Bagi mana-mana atlet, menjadi penghormatan kepada mereka untuk bertanding dalam mana-mana acara dalam pelbagai peringkat sama ada peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Dan dengan izin Tuhan, jika ada rezeki, merekamemenangi pingat untuk acara yang disertai. Bagi mana-mana atlet yang bertanding untuk temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik 2020 di Tokyo, Jepun, mereka beruntung kerana pingat yang dihasilkan diambil dari bahan buangan elektronik yang telah dikitar semula.

Bahan buangan elektronik, barang-barang yang disertakan dengan plag dan bateri kini merupakan antara bahan buangan dunia yang semakin bertambah dan ia juga amat berbahaya kepada alam sekitar. Tetapi bagi yang cerdik dan tahu nilainya, ia boleh saja dilombong. Ya, saya ulangi, boleh dilombong kerana terdapat pelbagai bahan berharga dalam bahan buangan sebegini yang boleh diambil dan dijualdengan harga lumayan.

Bagi Jawatankuasa Penganjuran Olimpik 2020 ini, ia satu peluang yang tidak harus dilepaskan begitusaja. Ini yang membawa kepada perlaksanaan projek pengumpulan dan kitar semulabahan buangan elektronik pada April 2017. Selain membantu penduduk melupuskanbahan buangan mereka dengan selamat, ia turut memudahkan urusan syarikatterlibat untuk menghasilkan pingat emas, perak dan gangsa kerana sumber yangbanyak. Sejak dilancarkan, penganjur sudah mengutip 16.5 kilogram emas (separuhdaripada sasaran 30.3 kilogram emas), 1,800 kilogram perak (43.9% daripadasasaran 4,100 kilogram perak) dan 2,700 kilogram gangsa (sasaran sudah dicapai). Selain membantu negara memelihara dan memulihara alam sekitar, inisiatif ini turut menawarkan peluang kepada rakyat Jepun untuk melibatkandiri dengan temasya Sukan Olimpik 2020.

Projek sebegini memberi harapan dalam pertarungan mengendalikan bahan buanganelektronik ini. Suka atau tidak, obsesi kita kepada gajet mendorong masyarakat membuang gajet mereka. Pada tahun 2016 sahaja, data Pertubuhan Bangsa Bersatu(PBB) mendedahkan dunia menghasilkan lebih 44 juta tan bahan buangan elektronik dengan kadar pertumbuhan antara tiga hingga empat peratus. Bagi membolehkan para pembaca faham skala masalah ini, saya minta anda bayangkan sisa bahan buangan ini diisi dalam lori-lori 18 tayar seberat 40 tan. Lori-lori ini boleh mengisi 1.23 juta sisa bahan buangan elektronik dan boleh mengisi ruang dua jalanantara Paris dengan Singapura. Pada tahun 2021, angka berkenaan boleh bertambahkepada 52 juta tan.

Jadi mengapa perkara ini boleh berlaku? Kebanyakan sisa buangan ini tidak pernah sampai ke pusat-pusat pengutipan sama ada di Jepun atau di tempat-tempat lain. Satu laporan PBB menganggarkan hanya 20% bahan buangan ini dikitar semula, sementara selebihnya dibuang di tapak pelupusan sampah, dihantar melepasi sempadan atau dilupakan dalam simpanan kita. Dari segi masalah ekologi pula, bahan-bahan ini bukan saja toksik tetapi juga berpotensi meracuni sumber air dan tanah sekiranya tidak dilupuskan dengan kaedah yang mesra alam.

Figure 1: Sisabuangan elektronik bukan saja menambah limpahan tapak pelupusan sampah tetapijuga mengancam alam sekitar.

Tetapi bagi negara-negara yang mengalami masalah kekurangan sumber, masalah ini sebenarnyaboleh mewujudkan peluang untuk mengambil bahan-bahan berharga dan sukardidapati dengan mengitar semula sisa ini. Dan jangan terkejut jika nilai satutan dari bahan yang diambil dari ‘lombong urban’ ini 100 kali ganda lebih tinggi berbanding satu tan sama dari perlombongan tradisional. Contoh, jika anda melombong setan dari lombong emas untuk mendapat tiga atau empat gramemas, setiap satu tan telefon bimbit mengandungi 350 emas. Penolong Profesordari Universiti British Columbia (UBC) Maria Holuszko berpandangan selain membantu mengurangkan masalah sisa buangan elektronik, solusi ini juga dilihatmengurangkan pengambilan bahan berharga dari lombong dan memenuhi permintaanglobal emas antara 25% hingga 30%.

