Dalam siri Harry Potter, terdapat pelbagai nama keluarga seperti Potter, Malfoy, Weasly, Nott, Dumbledore dan sebagainya. Nama keluarga itu kebanyakannya dikaitkan dengan kejahatan dan kebaikan, seperti mana Potter dan Weasly dikaitkan dengan kebaikan, Nott dan Malfoy tergolong dalam kejahatan.

Meskipun begitu, tahukah anda berkenaan Peverell dan Black. Peverell merupakan keluarga ahli sihir hebat yang wujud di zaman pertengahan, sama seperti keluarga Black. Kedua mereka berdarah tulen, sehingga berlaku pencampuran dengan Muggleborns.

Boleh dapatkan dua buku terbaru kami di webstore: https://bit.ly/pratempahktmktr

Peverell diketahui dengan keluarga yang mempunyai susur galur yang baik, manakala Black diketahui mempunyai susur galur yang jahat. Setakat yang diketahui, hanya tiga orang Peverell yang pernah tercatat dalam siri Harry Potter, Antioch, Cadmus dan Ignotus. Dan Peverell diketahui keluarga yang terbuka menerima Muggleborns dalam keluarga mereka.

Black pula sedikit ramai, antaranya Sirius Black, Bellatrix Lestrange (neē Black) dan Walburga Black. Berbeza dari Peverell, Black keluarga yang tegas dalam pemilihan calon suami dan isteri. Mereka mestilah terdiri dari mereka yang berdarah tulen atau berdarah separa tulen. Muggleborns tidak diiktiraf sama sekali, ditambah pula dengan kebencian yang mendalam terhadap keluarga manusia.

Namun, tidak semua susur galur Peverell ialah baik. Antara keluarga Peverell lain termasuklah keluarga Slytherin (Salazar Slytherin), Riddle (Tom Riddle) dan Gaunt (Marvolo Gaunt). Seperti Black, terdapat juga keluarga baik yang lahir dari Black seperti Weasly (Cedrella Weasly), Lupin (Teddy Lupin) dan Tonks (Nymphadora Tonks)

Antara ikon-ikon penting Peverell dalam Harry Potter termasuklah watak utamanya, Harry Potter sendiri, Peverell Tiga Bersaudara, pemegang pertama Deathly Hallows dan Lord Voldemort, antagonis utama.

Manakala ikon-ikon Black termasuklah, Draco Malfoy, musuh utama Harry Potter, Sirius Black, bapa pembaptisan Harry Potter dan Ronald Weasly, sahabat baik Harry Potter.

Tahukah anda, yang lebih menarik, pertemuan pertama keluarga Black dan Peverell ialah James Potter, ayah kepada Harry Potter. Ayah James Potter, Fleamont Potter berkahwin dengan Euphemia Black. Secara tidak langsung, Harry Potter menjadi keturunan kedua selepas ayahnya bagi pertemuan dua keluarga utama siri ini.

Artikel dikirimkan oleh MYpotterhead untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.