Dalam artikel kali ini, aku lampirkan sejumlah foto yang dirakam oleh jurugambar Eropah bernama Hyland Lyon, beliau merakamkan peristiwa “Pertahanan Gudang Sihang”. Dan sebenarnya, foto-foto ni jarang didedahkan kepada orang ramai.

Semasa Pertempvran Shanghai pada tahun 1937 di antara Jepun dan China, 423 orang saki baki Tenter4 Rev0lusi Nasionalis China bertahan di gudang Sihang, walaupun jumlah mereka hanya seramai 400 lebih, media China mendedahkan jumlah mereka seramai 800 orang bagi menunjukkan kepada Jepun bahawa China masih mampu bertahan tetapi dikatakan sebenarnya, jumlah yang selebihnya itu adalah jumlah askar yang telah terk0rban semasa Pertempvran Shanghai. Sebab tu diorang terus dikenali sebagai Lapan Ratus Pahlawan yang menentang gelombang ser4ngan pasukan Jepun.

Tugas diorang ni adalah melindungi pasukan China yang sedang berundur ke barat dibawah perintah Chiang Kai-shek. Tapi diorang ni pulak tersangkut dalam sebuah gudang di tepi Sungai Suzhou dan berdekatan jambatan yang memisahkan zon konsesi asing di Shanghai yang aman dan zon per4ng.

Tenter4 Imperial Jepun melancarkan pencerobohan ke atas China pada 7 Julai 1937. Semasa tenter4 Jepun Imperial menawan satu demi satu wilayah dari utara, pertempvran antara tenter4 China dan Jepun bermula di Shanghai pada 13 Ogos. Meskipun mengalami masalah logistik, kekurangan latihan, dan kekurangan sokongan dari tenter4 udara, Divisyen Ke-88 Tenter4 Rev0lusi Nasionalis China nekad mempertahankan sebahagian zon per4ng di Kota Shanghai, yang kebanyakannya hanya tinggal sisa runtuhan.

Peta menunjukkan kedudukan Tenter4 Rev0lusi Nasionalis China yang bertahan di gudang Sihang (atas) dan zon konsesi asing yang tidak berani diser4ng Jepun (bawah).

Bayangkan, kau terper4ngkap di zon per4ng tapi kau boleh lihat aktiviti kota di seberang sungai yang merupakan zon konsesi asing yang aman, umpama kau duduk di neraka tapi sedang melihat syurga yang jaraknya hanya beberapa kali langkah saja. Jepun memang tak berani masuk ke zon konsesi asing masa Pertempvran Shanghai, kerana waktu itu Jepun seboleh-bolehnya mahu elakkan dari mempr0vokasi kedudukan British dan Amerika Syarikat yang bertempat di situ.

Tapi kenapa tenter4-tenter4 China ini tak menyeberang je? Semuanya kerana politik pemimpin atasan mereka, lagi pula mereka belum mendapat perintah rasmi dari Chiang Kai-shek. Pada kemuncak pertempvran, Rejimen ke-524, Divisyen ke-88 di bawah perintah Komandan Rejimen, Leftenan Kolonel Xie Jinyuan diperintahkan berundur menyeberang ke zon konsesi asing, tapi dia menolak pada awalnya sebelum dipujuk Zhang Boting (ketua staff Divisyen 88) kerana Zhang beranggapan, terus bertahan hanya akan menyebabkan mereka m4ti katak.

Pada tengah malam, 1 November 1937, Xie memimpin 376 askar dalam beberapa kumpulan kecil untuk menyelinap masuk ke dalam zon konsesi Inggeris melalui jambatan New Lese Bridge. Semasa pengunduran dalam gelap itu, mereka dapat juga dikesan oleh tenter4 Jepun yang menggunakan temb4kan suar.

