Piramid Tengkorak Kepala Binaan Empayar Timurid

753

https://bit.ky/kombowww

Seorang ahli arkeologi Soviet, Mikhail Gerasimo  telah menemui sebuah makam yang diperbuat daripada zamrud pada tahun 1941. Isi di dalamnya, terdapat sekujur tubuh, 5 kaki 7 inci dan terdapat kesan luka di bahagian kaki sebelah kanan dan sikunya. Setelah dikaji dan dibuat penelitian terperinci, ahli sejarawan mengesahkan bahawa mayat tersebut merupakan jasad seorang penguasa yang kejam dan sangat berkuasa pada abad ke-14, iaitu Timurlane.

Timur Si Tempang

Timur dianggap tempang oleh para sejarawan berdasarkan penemuan tersebut. Terdapat dua teori kuat yang berkaitan dengan isu ini. Pertama, Timur telah meyertai tent3ra upahan sejak umur beliau diangka 20-an. Semasa perkhidmatan, beliau pernah terlibat dalam satu pertengkaran yang menyebakan kaki beliau dip4n4h dan luk4 itu kekal hingga ke akhir hayatnya.

Teori yang lain pula, Timur mendapati aktiviti penjualan h4r4m sangat menguntungkan pada hematnya. Oleh hal yang demikian, beliau telah mencvri dan menjual kambing peliharaan jirannya untuk keuntungan persendirian dan apabila jirannya mendapat tahu kegiatan Timur, maka Timur telah dihvkvm dengan setimpalnya oleh penternak kambing yang dicvri tersebut.

Disebabkan beliau tidak mampu berjalan dengan sebaiknya, insiden ini telah menyebabkan beliau mendapat gelaran Timur Si Tempang (Timur The Lame) atau panggilan dalam bahasa Turki, Timur-i-Leng dan disebabkan orang-orang Eropah gemar tersasul menyebut Tamerlane, maka sehingga hari ini, individu ini dipanggil sebagai Timurlane.

Timurlane telah lahir pada tahun 1336, semasa berlakunya perpecahan kuasa pemerintahan cucu Genghis Khan. Kuasa pemerintahan di timur, digelar Moghulistan manakala di barat pula dikenali sebagai Transoxiana. Bapa Timurlane, Taraqai, merupakan seorang pengusaha kecil dari suku Barlas, yang menetap secara nomad di selatan Samarkand, Transoxiana. Kehidupan suku yang berpindah randah ini, sebenarnya tertumpu kepada survival hidup untuk mendapatkan sumber makanan,mengikut perubahan musim.

Pada tahun 1357, pemerintah Transoxiana telah meningg4l duni4. Kekosongan pada tampuk pemerintahan ini, telah mendorong Timur untuk bekerjasama dengan orang Khan dari Moghulistan untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pemimpin sukunya, untuk mendapatkan takhta Transoxiana.

Walaubagaimanpun, anak kepada pemerintah Khan, Ilyas Khoja telah diisytiharkan sebagai raja baru Transoxiana. Perkara ini kurang disenangi oleh Timur. Menurut Hamka, dalam bukunya Sejarah Umat Islam, cita-cita Timur ialah jika hanya Satu Tuhan yang berkuasa di langit, maka didunia ini pun hendaknya satu raja pula yang berkuasa, iaitu dirinya sendiri.

Pada 1366, Timur telah mengorak langkah, bersepakat dengan abang iparnya, Amir Husayn yang bersekongkol dengan orang Khan dari Moghulistan, telah menawan keseluruhan kawasan pemerintahan Transoxiana. Bagi Timur yang gil4k4n kuasa, beliau tidak mahu berkongsi kuasa. Maka, Husayn telah dibvnvh, lantas Timur mengisytiharkan dirinya sebagai penguasa yang tiada tandingan.

Pada 1401, Timur telah memasuki Syria dari bahagian utara, dan seterusnya memb4nt4i keseluruhan penduduk negeri Halab (Aleppo).  Timurlane merupakan seorang penganut agama Islam yang bermazhabkan Sunni dan bertariqat Naksyabandiyah.

Maka, seluruh penduduk Muslim di negeri itu telah dip3ngg4l kepal4nya dan disusun cantik seakan gunung-ganang yang luasnya, 20 hasta panjang dan 10 hasta tingginya. Keluasan tersebut mampu memuatkan hampir 20 000 buah tengkorak kepala! Rumah-rumah kediaman, banyak dih4ncvrkan termasuk juga tempat-tempat pengajian dan masjid pusaka, warisan Kerajaan Nuruddin Zanki dan Salahuddin Al-Ayubi.

Apabila Timur mendapat berita bahawa beberapa orang suruhannya telah dibvnvh oleh penduduk Baghdad, maka bersegeralah Timur berangkat ke Baghdad untuk membalas d3nd4m. Setibanya di Baghdad, beliau melakukan perkara yang sama seperti di tempat-tempat yang ditakluknya. Beliau telah mem3ngg4l kep4la hampir 90 000 penduduk Baghdad dan telah menghasilkan hampir 120 ‘piramid’ dengan tengk0rak-tengk0rak kepala tersebut!

Kemaraan kuasa dan kegil4an Timur diperluas dengan menggugat kedaulatan kerajaan besar umat Islam, iaitu Kerajaan Turki Uthmaniyyah, pimpinan Sultan Bayazid di Ankara. Maka, tercetuslah Pert3mpur4n Ankara pada tahun 1402, yang menyaksikan kekalahan Kerajaan Turki Uthmaniyah di tangan kerajaan Timurlane.

Dengan beberapa siri kejayaan men4w4n Turki, Damaskus dan India, beliau kemudiannya berhajat untuk menawan negeri Tiongkok yang sangat luas ketika itu. Beliau telah mempersiapkan sejumlah 200 000 orang tenter4 untuk pert3mpur4n tersebut. Namun hajat ini tidak kesampaian kerana raja ini telah m4ti kesejukan di pertengahan jalan. Maka, terselamatlah negeri-negeri Tiongkok itu dari jajahan Timurlane.

RUJUKAN:

Hamka. (2018). Sejarah umat Islam (2016 ed.). Selangor: PTS Publishing House.

Barnes-Brown, A. Tamerlane’s Reign of Terr0r. Retrieved September 21, 2020, from https://www.historyanswers.co.uk/people-politics/tamerlanes-reign-of-terr0r/

He bvilt t0wers from the skvlls of his enemies. (2004, August 16). Retrieved September 21, 2020, from https://www.telegraph.co.uk/culture/books/3622238/He-bvilt-t0wers-from-the-skvlls-of-his-enemies.html

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.