Pesawat Tempur Terhempas Lalu Mendarat Depan Rumah Mak!

614

Tahukah anda, pada 20 April 1945, sebuah bandar di Bavarian Town bernama Memmingen menjadi sasaran pengeboman bagi pesawat B26 Marauder milik Amerika Syarikat. Setelah pihak Jerman mengetahui perancangan pengeboman tersebut, mereka memberitahu satu skuadron tentera udara mereka bernama JV44, iaitu satu skuadron yang menggunakan pesawat jenis ME263.

Salah seorang juruterbang yang bernama Eduard Schallmoser mengemudi pesawat yang digelar White 11 ini. Dia berjaya mendapatkan kedudukan betul-betul di belakang B26, dan bersedia untuk menembak, malangnya, Mk108 3mm Autocannon itu gagal untuk berfungsi.

Schallmoser melihat dan mendapati sebutir peluru telah tersekat di Mk108 tersebut. Tanda dia sedari, dalam usaha untuk menambah altitud pesawat tersebut, tak semena-mena dia melanggar sayap kanan pesawat B26 tersebut. Pelanggaran tersebut menyebabkan pesawat B26 itu gagal dikawal.

Pesawat White 11 juga mengalami kegagalan enjin dan sememangnya akan terhempas, Schallmoser mengambil keputusan untuk terjun keluar daripada pesawatnya dan menggunakan payung terjun. Apa yang menariknya adalah dia mendarat betul-betul berhampiran dengan rumah ibunya yang terletak di Lenzfried. Pendaratannya menyebabkan kedua-dua belah lututnya luka.

Ibunya yang berada di rumah terkejut apabila didatangi oleh anaknya, yang terhincut-hincut ke rumahnya. Ibunya menjemput anaknya masuk, dan memasak pancake untuk anaknya itu. Hanya setelah 5 hari kemudian, barulah Schallmoser mendapatkan rawatan perubatan, dan dia menyambung tugasnya semula selepas itu.

Kejadian itu menyebabkan dia digelar sebagai The Rammer oleh rakan-rakan skuadronnya.

PS – Ada sumber mengatakan dia melanggar 3 buah kapal terbang sebelum terhempas.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.