Spartacus ialah sebuah nama yang sering dibicarakan seiring dengan Empayar Rom. Dia diletakkan sebaris dengan musuh-musuh hebat Rom yang lain seperti Hannibal dan Attilia. Namun, tidak seperti Hannibal dan Attilia, dia hanya memimpin pasukan pemberontakan yang terdiri daripada para hamba dan juga gladiator yang bertarung demi mempertahankan diri daripada sistem perhambaan yang terlalu korup di Empayar Rom.

Dalam masa yang sama, ketika abad pertama Masihi, Empayar Rom memang terkenal dengan sebuah permainan yang dipanggil sebagai gladiator yang terdiri daripada par ahamba yang dikumpul melalui pelbagai cara seperti tawanan pe-rang, yang diarahkan untuk saling bertempur antara satu sama lain demi memberikan hiburan kepada rakyat Empayar Rom sendiri.

Namun, masa yang bergulir mendatangkan rasa tidak puas hati sendiri para ghladiator dan hamba yang terpe-rangkap dibawah sistem gladiator ini. Maka dari ketidakpuasan hati itu, lahirnya seorang hero yang menjadi pencetus kepada pemberontakan hebat para gladiator melawan Empayar Rom yang merupakan kuasa dunia ketika itu. Perkenalkan kepada kalian, seorang lelaki bernama Spartacus, yang berasal dari Thracian yang terletak di Tenggara Eropah. Kononnya dia pernah menjadi sebahagian daripada tentera Empayar Rom itu sendiri, yang merupakan penjelasan paling jelas pada pengetahuan taktikalnya memimpin pasukan pemberontakan gladiator.

Semuanya bermula pada 73 SM, di sebuah sekolah atau akademi yang dipanggil sebagai Ludus yang fungsi penubuhannya adalah untuk melatih Gladatior di Capua. Spartacus bersama dengan lebih kurang 100 orang gladiator yang lain telah memberontak lalu bertempur untuk lari daripada sekolah itu. Kononnya pada awalnya, senjata yang dibawa oleh mereka sekadar alatan dapur seperti kuali, periuk belangga dan juga pisau.

Mereka kemudian berjaya merampas senjata yang lebih efisyen dalam pertempuran selepas mengalahkan para pegawal yang berkawal di Ludus. Kemudian, dari pertarungan itu, Spartacus disertai oleh lebih banyak gladiator yang mahu turut serta lari dari Ludus. Selain daripada Spartacus, dua orang dari Gaul juga dipilih sebagai ketua iaitu Crixus dan Oenomaus. Jumlah pasukan yang dipimpin oleh Spartacus bertambah menjadi sekurang-kurangnya 200 orang sebelum menuju ke pergunungan Vesuvius.

Lokasi yang dipilih oleh Spartacus ini kerana pertahanan semula jadinya. Hendak masuk ke dalam Vesuvius, ianya hanya boleh dilalui oleh satu laluan yang diapit oleh bentuk muka bumi pergunungan yang agak curam. Dalam masa yang sama, Roman sekadar menghantar pasukan Militia yang merupakan pasukan yang terdiri daripada unit tentera yang dipetik secara rambang, bukannya unit legion yang merupakan unit tentera Rom yang betul.

Pasukan militia Roman sekadar terdiri daripada 3, 000 orang untuk mengejar 200 orang pemberontak gladiator yang dipimpin oleh Spartacus. Lagipun, Rom tidak memandang serius akan perkara ini dan masih belum memandangnya sebagai sebuah pe-rang. 3000 tentera militia yang dipimpin oleh Publius Varinius ini kemudian telah mengepung satu-satunya laluan turun daripada atas kaki gunung Vesuvius.

Namun, Sapartacus sebenarnya lebih bijak dalam menangani tentera militia Rom. Dia telah mengarahkan tenteranya untuk mencipta tali yang diperbuat daripada akar-akar pokok yang tumbuh di kaki gunung, lalu dalam keadaan sesenyap mungkin, tenteranya bergerak ke kawasan tebing tinggi yang terletak di belakang kem tentera Varinius.

Lalu dari situ, mereka akan menye-rang secara mengejut dari belakang. Ajaibnya, se-rangan mengejut Spartacus ini tidak disedari langsung oleh Varinius dan tentera Militia Rom. Akhirnya, hampir 3, 000 tentera Militia yang dipimpin oleh Vairinius maut di tangan Spartacus.

Selepas itu, dicatatkan bahawa Varinius telah memimpin 2, 000 orang tentera untuk menggem-pur tentera pimpinan Spartacus. Kali ini, tidak diketahui sama ada unit tersebut merupakan militia atau unit tentera betul seperti Legion. Namun sayangnya, 2, 000 orang tentera ini berjaya dikalahkan oleh tentera pemberontak Gladiator.

Varinius hampir sahaja ditangkap namun sempat melarikan diri. Dari pertempuran ini, dicatatkan bahawa sekurang-kurangnya, 70, 000 orang hamba dan gladiaotor menyertai Spartacus selepas kejayaan-kejayaan awal Spartacus membantai Empayar Rom.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.