Pilihanraya UK Pun Bermula…

2,109

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Hari ini ialah hari pilihanraya di UK. Kesemua 650 kerusi akan dipertandingkan, parti yang dapat 326 kerusi akan membentuk kerajaan UK yang seterusnya.

Pilihanraya kali ini menjadi tumpuan kerana ia akan menentukan halatuju pengunduran UK daripada EU (Brexit) yang sudah membelenggu UK selama 3 tahun.

3 senario yang bakal berlaku:

(1) Conservatives dapat majoriti. Boris Johnson kekal sebagai PM. Dengan majoriti yang ada, Johnson akan dapat memastikan UK keluar daripada EU tepat pada 31 Januari 2020.

(2) Labour dapat majoriti. Jeremy Corbyn akan jadi PM. Corbyn akan cuba merunding perjanjian (deal) baharu dengan EU, seterusnya mengadakan Referendum Kedua, lihat samada rakyat UK masih nak keluar daripada EU.

(3) Tiada parti yang dapat majoriti (“hung parliament”). Parti-parti kena slow talk bergabung jadi kerajaan.

“Hung parliament” adalah “worst scenario”. Johnson bubar parlimen pun sebenarnya nak mengatasi masalah “hung parliament” yang menyebabkan penangguhan Brexit.

Zaman Theresa May, Conservatives hanya ada 317 kerusi, terpaksa bergabung dengan Democratic Unionist Party (DUP) di Northern Ireland untuk membentuk kerajaan. Apabila DUP tak setuju dengan deal yang dicapai antara May dan EU, May tak dapat nak push through deal dia, tapi pada masa yang sama ahli parlimen UK tak nak keluar UK tanpa deal, maka tarikh Brexit ditangguh berkali-kali.

Tukar PM pun tak jalan sebab parti-parti pembangkang dari Labour, Liberal Democrats (Lib Dem) hingga Scottish National Party (SNP) semua nak halang Brexit. Jadi Johnson menjadikan “Get Brexit Done” sebagai slogan kempen Conservative kali ini. Conservative hanya memerlukan 9 lagi kerusi untuk dapat balik majoriti, dan Johnson target nak rampas kerusi Labour di kawasan “Red Wall”.

“Red Wall” ialah kawasan perindustrian UK yang utama. Di situ ada bandar-bandar industri terutama UK seperti Liverpool, Manchester, Leeds, Birmingham. Kawasan perindustrian ramai buruh, buruh mestilah kena undi Parti Buruh (Labour). Jadi Red Wall merupakan kubu kuat Labour selama ni (nama Red merujuk kepada warna rasmi Labour).

Tapi semasa Referendum tahun 2016, majoriti pengundi di Red Wall memilih keluar (Leave) daripada EU, walaupun Labour berkempen untuk kekal (Remain) dalam EU. Hanya pengundi dari sebahagian kawasan Merseyside (Liverpool, Sefton, Wirral) dan Greater Manchester (Manchester, Trafford dan Stockport) saja yang memilih “Remain”.

Golongan buruh ni beranggapan bahawa EU merugikan mereka. Dasar keterbukaan sempadan dianggap sebagai punca mereka hilang kerja, dan dominasi Jerman dalam pasaran EU dilihat sebagai punca kemerosotan daya saing industri UK. Jadi Johnson cuba nak menarik penyokong Labour yang pro-Brexit ni dengan menyerang manifseto Corbyn yang mahu mengadakan Referendum Kedua sebagai “pengkhianatan” kepada “suara rakyat”.

Lib Dem menentang Brexit dari awal dan mahu cancel Brexit kalau menang. Tapi Lib Dem sekarang hanya ada 35 kerusi, nak menang majoriti hampir mustahil. Nak bergabung dengan Labour pun tak dapat sebab Labour ialah parti sosialis, Lib Dem parti liberal.

Brexit Party di bawah pimpinan Nigel Farage berkempen untuk “Hard Brexit” iaitu keluar EU serta merta tanpa perlu ada deal whatsoever. Walaupun parti ni tak ada kerusi di parlimen, tapi ia berpotensi sebagai pengacau undi Conservatives. Sebelum ni Farage pun kritik Johnson tak cukup tegas dalam isu Brexit.

Mujurnya Johnson dan Farage sudah mencapai “Muafakat Brexit”: Farage berjanji bahawa Brexit Party tak akan bertanding di kawasan yang dimenangi oleh Conservative semasa 2017. Sementara itu parti-parti yang anti-Brexit ada lebih daripada 4 (Labour, Lib Dem, Green Party, Change UK), tu tak termasuk parti-parti regional seperti SNP di Scotland, Plaid Cymru di Wales dan Sinn Fein di Northern Ireland yang juga menentang Brexit. Jadi potensi undi pecah adalah tinggi. Keadaan ini memberi kelebihan kepada Conservatives.

Jadi kesemua “poll” (tinjauan pendapat) utama sekarang menunjukkan Conservatives mendahului dengan 43% berbanding 33% oleh Labour. Tapi poll sekarang tak boleh percaya sangat, macam Referendum 2016 pun poll kata lain, keputusan jadi lain.

Pasaran matawang agak optimis Conservatives akan menang, ramai duk beli Pound sampai nilai Pound melonjak ke tahap paling tinggi sejak 2017. Selain nak “Get Brexit Done”, Johnson juga berkata akan menggantikan dasar ekonomi “austerity” (jimat cermat) yang diamalkan sejak zaman David Cameron dengan dasar “expansionary” untuk merangsang ekonomi. Ni juga poin tambahan Johnson untuk menarik pengundi yang mahu kerajaan memainkan peranan lebih besar dalam ekonomi, tapi pada masa yang sama tak nak sosialisme Corbyn.

Tapi kalau Conservatives menang pun, bukan bermaksud masalah UK akan selesai, malah masalah baru akan timbul. Majoriti pengundi di Scotland dan Northern Ireland memilih “Remain” semasa Referendum 2016, jadi Brexit pada Januari 2020 akan menguatkan lagi asbab Scotland malah Northern Ireland untuk keluar daripada UK.

Samada Conservative menang, Labour menang, atau jadi hung parliament sekali lagi, esok (atau lusa sebab waktu Malaysia dan UK beza 8 jam) akan ada jawapan.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.