Pertempuran Shiroyama: Kisah Samurai Terakhir Yang Mekar Sepanjang Zaman

0
1651
views

Ketika Revolusi Meiji mula melanda Jepun, antara salah satu langkah reformasi yang dijalankan oleh Meiji ialah penghapusan kelas Samurai dalam masyarakat Jepun. Banyak samurai kekurangan sumber pencarian mereka, dan menjadi hilang arah tuju. Meski pada awalnya, yang memberontak menjatuhkan Keshogunan Tokugawa juga merupakan Samurai. Bahkan yang terlibat dalam gerakan memulihkan kembali rejimen Meiji ialah samurai dari wilayah Satsuma yang selepas itu akan memberontak melawan Meiji. Meski terdapat juga banyak samurai dari wilayah Satsuma yang dinaikkan ke jawatan kerajaan. Namun ada faktor lain yang turut menghumbankan Jepun ke kancah pemberontakan. Ianya tidak lain dan tidak bukan adalah kerana dasar permodenan yang digerakkan oleh Meiji yang telah mentransformasikan seluruh budaya Jepun dianggap sebagai pengkhianatan dalam prinsip joi yang merupakan sebahagian daripada falsafah Confucius yang dipegang ketika era itu.

Prinsip joi atau juga dikenali sebagai “menghalau orang gasar” inilah yang menjadi pemangkin kepada penggulingan Keshogunan Tokugawa yang membuka pintu untuk orang asing memasuki negara mereka lalu mereka menaikkan semula kuasa maharaja ke tampuk kuasa penuh. Namun, Maharaja Meiji seperti tidak langsung mengendahkan akan prinsip itu bahkan telah membawa lagi banyak pengaruh barat dalam membangunkan Jepun menjadi bangsa yang lebih hebat daripada mereka hari itu.

Maka tercetuslah Pemberontakan Satsuma yang diketuai oleh Saigo Takamori yang terkenal dengan jolokan sebagai Samurai Terakhir Jepun. Dipendekkan cerita, peperangan ini memihak kepada Tentera Imperial Jepun dan pasukan pemberontak ditekan dengan dasyat. Lagi-lagi ketika Pengepungan Istana Kumamoto yang mencatatkan bagaimana puluhan ribu nyawa samurai melayang. Samurai-samurai yang terselamat daripada Pengepungan Istana Kumamoto pun berkumpul di Kagoshima, Jepun. Pertempuran pun bermula pada 24 September, 1877. Tetapi dalam pertempuran ini, Saigo Takamori kekurangan tentera untuk menahan gempuran kira-kira 30, 000 orang Tentera Imperial Jepun yang dipimpin oleh Jeneral Yamagata Aritomo. Takamori hanya mempunyai 500 orang samurai sahaja untuk menahan gempuran ini.

Waqaf Saham

Maka dicatatkan bagaimana Yamagata mengetuai Tentera Imperial Jepunmara kea rah kubu terakhir samurai pemberontak ini. Walaupun mempunyai kelebihan askar yang memang betul-betul mengatasi jumlah tentera yang dimiliki oleh Takamori, Yamagata tidak terlalu terburu-buru untuk menyerang Takamori. Dicatatkan bahawa mereka telah membina kubu-kubu untuk mengepung Takamori dari segala arah. Bahkan Yamagata telah mengarahkan agar lima buah kapal perang supaya mengebom pemberontak ini.

Walaupun mengetahui kemenangan tidak mungkin berpihak kepada pasukan pemberontaknya kerana diatasi dari segala faktor seperti tentera dan juga persenjetaan, Saigo tetap bertahan dengan penuh prinsip. Diceritakan bagaimana awal pertempuran, walaupun dihujani oleh hujan peluru, para samurai dengan cekal menggempur barisan paling hadapan Tentera Imperial Jepun. Mereka yang tidak terlatih dengan ilmu tempur jarak depan menghadapi masalah pada awalnya, namun oleh kerana jumlah Tentera Imperial Jepun mengatasi jumlah samurai. Akhirnya seorang demi seorang gugur di medan perang. Saigo Takamori sendiri cedera teruk dan terpaksa disembunyikan oleh sahabatnya Beppu Shinsuke untuk melakukan seppuku sebelum mati. Kematian Saigo Takamori menandakan berakhirnya Pemberontakan Satsuma dalam sejarah Jepun.

Previous articlePertempuran Sungai Frigidus (394 Masihi): Pertembungan Rom Timur Dan Rom Barat
Next articleKisah Banjir Besar Di Nusantara
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.