Namun, inisiatif ini bukanlah kali pertama pernah dilakukan oleh negara penganjur Sukan Olimpik. Semasa Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, 30% daripada perakyang digunakan diambil dari sisa cermin dan plat-plat sinar-X. Manakala 40% daripada gangsa pula diambil dari sisa duit syiling. Sementara pada SukanOlimpik Musim Sejuk 2010 di Vancouver, penganjur menggunakan 1.5% bahan buangan elektronik walaupun ironinya, ia datang dari sebuah ‘lombong urban’ di Belgium.

Figure 2:Sebahagian pingat-pingat dari Sukan Olimpik 2016 dihasilkan dari sisa buanganelektronik.

Usaha Jepun ini dianggap unik kerana pertama, mereka mahukan 100% bahan yang digunakan diambil dari bahan buangan elektronik dan kedua, mereka hanya menerima sisa ini dari rakyat Jepun sahaja. Di sebalik had ini, itu tidak menghalang ramai menyumbang kepada usaha kitar semula ini. Pada Jun 2018 sahaja, kedai-kedai telefon menerima lebih 4.32 juta telefon bimbit yang didermakan orang ramai sementara majlis-majlis perbandaran menerima 34,000 tan gajet elektronik kecil. Malah, usaha ini turut disokong ramai bekas pemenang pingat dan individu terkenal. Salah seorang daripada mereka ialah bekas Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson yang mendermakan alat elektronik lamanya semasa mengadakan lawatan ke Tokyo pada tahun 2017.

Walaupun kejayaan program ini bersifat simbolik, ia hanya sekelumit daripada isu-isu lain membabitkan sisa elektronik. Walaupun bahan berharga yang diambil dari bahan buangan elektronik boleh dimanfaatkan semula, tidak diketahui apa nasib bahan-bahan bukan besi. Holuszko menambah jika bahan-bahan ini dibuang ke tapak pelupusan, ia boleh menambah masalah termasuk limpahan sisa buangan dan pencemaran. Dan ini diakui sendiri jurucakap penganjur yang menyatakan ada syarikat yangmengitar semula bahan-bahan lain menggunakan kaedah biasa tetapi tidak memberisebarang jaminan. Antara kajian yang digerakkan Holuszko ketika ini ialah bagaimana mengitar semula telefon pintar secara keseleruhan.

Satu cara yang dirasakan dapat membantu menangani masalah ini ialah mengubah mentalitikepada nomad digital. Maksudnya di sini ialah kita menyewa perkhidmatan yangditawarkan syarikat tetapi tidak memiliki produk yang dihasilkan. Namakan saja apa servis digital yang dimahukan, syarikat-syarikat elektronik bersedia membekalkannya dengan pelanggan membayar sewa yang dinyatakan. Sekiranya peralatan elektronik tersebut rosak, syarikat boleh saja menghantar gantiansemasa proses pembaikan berlaku. Dan bila ia sudah mencapai penamat hidupnya,ia akan dikembalikan semula kepada syarikat di mana ia dikitar semula dankembali dalam proses pembuatan.

Bagi Holuszko, cabaran pertambahan sisa buangan elektronik ini memerlukan pemikiranyang bersifat radikal dan bercita-cita tinggi. Tetapi sekurang-kurangnya untuk ‘lombong urban’ Tokyo, ia merupakan tempat terbaik untuk bermula. Beliau menambah, “Saya gembira Jepun menunjukkan bukti idea ‘lombong urban’ ini amatmunasabah.”

SUMBER

Ortiz, Diego Arguedas. (2018). BBC. The surprising source of the Tokyo 2020 Olympic medals. http://www.bbc.com/future/story/20181120-the-surprising-source-of-the-tokyo-2020-olympic-medals


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.