuk kita melihat dunia dari kaca mata berbeza.

Seperti yang saya tulis di atas, filem ini hanya memberikan kita sedikit pengalaman secara visual tentang kehidupan orang autisme.

Walaupun sedikit, ianya sudah cukup untuk kita memhami banyak perkara.

Ini kerana dunia seorang autistik ini sangat kompleks.

Sebab itu saya sentiasa memandang tinggi ibu bapa yang ada anak autistik. Dan apa peranan kita sebagai masyarakat ke atas mereka.

Mereka mungkin berusia 21 tahun namun perlakuan mereka kekadang seperti budak 10 tahun.

Dakota Fanning memainkan watak Wendy sebaiknya. Gadis autisme yang cuba meneroka dunia dengan penuh optimis.

Ada beberapa babak yang akan meninggalkan kesan kepada penonton. Misalnya, ketika Wendy cuba mengaplikasikan apa yang dia pelajari untuk melintas jalan tanpa dipimpin orang lain.

Wendy melakukannya di hadapan kakaknya yang risau adiknya akan dilanggar kereta.

Wendy gagahi dan lawan perasaan tak yakin dan takut itu.

Ending cerita ini memang menarik kerana selepas anda terlalu fokus kepada penjelajahan Wendy, pengarah mengakhiri cerita ini dengan menjawab isu lebih besar iaitu kekeluargaan.

Korang layan la sendiri movies ni.

Artikel ini dinaikkan selepas mendapat kebenaran portal asan iaitu Axello.net


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Saya seorang penulis tegar. Selalu menulis ketika mendengar lagu aku yang dulu bukanlah yang sekarang daripada Tegar. Tegar bukan?

Comments are closed.