Wabak Covid-19 tiada tanda untuk lenyap dalam masa terdekat. Walaupun sudah lebih setahun negara kita menghadapi bencana ini, angka kes kian meningkatkan walaupun pernah turun ke angka sifar. Tindakan kerajaan untuk melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat kali ketiga ini menimbulkan kegusaran kepada para peniaga terutamanya para peniaga kecil dan sederhana.

Apakah cabaran yang dihadapi oleh para peniaga lebih lebih lagi peniaga kecil dan sederhana ini?

  • Simpanan Tunai (cash reserve)

Ini adalah masalah terbesar bagi semua peniaga terutamanya yang berada dalam fasa permulaan mahupun pertengahan. Kebanyakan peniaga kecil ini tidaklah seperti jenama jenama besar yang miliki ratusan ribu malah jutaan ringgit untuk menyerap impak dari beban kewangan semasa tempoh PKP ini.

Ada syarikat yang tidak dapat beroperasi, lalu tidak mempunyai jualan pada bulan tersebut. Kos sewa, kos utiliti dan gaji pekerja juga perlu dibayar. Bagaimana mereka mahu perolehi wang pada masa tersebut jika wang yang mereka ada cukup cukup untuk digunakan bagi pembelian stok perniagaan sahaja?

  • Kuasa Beli Pelanggan

Tidak dinafikan, ada peniaga dalam beberapa sektor yang mengalami peningkatan dalam keuntungan. Tetapi jumlah yang mengalami penurunan adalah lebih tinggi daripada itu.

Hal ini disebabkan berlakunya penurunan kuasa beli oleh orang ramai. Jumlah yang dibuang kerja semakin meningkat, begitu juga pekerja yang dipotong gaji sehingga 50% oleh syarikat. Kebanyakan orang ramai lebih berhati hati untuk membuat pembelian kerana risaukan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Mereka sangat berjimat dan membeli barang barangan keperluan sahaja.

Dalam tempoh PKP bermula Mac, banyak sektor perniagaan terkesan akibat permintaan merudum dan kesukaran mendapatkan sumber untuk pengeluaran, termasuk sektor perusahaan kecil dan sederhana. Penurunan jualan memberikan impak yang besar kepada sesebuah syarikat lalu mereka bertindak bagi mengurangkan kos operasi dengan mengurangkan jumlah pekerja.

  • Keterbatasan Operasi

Walaupun kedai makan masih mampu beroperasi dengan kaedah delivery, kebanyakan kedai makan akan memperoleh keuntungan yang lebih jika pelanggan duduk dan makan di kedai. Jika dahulu kedai makan mampu beroperasi tanpa penentapan waktu, kini terdapat batasan masa untuk beroperasi mengikut apa yang telah diterapkan kerajaan.

Peniaga juga cuma dibenarkan menerima beberapa pelanggan sahaja dalam suatu masa untuk mematuhi SOP yang ditetapkan.

Hal ini sedikit sebanyak akan menyukarkan peniaga memaksimumkan keuntungan mereka dengan kekangan yang ada.

  • Adaptasi Dunia Digital

Masih ramai peniaga peniaga yang tidak terbiasa dengan dunia digital yang sedia ada. Mereka cuba menjalankan perniagaan secara tradisional hari demi hari bagi meraih pelanggan.

Mungkin ada yang mampu menggunakan media sosial , tapi mengalami masalah untuk menarik pelanggan di media sosial. Benar, menggunakan media sosial adalah mudah. Tetapi menggunakannya dengan cara yang maksimum bagi menarik pelanggan adalah sukar dan perlukan skill yang teknikal seperti contoh FB Ads.

Penampilan gambar, design, copywriting dan banyak lagi perkara yang perlu dititik beratkan dalam pemasaran menggunakan media sosial ini.

Diharapkan kerajaan mampu memberikan bantuan sedikit sebanyak kepada para peniaga kecil serta sederhana ini untuk terus bernafas dan bertahan kerana mereka adalah tulang belakang kepada penggerak ekonomi negara.

Jom sertai telegram channel ini! Banyak tips perniagaan dan pemasaran untuk membantu para peniaga kecil dan sederhana untuk berkembang dan mencari idea baharu!

https://t.me/digitalnextmy

https://t.me/digitalnextmy

https://t.me/digitalnextmy


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan seorang penulis, markerter dan pemerhati bebas yang sering kali berkongsi pendapat dan info di media sosial. Pemilik salah sebuah agensi pemasaran media yang ada di Malaysia dan seorang usahawan yang sedang menceburi pelbagai cabang perniagaan. Impian terbesarnya adalah untuk membantu ummah untuk maju bersama, kerana beliau yakin itu salah satu cara berjihad demi bangsa, agama dan negara.

Comments are closed.