Berkesempatan melawat Tugu Peringatan Perang Dunia Ke 2 di Jambatan Sungai Gemenceh, Gemas, Negeri Beradat Perpatih diteman Naib Presiden PASEM Sdr Faiz Fathi. Sengaja akupakai baju korporat PASEM kerana rindu dan lama tidak memakainya.Dah alang2 nak habiskan sisa perkhidmatan, hehehe

Disinilah merupakan salah satu tempat dalam siri Pertempuran Muar dalam Kempen Malaya . Pertempuran Muar merupakan pertempuran tempoh paling dasyat dalam Kempen Malaya ini iaitu bermula 14 Januari 1942 hingga 22 Januari 1942. Walaupun disebut Pertempuran Muar, tetapi tidak semuanya berlaku di Muar. Terdapat beberapa fasa dalam Pertempuran Muar iaitu fasa serangan di Sungai Kelamah/Gemencheh, Bandar Muar dan Parit Sulong dan fasa pengepungan di Bakri. Kita tumpu dahulu di fasa pertempuran di Jambatan Gemencheh ( Sungai Gemenceh/ Sungai Kelamah). Jambatan ini adalah penghubung antara Tampin – Gemas.

Pertempuran Sungai Gemenceh secara ringkas. Pertempuran di sini melibatkan Batalion 2/30 Divisyen ke-8 Australia dan Pasukan Imperial Jepun. Pasukan di Sungai Gemencheh yang dikepalai oleh Lt Kol Black Jack Ghalleghan manakala untuk keseluruhan pertahanan di Muar adalah Mejar Jeneral Gordon Bennet dengan kodnya “Westforce”. Tujuan utama adalah untuk menyekat kemaraan Tentera Imperial Jepun kearah lebih selatan. Tentera Australia menggunakan strategik memusnahkan Jambatan Sungai Gemenceh bagi menyekat kemaraan Jepun. Jepun pula telah menggunakan sampan untuk menyeberangi sungai dan yang lain menaiki basikal ringan menggunakan jambatan.

Apabila jumlah yang ramai menggunakan jambatan itu, maka tentera Australia pun meletupkan jambatan itu sehingga dikatakan melenting/melayang tentera-tentera jepun akibat letuppan yang kuat itu. Selepas letupan dilakukan, atas nasihat Lt Jen AE Percival, serangan hendap pun dilakukan termasuklah di hutan-hutan serta tindakan paling bijak adalah dengan memutuskan saluran telekomunikasi tentera jepun. Serangan ini bak kata-kata dalam askar kita “AWAL MULA PERTAMA MULA” satu permulaan yang cemerlang dan boleh dikatakan dapat melumpuhkan gerakan Tentera Jepun dengan jumlah yang besar. Terdapat beberapa pandangan mengenai jumlah Tentera Jepun yang terkorban, ada yang berkata 600 mangsa dan ada yang lebih daripada itu ( 700 – 800 ). Manakala Tentera Australia seramai 8 terkorban dan 80 cedera. Pertempuran di Sungai Gemenceh ini mengambil masa 2 hari sebelum Tentera Jepun dengan tidak mengalah mara ke Sungai Muar dimana pertempuran lagi sengit terjadi yang menyaksikan giliran Briged-45 India pula beraksi.

Apa terjadi jambatan ini selepas diletupkan? Menurut beberapa sumber, pihak jurutera Jepun sempat membaiki jambatan ini dengan menggunakan kayu dan kini seperti anda lihat dalam gambar adalah jambatan baru serta sisa kayu-kayu jambatan masih dapat dilihat kini di tebing sungai.

*Jika ada tersalah fakta dalam penulisan , saya mohon maaf dan bersikap terbuka untuk kritikan membangun. Sekian Terima Kasih.

Sumber Rujukan:
Imbasan Peristiwa Bersejarah Johor, Matlob dan Zam Ismail
Rejimen Askar Melayu, Syed Omar Syed Othman
BTDMOnline


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang anak jati Muar yang amat mencintai sejarah, warisan dan budaya. Aktif dalam menulis artikel sejarah tempatan walaupun kini sedikit menyepi kerana menumpukan dahulu pada kerjaya hakiki. Telah menubuhkan Persatuan Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (PASEM) pada 16.11.16 sebagai medium memupuk minat terhadap Sejarah terutama sejarah ketenteraan serta minat menulis dalam kalangan ahlinya. Penulis juga merupakan AJK Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Muar dan Penasihat 2 Persatuan Sejarah UPNM (PASEM) . Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Strategi dari UPNM.

1 Comment

  1. Assalamualaikum sy nak bertanya, encik buat kajian berkaitan dgn ini mengumpul data2 itu dgn siapa? Sebab sy nak buat kjian tntg sejarah ini juga.

Leave A Reply