PIV-5 Ialah Platform Vaksin Covid-19?

678

Satu kajian terbaru membabitkan tikus yang dibuat oleh sepasukan penyelidik dari Kolej Perubatan Carver, Universiti Iowa menawarkan dunia harapan untuk vaksin Covid-19. Kajian ini menyaksikan mereka mendedahkan tikus kepada saudara rapat Covid-19, MERS.

Penyelidikan mereka mendapati tikus yang diberi suntikan kuman yang diubahsuai dan tidak merbahaya kepada manusia tidak dijangkiti oleh virus MERS yang dihela dalam satu dos. Mereka kemudiannya mengulangi eksperimen itu 30 hari kemudian dan mendapat hasil yang sama.

Menerusi virus yang diubahsuai itu, mereka berharap ia dapat menghasilkan glikoprotein yang dilihat memberi kesan kepada jangkitan MERS. Pasukan ini berharap kejayaan ini dapat diulangi dengan SARS-CoV-2, virus yang menjadi teras penyakit Covid-19.

Virus ini dikenali sebagai parainfluenza virus 5 atau PIV5 boleh dijadikan sebagai alat penghantar vaksin untuk jenis-jenis penyakit koronavirus yang lain. Menurut Profesor Paul McCray, vaksin yang dihasilkan dari PIV5 memberi tekanan kepada protein berduri yang dihasilkan SARS-CoV-2 sekaligus mengakibatkan virus tersebut tewas.

Kini, mereka merancang meluaskan lagi kajian mereka dengan melakukan ujian sama terhadap haiwan-haiwan lain bagi mencegah penyakit yang dicetuskan oleh SARS-CoV-2. Kajian tersebut diterbitkan keluaran terbaru mBio, sebuah jurnal terbitan Persatuan Mikrobiologi Amerika Syarikat.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

RUJUKAN:

Griffin, Andrew. (2020). Coronavirus vaccine: Engineered virus tested on mice offers hope for protection against Covid-19, scientists say. The Independent. https://www.independent.co.uk/news/science/coronavirus-vaccine-virus-covid-19-sars-cov-2-mers-mouse-study-a9451951.html

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.