Selepas dua minggu menceroboh Korea Selatan pada 25 Jun 1950, Korea Utara terus mara dengan fokus utama mereka ialah bandar pelabuhan Pusan/Busan. Dengan menakluk Busan, Pyongyang boleh menghentikan semua bantuan termasuk ketenteraan kepada Korea Selatan. Tetapi Mejar Jeneral William Dean yang mengetuai Divisyen Infantri Ke-24 Tentera Amerika Syarikat mempunyai idea berbeza.

Mejar Jeneral William Dean

Sejak operasi bermula, Korea Utara yang dipimpin Kim Il-sung berjaya menakluk ibu negara Korea Selatan, Seoul. Selain itu, mereka juga berjaya mengakali tentera AS yang membantu Seoul menerusi siri kemenangan dari Osan hingga Sungai Kum. Kini, matlamat mereka yang tinggal ialah Taejon. Jika Taejon jatuh, laluan terbuka luas untuk Il-sung mengusir tentera AS ke Busan dan keluar dari Semenanjung Korea.

Atas sebab itulah, serangan bertubi-tubi Korea Utara dilancarkan ke atas Sungai Kum. Divisyen yang ditugaskan mempertahankan kawasan itu, Divisyen Infantri Ke-24 yang dipimpin Dean terpaksa berundur ke Taejon selepas diserang tanpa henti selama tiga hari.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Sebagai veteran Perang Dunia Kedua (WWII), beliau tahu persekitaran bandar sekitar Taejon tidak sesuai sebagai kubu pertahanan. Tetapi mahu tidak mahu, Dean terpaksa bertahan selepas mendapat perintah daripada pegawai pemerintahnya, Leftenan Jeneral Walton Walker. Walker yang mengetuai Tentera Kelapan mahukan Infantri Ke-24 bertahan sehingga 20 Julai.

Ini bagi memberi peluang kepada Divisyen Kavalri Pertama dan Divisyen Infantri Ke-25 membina barisan pertahanan di utara Pusan di sepanjang Sungai Nakdong. Persekitaran ini jauh lebih baik dari segi pertahanan. Tetapi mereka memerlukan masa untuk menjayakan semua itu.

Dean juga tidak mempunyai pilihan dari segi kedudukannya di Taejon. Jika pihak AS cuba keluar daripada pengepungan yang digerakkan pihak Korea Utara, ia akan mengukuhkan lagi kedudukan mereka dan membuka jalan kepada penaklukan Pusan.

Ternyata, kebimbangan Dean menjadi kenyataan pada 19 Julai. Pada hari itu, ketumbukan Pyongyang menyerang kedudukan persenjataan AS dan memusnahkan mana-mana tapak simpanan makanan, air dan peluru. Serangan tersebut mengakibatkan banyak bangunan sekitar Taejon yang diperbuat daripada kayu musnah terbakar.

Dean memilih untuk tidak berganjak dari Taejon dan mengharungi kesusahan bersama anak-anak buahnya. Ia menyuntik semangat kepada Divisyen Infantri Ke-24 untuk terus bertahan. Tetapi ia makin menyukarkan mereka untuk terus bertahan.

Kedudukan mereka semakin buruk apabila Divisyen Infantri Ketiga dan Keempat Korea Utara mendapat sokongan sebahagian unit perisai Divisyen Ke-105. Tambah memeningkan Dean, kedudukan mereka sentiasa bermasalah berikutan tindakan penduduk tempatan yang menyalurkan maklumat kepada pihak Korea Utara.

Pihak AS cuba bertahan dengan menubuhkan barisan pertahanan di setiap kawasan kejiranan sekitar Taejon. Tetapi usaha mereka gagal dengan pihak Korea Utara terus memaksa mereka berundur. Akhirnya pada 20 Julai, Dean mengarahkan mereka berundur ke selatan Taejon dengan sokongan unit kereta kebal Divisyen Kavalri Pertama AS.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Di pihak Korea Utara, penaklukan Taejon membantu mereka menghampiri Pusan. Tetapi semangat biar putih tulang, jangan putih mata Divisyen Ke-24 membantu Walker tiba di Busan dan memperkukuh kedudukan pertahanan di sana. Dengan Pusan masih dalam kawalan, akses bekalan termasuk tentera dan persenjataan terus dibawa masuk.

Ini mengundang masalah baru kepada Korea Utara. Dengan mereka kini berada ratusan batu daripada kedudukan asal, ia menyebabkan rantaian bekalan termasuk kenderaan dan persenjataan mudah terdedah kepada serangan udara AS dan sekutu-sekutunya. Akibatnya, impian Il-sung untuk menyatukan Semenanjung Korea di bawah pemerintahannya punah sama sekali.

Dari satu segi, kekalahan tentera AS di Taejon merupakan kekalahan bersifat taktikal. Tetapi itu juga yang menghalang mereka daripada memenangi Perang Korea.

Tetapi apa yang berlaku kepada Dean? Tatkala berundur bersama anak-anak buahnya ke selatan Taejon, jip yang dinaikinya terpisah sekaligus mengakibatkan beliau dan beberapa anak buahnya tersesat. Walaupun cuba melawan dengan senjata yang dimiliki, Dean ditawan dan dijadikan tahanan perang sehingga tamat Perang Korea (perang berakhir pada 1953). Semasa dalam tahanan, beliau dikurniakan Pingat Kehormatan Kongres atas tindakannya semasa di Taejon.

RUJUKAN

Davis, D. L. (2021, 9 Oktober). The Deadly Battle of Taejon Turned the Tide of the Korean War. National Interest.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply