Isu ini penting untuk dijelaskan kepada masyarakat disebabkan masih ramai yang beranggapan bahawa piring astro itu menghala ke arah kiblat.

Benarkah piring astro menghala ke arah kiblat?

TIDAK BENAR!

Jika kita menjadikan arah piring astro sebagai petunjuk arah kiblat, maka, akan berlaku ralat yang sangat besar.

Arah kiblat kita akan terpesong berpuluh – puluh darjah dari arah sebenar.

Kenapa?

Untuk pengetahuan semua, piring astro yang menghala ke arah barat itu menghadap satelit MEASAT yang terletak di orbit geopegun di atas lautan Hindi. Kedudukannya berada di atas Khatulistiwa iaitu latitud 0° dan longitud 91.5° Timur.

Kedudukan Kaabah iaitu kiblat kita pula adalah:-

Latitud 21.4225° Utara, Longitud 39.8262° Timur.

Azimut satelit MEASAT dari lokasi di Malaysia dalam lingkungan 232° sehingga 268°.

Azimut arah Kiblat dari lokasi di Malaysia pula dalam lingkungan 290° sehingga 293°.

Jelas disini menunjukkan perbezaan sudut yang ketara antara azimut satelit MEASAT dan Azimut arah kiblat.

Tiada satu pun piring astro di Malaysia yang menghala ke arah kiblat.

Sebagai contoh:

Pulau Langkawi.

Azimut Satelit MEASAT:-

232°

Azimut arah kiblat :-

291°

Ada perbezaan sudut sekitar 59°.

Arah kiblat akan terpesong jauh dari arah sebenar jika menjadikan piring astro sebagai petunjuk arah kiblat.

Adakah cara lain yang lebih tepat untuk mencari arah Kiblat?

Terdapat pelbagai cara yang kita boleh gunakan untuk mencari arah kiblat.

Antaranya adalah, kita boleh menggunakan kaedah dengan melihat bayangan yang terhasil di kawasan masing – masing semasa  Istiwa’ Adzam di Kaabah berlaku.

Istiwa’ Adzam di Kaabah merupakan satu peristiwa apabila Matahari berada tegak di atas Kaabah sehingga bayangan Kaabah tidak akan kelihatan ketika itu

Ketika kedudukan Matahari berada  di atas Kaabah, arah bertentangan dengan bayang objek tegak yang terhasil di tempat lain boleh digunakan untuk mencari arah kiblat.

SETAHUN HANYA DUA KALI.

Umum mengetahui, Kita tidak akan melihat Matahari berada di lokasi sama setiap hari disebabkan kecondongan paksi Bumi semasa mengelilingi Matahari.

kita di Bumi akan melihat Matahari Kadang “bergerak” ke arah utara dan kadang kelihatan “bergerak” ke arah selatan.

Begitu juga dengan peristiwa istiwa’ adzam, ia tidak berlaku setiap hari disebabkan kedudukan Matahari yang tidak tetap di tempat yang sama setiap hari apabila dilihat oleh pemerhati di bumi

Dalam setahun hanya dua kali sahaja Matahari berada tegak diatas Kaabah iaitu pada:-

~ 28 Mei

( * 27 Mei pada tahun lompat )

Waktu : 5.16 pm

~ 16 Julai

( * 15 Julai pada tahun lompat )

Waktu :  5.28 pm

Cara Cara Menyemak Arah Kiblat dengan Menggunakan Kaedah Istiwa’ Adzam:

1)  Semak waktu yang digunakan.

Pastikan waktu yang tertera pada jam atau sebagainya mengikut waktu piawai.

(Contoh : waktu yang tertera pada tv)

2) Berada dikawasan lapang.

3) Pastikan cahaya matahari kelihatan .

4) Cari objek lurus seperti kayu atau sebagainya.

5) Pacakkan objek lurus tersebut di atas permukaan rata.

6) Pastikan bayang objek lurus yang terhasil boleh kelihatan dengan jelas.

7) Tunggu waktu istiwa’ adzam bermula.

8) Ketika istiwa’ adzam berlaku,  buat satu garisan bertentangan dengan bayang yang dihasilkan objek lurus tadi.

9) Garis bertentangan yang dibuat merupakan arah kiblat.

Sekian.

‘Majulah Falak Untuk Ummah ‘

RUJUKAN:

-sudut piring astro

( www.dishpointer.com )

-sudut kiblat

( www.falak.unisza.edu.my/calc/?name=kiblat )


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Muhammad Syafiq atau dikenali sebagai Syah, seorang 'Astrophile' yang mempunyai minat mendalam dalam bidang berkaitan Sains terutamanya Astronomi dan juga Meteorologi. Beliau merupakan penulis yang lantang menentang golongan pseudosains dan juga pentaksub membuta tuli teori konspirasi di alam maya.

Comments are closed.