Kita kenal akan kewujudan binaan kuno bernama Stonehenge yang bertempat di Dataran Salisbury, Wiltshire, England. Binaan yang berusia 5000 tahun ini dikatakan dibina oleh kumpulan Druid atau paderi kaum Celts dan berfungsi sebagai penanda perkuburan orang-orang terdahulu walaupun masih ada perdebatan akan kewujudan batu-batuan Stonehenge ini,

Tapi tahukah anda bahawa di Asia Tenggara juga wujud binaan kuno setaraf dengan Stonehenge? Ya, Stonehenge Asia Tenggara ini adalah Plain of Jars yang bertempat di Dataran Xieng Khouang, Laos.

Plain of Jars yang ditemui oleh para saintis pada tahun 1930-an ini sebenarnya adalah longgokan 3,000 ketul batu gergasi berbentuk balang dengan ketinggian 3 meter. Dikatakan batu-batuan balang ini wujud sekitar Zaman Besi (500 SM hingga 500 Masihi). Namun begitu, kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal PLOS One menyatakan bahawa sesetengan balang gergasi ini berusia lebih 3,000 tahun dulu.

Kajian terhadap longgokan batuan balang ini juga menemui perkuburan yang berusia 700 dan 1,200 tahun dulu. Manakala balang-balang tersebut bersama rangka dikaji dengan teknik pentarikhan karbon. Keputusan menunjukkan selama beribu-ribu tahun longgokan batu ini telah wujud untuk tujuan ritual.

Kebanyakan batu berbentuk balang ini mengandungi batu pasir dan sesetengah batuan ini adalah batu granit dan batu kapur yang diukir. Tetapi ada misteri akan kehadiran batu-batuan balang ini, bagaimana batuan yang beratnya 10,000 kilogram ini boleh diangkat dari kuari yang berada di 10 kilometer dari Plain of Jars? Saintis masih berfikir bagaimana batu-batuan ini diangkat.

BAGAIMANA BATU-BATUAN BALANG INI DIUKIR?

Adakah batu bulatan leper ini penutup batu berukir balang?

Setiap balang batu mempunya bukaan yang begitu sempurna bulatannya. Berkemungkinan besar bukaan itu mempunyai penutup sendiri. Ramai beranggapan bahawa penutup balang itu juga diperbuat dari batu namun setelah dikaji dengan selidik, penutupnya hanyalah rotan atau kayu yang menutupi mulut balang itu.

Bagaimana batu berupa balang ini diukir masih lagi misteri kerana kebanyakkan penduduk yang menduduki kawasan tersebut tidak tahu akan asal-usulnya, apatah lagi dikaitkan dengan kehidupan nenek moyang mereka. Saintis beranggapan bahawa orang terdahulu sebelum penduduk yang menetap sekarang menggunakan pahat untuk mengukir batu itu berdasarkan kesan ukirannya.

Menurut kisah legenda, batu-batuan itu dibina oleh kaum raksasa, di mana raja kaum tersebut inginkan tempat untuk menyimpan arak beras. Arak itu kemudian diminum pada festival gemilang untuk menyambut kemenangan tentera pada beribu-ribu tahun dulu.

Cerita legenda lagi satu adalah kisah raja zalim bernama Chao Angka. Chao Angka yang memerintah dataran itu suka menindas rakyatnya sehingga muncul raja yang baik di utara bernama Khun Jeuam untuk membebaskan rakyat tertindas itu. Baginda bersama bala tentera datang dan setelah melalui peperangan besar, akhirnya Chao Angka kalah.

FUNGSI SEBENAR PLAIN OF JARS

Penduduk Hmong yang berdiri dan duduk di atas batu balang

Sesetengah pakar menyatakan tujuan batu diukir sedemikian ialah memperoleh titisan air hujan semasa musim monsoon berlaku, kemudian air yang ditakung itu dipanaskan dan menjadi kegunaan kaum nomad yang melalui dataran Xieng Khouang.

Namun, para arkeologis percaya bahawa batu itu digunakan sebagai penyimpan  mayat. Andaian ini disokong oleh penemuan arkeologi akan peninggalan tulang-temulang manusia, alatan untuk pengebumian, dan seramik sekitar batu. Dipercayai bahawa mayat disimpan dalam batu balang tersebut dan ditinggalkan untuk membiarkan proses pereputan berlaku.

Budaya meletakkan mayat dalam balang telah menjadi kebiasaan orang Thailand dan Laos pada zaman lampau. Apabila seseorang telah meninggal dunia, mayatnya akan disimpan dalam lubang kemudian membiarkannya sehingga tisu-tisu lembut mereput. Setelah siap direput, mayat yang hanya tulang-temulang saja alan dibakar, kemudian abu mayat akan disimpan di dalam balang, ataupun dikebumikan di tempat yang suci.

Longgokkan batu balang di dataran Xieng Khouang

Pada tahun 2016, ahli arkeologi bernama Dougald O’Reilly bersama pasukan penyelidik lain and Nicholas Skopal dari Australian National University telah menemui 15 lokasi baru sekitar Xieng Khouang dengan batu berukir balang sebanyak 137 buah yang berusia 1,500 tahun. Mereka percaya berkemungkinan terdapat beribu-ribu lagi artifak sebegini yang bakal ditemui pada masa akan datang.

Namun, aktiviti ekskavasi di Xieng Khouang agak lambat kerana dataran tersebut menjadi salah satu lokasi arkeologi yang berbahaya. 35% dari kesleuruhan dataran Xieng Khouang mempunyai bom dan periuk api yang tidak meletus tertanam dalam tanah akibat peperangan lepas. Jika tersilap langkah, bom-bom ini bakal meragut nyawa penduduk Xieng Khouang yang berjumlah 200,000 orang.

RUJUKAN:

Gillan, J. (28 April 2021). The Plain of Jars: A Megalithic Archaeological Mystery in Laos. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.