Photoshoot Di Kubur – Sebuah Ulasan

1,585

Saya merasakan bahawa perbuatan membuat sesi fotografi di atas kubur mana-mana orang yang telah meninggal dunia, biarpun berlainan agama merupakan satu perbuatan yang sangat biadap dan ibarat tidak tahu dan tiada common sense bahawa perbuatan tersebut akan mengundang kemarahan orang lain.

Bukan itu sahaja, perbuatan kurang ajar sebegini menyebabkan terpalitnya satu jenis najis yang sangat busuk kepada muka mana-mana orang yang beragama Islam. Repercussion dan backlash yang terjadi ini pasti akan mengundang komen-komen pengguna media sosial yang beragama Kristian yang bersifat generalization dan menyalahkan kesemua umat Islam di dunia.

Tidak, reaksi sedemikian tidak pelik dan tidaklah boleh saya katakan sebagai satu kesalahan daripada pengguna media sosial yang beragama Kristian kerana kita baru sahaja mempunyai beberapa orang makcik yang beragama Islam yang membuat sesi fotografi di atas kubur waris mereka. Ibarat sebeginilah, katakan ada orang yang beragama Kristian membuat sesi modelling di atas kubur orang yang beragama Islam, pastilah akan mengundang kemarahan orang Islam dan akan timbul satu dua komen yang bersifat generalization yang menuduh kesemua orang Kristian tidak reti menghormati agama kita.

Sama sahaja, 2 kali 5. Adakah kita layak menerima kutukan secara menyeluruh ini? Daripada sudut pandangan yang tidak baik, sudah tentu tidak layak kerana bukan semua orang Islam bersikap sedemikian rupa. Namun, daripada aspek yang satu lagi, hal sedemikian terjadi kerana kegagalan beberapa orang umat Islam yang terlibat dalam photoshoot tersebut untuk menegur dan mempunyai sediit common sense dan membatalkan projek sedemikian rupa yang bakal mengundang kecaman dan pembulian di media sosial.

Apa pun, sebagai seorang yang beragama Islam, sebagai wakil kepada orang Islam yang lain dan yang tidak pernah terfikir untuk membuat idea photography session yang sebegitu rupa, saya ingin memohon maaf kepada mana-mana penganut yang beragama Kristian yang terasa dan berasa sakit hati apabila kubur umat mereka dipijak dan dijadikan sebagai background. Namun, satu lagi yang saya ingin perkatakan adalah agama Islam kami, seperti mana agama Kristian, Buddha dan lain-lain mempunyai peraturan dan larangan mengenai perbuatan dan tatacara untuk menghormati insan yang telah meninggal dunia dan tatacara yang betul untuk melawat kawasan perkuburan..

Perbuatan mereka ini tidak menggambarkan agama Islam, sebaliknya hanyalah menggambarkan tentang bagaimana teruknya strategi marketing yang terlalu ingin mendapatkan perhatian dan client dengan cara yang kita semua boleh katakan, amat menjijikan dan memalukan orang Melayu, dan pada masa yang sama terpalit kepada agama dan pegangan kami semua yang beragama islam.

Saya harap, tolonglah mana-mana pihak untuk mengambil tindakan kepada mereka semua ini. Ini adalah satu bentuk provokasi walaupun ianya diperkatakan tidak ada niat untuk mencetuskan pergaduhan di antara umat Islam dan penganut agama Kristian. Untuk kita semua pula, ada baiknya kita tidak langsung menyokong perniagaan mereka ini walaupun daripada bumiputera sendiri. Ada baiknya jika kita mencari mana-mana perniagaan lain yang dilakukan secara profesional dan tidak terlalu haus dan dahaga dengan perhatian masyarakat hanya semata-mata ingin mempromosikan perniagaan mereka.

Jadi sekarang, apalah gunanya sekiranya saya tulis panjang-panjang tetapi tidak mencadangkan apa-apa penyelesaian bukan? Baik, saya rasa, untuk photoshoot sebegini, ada baiknya setiap seorang model diletakkan di dalam kubur mereka yang baru digali mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Bukan sahaja anda akan dapat lebih peminat, malah, anda sedikit sebanyak menyuntik kesedaran dan keinsafan kepada orang lain supaya selalu mengingati kematian. Terima kasih.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.