Phatosnya Seorang Ahli Politik

0
779
views

Tiba-tiba semua netizen menjadi pakar pengucapan awam. Sembang je semua tu. Suruh naik pentas pun sama tergagap dan terkedu juga.

Dan sejak bila “terkedu”, “tergagap”, “terkucil” tu tanda hujah seseorang salah? Sifat ahli akademik bukan pemidato atau “public figure” seperti artis dan ahli politik, jadi tak hairan pun kalau ada “stage fright” dan rasa “awkward”, lebih-lebih lagi jika berdepan dengan kejutan.

Jetpack Langkawi

Tapi hakikatnya, orang lebih suka kecoh dan bersorak pasal perwatakan orang berbanding isi hujah seseorang. Itu sebabnya, sejak 2,400 tahun yang lepas lagi, Aristotle dah pesan bahawa untuk menjadikan hujah kita meyakinkan (“persuasive”), kita kena memastikan ketiga-tiga unsur LOGOS, ETHOS dan PATHOS diterapkan dalam pengucapan kita.

Teman pernah belajar pasal ilmu retorik (“rhetorics”) ni semasa di universiti. Biasalah teman pun pernah berangan-angan nak jadi ahli politik juga, nasib baik diselamatkan daripada musibat tersebut. Tapi ilmu retorik tetap penting tak kira apa profesion anda jua.

Secara lazimnya, manusia normal tak ada masalah sangat pun dalam menguasai LOGOS (merujuk kepada fakta, logik, hujah) dan ETHOS (reputasi, kredibiliti, kepakaran). Seorang pensyarah jurusan sains politik bercerita pasal politik, Logos ada, Ethos pun sudah ada. Tapi malangnya kalau PATHOS (kebolehan untuk membina hubungan dengan khalayak, memberangsangkan emosi khalayak) tak ada, mesej tak sampai juga. Orang tak pandang kita juga.

Lebih malang, ahli politik lah spesis manusia yang paling mahir pasal PATHOS. Walaupun tanpa Logos dan Ethos, sesetengah ahli politik masih mampu memperdayakan khalayak melalui Pathos. Contoh klasik tidak lain Hitler dan Churchill. Pathos yang menentukan seseorang jadi pemidato yang hebat atau tidak.

Jadi kita kena banyak memperbaiki aspek Pathos. Tengok cara ahli politik membangkitkan Pathos. Deme akan tetiba menjerit benda-benda macam “siapa bodoh?” “negara bukan bapak dia punya!” Benda tu tak ada nilai pun kalau ikutkan prinsip Logos dan Ethos, tapi benda tu boleh membangkitkan emosi orang ramai, menyebabkan orang ramai suka dengan ucapan kome. Gaya loyar buruk pun lebih menarik perhatian berbanding sekadar berucap berdasarkan “facts and figures”.

Manusia rasional yang boleh menilai Logos dan Ethos itu sedikit. Lebih ramai mementingkan Pathos. Jadi terpaksalah kita memperbaiki ilmu retorik untuk menegakkan agenda kita.

(post ini bukan post politik, tapi pasal public speaking/retorik ye. Teman oportunis, tak nak lepaskan peluang berkongsi ilmu)