Akibatnya, sepuluh tenter4 China terk0rban, dan 27 yang lain cedera parah tetapi berjaya melepasi garisan pemisah.  Manakala saki baki tenter4 Nasionalis yang berada di belakang memutuskan untuk mengangkat senj4ta bagi melindungi pengunduran rakan-rakan sepasukan yang masih ada. Kira-kira berpuluh dari mereka cedera ditemb4k mesingan dan temb4kan meriam Jepun semasa cuba menyeberang. Menjelang pukul 2 pagi, pengunduran itu selesai dengan jayanya.

Pertahanan Gudang Sihang berlaku pada 26 Oktober hingga 1 November 1937, ia merupakan sebahagian dari peristiwa Pertempvran Shanghai dalam Per4ng Sino-Jepun Kedua. Tenter4 Jepun tidak pernah menceroboh atau melepaskan sebarang temb4kan terhadap zon konsesi asing di seberang gudang tersebut.

Jepun kekal dengan dasar berdamai dengan barat, sehingga lah empat tahun kemudian, mereka mula menawan Shanghai secara penuh berikutan keputusan tenter4 imperialis Jepun untuk menyertai Per4ng Dunia Kedua melawan pihak Sekutu. Namun, sisa binaan gudang tersebut masih dikekalkan dalam bentuk asalnya selepas pertempvran itu sebagai peringatan hingga ke hari ini.

Rakaman foto ketika gudang tersebut menerima ser4ngan udara dari Jepun

Pertempvran ini mungkin nampak gah bagi pihak China, hakikatnya, kesemua tenter4 yang berk0rban itu sebenarnya telah m4ti sia-sia kerana percaturan politik pemimpin-pemimpin mereka dengan pihak Inggeris. Mereka sepatutnya boleh diselamatkan sejak awal lagi, Mereka hanya diarahkan berundur pada saat-saat akhir, kerana itulah Xie Jinyuan pada mulanya menolak perintah berundur kerana rasa terkilan.

Nasib mereka bertambah malang selepas berjaya berundur. Mereka yang berjaya melintasi zon konsesi asing Inggeris kemudian berangkat untuk bergabung dengan saki baki Divisyen 88 yang lain. Namun, tenter4 British telah merampas semua senj4ta mereka dan menempatkan mereka semua di bawah tahanan khas.

Sebabnya ialah Jepun telah mengancam untuk menyer4ng zon konsesi asing sekiranya tenter4 China dibenarkan meninggalkan kawasan itu.  Mereka kemudian dipindahkan ke kawasan konsesi milik Itali dan dipenjarakan.

Foto terkini Gudang Sihang yang kini dijadikan tarikan pelancongan

Walaubagaimanapun, Chiang Kai-shek tetap menganugerahkan setiap anggota barisan pertahanan itu dengan kenaikan pangkat serta menganugerahkan Xie Jinyuan dan Yang Ruifu dengan Pingat Langit Biru dan Matahari Putih.

Selepas dipenjarakan, mereka dijulang oleh warga Shanghai sebagai hero, penduduk tempatan sering mengunjungi kem pasukan itu untuk menghiburkan mereka.  Para pegawai atasan membuka kelas untuk tenter4, mengajar bahasa asing, matematik, dan bahkan teologi Kristian.

Chen Wangdao, penterjemah buku propaganda The Communist Manifesto juga mengunjungi kem tersebut dari semasa ke semasa. Anggota tenter4 menghabiskan masa mereka dengan latihan ketenter4an dan meningkatkan semangat juang mereka dengan menyanyikan Lagu Kebangsaan Republik China setiap hari. Namun, aktiviti mereka itu selalu diganggu oleh pihak berkuasa asing secara berterusan, hingga akhirnya mereka dihentikan dengan cara kasar oleh tenter4 upahan White Russia.

Askar China semasa Pertempvran Shanghai

Walaubagaimanapun, Pertahanan Gudang Sihang itu telah berjaya memberikan inspirasi yang meningkatkan moral dan semangat kepada angkatan tenter4 China yang lain dan rakyat China terutamanya para penduduk kota Shanghai setelah diser4ng Jepun. Semasa 800 Pahlawan ini bertahan di gudang tersebut, beribu-ribu warga Shanghai dan pihak Inggeris di seberang sungai menyaksikan mereka bertempvr sambil menyokong mereka dengan mengumpul sumbangan wang.

