Petani Dan Peladang Kerja Orang Miskin?

0
544
views

Australia, walaupun kurang berjaya dari segi automotif, namun merupakan antara negara pengeluar makanan terbesar di rantau sebelah sini dengan 12 peratus dari KDNK negara tersebut datang dari eksport hasil pertanian dan perladangan. Industri tenusu mereka, industri penternakan mereka bukan calang-calang. Kapasiti Australia dalam mengeksport produk daging adalah 2.34 juta tan setahun, meletakkan Australia sebagai pengeksport daging lembu kedua terbesar diatas planet ini selepas Brazil. Eksport daging Australia tidak hanya melibatkan daging lembu tetapi juga biri-biri dan kambing dimana pada bulan Ogos tahun ini sejumlah 118.813 juta kilogram daging pelbagai jenis diproses dan dieksport ke 57 destinasi seluruh dunia. Pasaran utama adalah Kesatuan Eropah, Jepun, Taiwan, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Timur Tengah.

Pada tahun 2016 hingga 2017 Australia menghasilkan 9 billion liter susu, industri yang memberikan peluang pekerjaan kepada lebih 42 000 orang. 37 peratus dari hasil tenusu Australia bernilai 3 billion Dollar dan ia di eksport ke seluruh dunia.

Mari cakap pasal padi beras.

Australia menghasilkan 10 tan beras per hektar, penghasilan paling besar sedunia berbanding negara pengeksport beras terbesar dunia iaitu India. Penghasilan beras oleh Australia melibatkan penggunaan teknik pengairan minimum dimana penanam padi menggunakan 50 peratus kurang sumber air berbanding jumlah purata global dan menggunakan spesies tanaman padi Japonica yang menghasilkan padi pada kuantiti besar.

Australia juga menghasilkan varian padi mereka sendiri yang tahan lasak dan memerlukan kurang penggunaan air tetapi menghasilkan beras pada kapasiti tinggi.

Industri padi Australia melibatkan 2000 sawah yang dimiliki komuniti keluarga penanam padi dengan purata sawah padi bersaiz 400 hektar dan eksport padi Australia pernah mencecah sehingga 80 peratus. Jumlah eksport padi dan beras Australia pada tahun 2017 bernilai 14 juta AUD.

Waqaf Saham

Jumlah eksport makanan Australia keseluruh dunia pada tahun 2016 bernilai 46 billion AUD.

Siapa kata kalau jadi petani, peladang, penternak dan nelayan tak boleh maju?

Dan kome tak segan ke mat salleh lagi terror tanam padi dari kita yang dah memang berkurun berzaman tanam padi ni?

Australia tak hebat dalam industri automotif. Holden yang merupakan pengeluar kereta di Australia tidak lagi menghasilkan kereta pada 20 Oktober 2017. Sekarang hanya menjual kereta-kereta jenama Opel di pasaran tempatan da luar negara.

Tapi eksport makanan Australia tetap berterusan dan menjana sejumlah besar KDNK negara benua tersebut.

Jadi, mahu makan gearbox kereta atau makan nasi?

Saya mahu makan nasi.