Meskipun pertahanan Shanghai itu gagal, tetapi peningkatan moral dan semangat membuktikan kepada rakyat China dan kuasa asing bahawa tenter4 China amat aktif dan konsisten menentang Jepun, lebih-lebih lagi apabila Parti Kuomintang dan Parti Komunis China bersetuju untuk hentikan persengketaan demi bekerjasama menentang Jepun.

Pihak media mengangkat Lapan Ratus Pahlawan sebagai pahlawan nasional, dan sebuah lagu patriotik juga digubah untuk mendorong mereka dalam menentang pencerobohan Jepun.

Namun, bantuan dari kuasa asing yang Chiang Kai-shek cuba mohon tidak kunjung tiba, tak ada kuasa Eropah yang datang membawa bantuan ketenter4an mahupun perubatan, yang ada hanyalah kecaman secara lisan terhadap Jepun. Hanya Jerman dan Kesatuan Soviet yang menyumbang bantuan besar kepada China sebelum meletusnya per4ng di Eropah yang menyaksikan Jerman memanggil pulang penasihatnya pada tahun 1938 kerana tekanan Jepun.

Xie Jinyuan (duduk)

Pihak Jepun pernah menawarkan kebebasan untuk tenter4-tenter4 tersebut keluar dari Shanghai hanya jika mereka tinggalkan senj4ta mereka dan meninggalkan Shanghai sebagai pelarian. Xie tidak bersetuju dengan syarat ini, dan setelah menolak beberapa tawaran dari kerajaan boneka China di bawah Jepun yang dipimpin Wang Jingwei, Xie Jinyuan akhirnya dibvnuh pada 24 April 1941 jam 5 pagi oleh Sarjan He Dingcheng dan tiga anggota pasukannya sendiri, yang telah ‘dibeli’ oleh Wang Jingwei. Dia meninggal dunia pada pukul 6 pagi. Lebih dari 100,000 orang hadir untuk upacara pengebumiannya, dan dia kemudiannya dijadikan brigadier jeneral Tenter4 Rev0lusi Nasional.

Selepas ser4ngan Jepun terhadap Pearl Harbor, pasukan Jepun menceroboh dan menduduki konsesi asing tersebut. Hampir seluruh anggota Divisyen 88 ditaw4n. Mereka dihantar ke Hangzhou dan Xiaolingwei untuk dijadikan buruh paksa. Sebahagian dari kumpulan yang dikirim ke Xiaolingwei melarikan diri dan sebilangan darinya bergabung kembali dengan pasukan China. Tiga puluh enam pegawai dan tenter4 dihantar ke Papua New Guinea untuk dijadikan buruh, dan pada tahun 1945 ketika per4ng mula tidak lagi memihak kepada Jepun, taw4nan-taw4nan ini bertindak menewaskan pencvlik mereka dan menjadikan mereka pula sebagai taw4nan.

Pelarian cuba berpindah melalui jalan air ketika pencerobohan Jepun

Apabila Per4ng Saudara China meletus, kebanyakan dari mereka telah kembali ke kampung halaman dan melakukan pekerjaan orang awam. Manakala, ramai para pegawai dan beberapa bekas tenter4 Divisyen ke-88 memilih untuk menentang tenter4 komunis termasuklah Yang Huimin, bekas perisik wanita untuk Divisyen ke-88 semasa mereka mempertahankan Gudang Sihang telah melarikan diri ke Taiwan bersama-sama dengan pemerintah Parti Kuomintang yang kalah di tangan komunis untuk menubuhkan kerajaan Republik China di pulau kecil itu.

RUJUKAN:

The memory of China sealed for 80 years (part 1): rare photos of the B4ttle of Shanghai taken by Hyland Lyon

Shanghai’s Last Stand – The ‘800 Heroes’ of Sihang Warehouse


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.