Bulan Ramadhan telah menyaksikan beberapa detik paling penting dalam sejarah Islam semenjak awal penyebaran Islam lagi, bahkan ia turut mencatatkan peristiwa penting yang berlaku semasa peper4ngan sama ada ianya berlaku secara penaklvkan, pembebasan, perjanjian, mahu pun pertempvran.

Tenter4 Islam terlibat dalam banyak pertempvran sepanjang sejarahnya, ada pertempvran yang dimenangi dengan bergaya, ada pertempvran yang tidak menyebelahi Islam hingga kalah akibat perpecahan dalaman.

Namun, Sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia ini kita akan membaca kisah-kisah kejayaan tenter4 Islam yang memenangi beberapa pertempvran penting yang berlaku pada bulan Ramadhan dan telah membentuk perjalanan sejarah dunia selamanya

Artikel ini tidak melibatkan sejarah pertempvran pada zaman moden di mana sebahagian daripadanya berlangsung selama bertahun-tahun termasuk dalam bulan Ramadhan. Artikel ini hanya akan mener4ngkan secara ringkas tentang peristiwa penting dalam peper4ngan melibatkan umat Islam yang telah berlangsung di tengah bulan Ramadhan.

PERTEMPVRAN BADAR – 2 HIJRIAH

Pada 17 Ramadan sekitar dua tahun selepas peristiwa Hijrah, Allah SWT telah menegakkan kebenaran Islam melalui pertempvran epik antara kaum musyrik Quraisy dan umat Islam. Para orientalis barat menggelar peristiwa ini sebagai “Per4ng Malaikat”.

Tapak yang dipercayai sebagai lokasi Pertempvran Badar

Tiga ratus pejuang Islam, berbekalkan kekuatan iman dengan bantuan dari Allah, telah berjaya menewaskan bala tenter4 musyrik Mekah yang memiliki kelengkapan sempvrna dengan jumlah kekuatan yang melebihi tiga kali ganda daripada tenter4 Islam. Ramai panglima tenter4 Quraisy terbunvh. Kemenangan ini menjadi penanda permulaan kepada kebangkitan kuasa baru di tanah Arab.

Abu Jahal, musuh Islam yang mungkin terkuat di antara ketua suku-suku di Mekah telah mencabar supaya Allah menunjukkan bukti perbezaan antara kebenaran dan kebatilan ketika dia ber4ngkat melakukan kemaraan ke Badr. Dia menggambarkan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai orang yang telah menimbulkan masalah dan menyebabkan perpecahan di Mekah.

Apabila mendapat tahu bahawa tenter4 Quraisy sedang menuju ke Badr, baginda Rasulullah S.A.W. kemudiannya mengadakan perbincangan bersama para sahabatNya bagi membuat keputusan samada mereka perlu bertempvr atau tidak.

Pada awalnya, para sahabat Muhajirrin seperti Abu Bakar r.a dan Umar r.a membuat keputusan untuk tidak berper4ng. Namun apabila melihat para pemuda Muhajirin dan Ansar bersemangat tinggi, dan bersandarkan kepada wahyu yang diturumkan Allah kepada Nabi, mereka akhirnya bersetuju untuk berper4ng di jalan Allah.

Tidak syak lagi bahawa Abu Jahal sememangnya mengetahui akan kebenaran yang dibawa oleh baginda Rasul, namun, dia memilih untuk menjadi seorang kafir yang keras kepala dan mendesak orang lain melalui pelbagai jenis propaganda demi untuk terus menolak Islam.

Orang-orang Islam yang membawa diri ke Madinah pada asasnya tidak berniat untuk terlibat dalam per4ng. Mereka hanya ingin menyekat dan mengepung rombongan dagang kafilah Abu Sufyaan demi menuntut kembali harta benda mereka yang hilang dan dirampas musuh di Makkah. Namun, Allah telah menentukan sebaliknya dan memberikan kemenangan yang lebih besar daripada apa yang mereka cari.

Pertempvran Badr, kemenangan Islam dan kekalahan Quraisy yang epik ini mengandungi pelbagai mesej yang signifikan di seluruh tanah Arab. Umat ​​Islam semenjak itu terus bangkit sebagai satu kuasa baru yang melakar sejarah dunia dan sesungguhnya kemenangan umat Islam ini telah berlaku di tengah bulan Ramadan.

PEMBUKAAN KOTA MEKAH – 8 HIJRIAH

Pada 10 Ramadhan 8H, Nabi Muhammad S.A.W. meninggalkan Madinah menuju ke Makkah bersama-sama dengan 10,000 kekuatan tenter4. Namun pertempvran kali ini agak unik kerana ini adalah pertempvran yang tidak melibatkan ‘k0rban’.

Orang-orang Mekah telah mengkhianati perjanjian Hudaibiyah, walaupun pengkhianatan ini amat besar, baginda tidak sesekali lari dari tanggungjawabNya. Baginda bahkan berjaya menaklvki Makkah tanpa sebarang pertempvran dan k0rban setelah melakukan rundingan di antara bapa saudara Nabi, Abbas Ibn Abdul Muttalib engan Abu Sufyan, pemimpin suku Quraisy yang memeluk Islam kemudiannya.

Rasulullah S.A.W. menonjolkan sifat kelembutan hati baginda dan belas kasihan yang tiada tandingannya ketika berhadapan dengan golongan yang dahulunya amat mahu membunvh baginda dan pengikutnya, baginda telah memaafkan mereka, termasuk isteri Abu Sufyan,Hind Binti Utbah yang didakwa telah meratah hati bapa saudara Nabi, Hamzah Ibn Abdul Al-Muttalib ketika Per4ng Uhud. Tidak ada seorang pun kecuali seorang nabi yang mampu bertindak sebegitu rupa.

Hasilnya adalah setelah seluruh penduduk memeluk Islam, Ketua kaum Quraisy, Abu Sufyaan, yang memeluk Islam semasa kemaraan Nabi Muhammad S.A.W. untuk mebebaskan Mekah, pernah memberitahu kepada Abbas Ibn Al-Muttalib, bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W. setelah melihat tenter4 Islam yang besar dan kuat.

“Aku bersumpah dengan nama Allah bahawa kedaulatan anak saudara mu telah menjadi terlalu kuat untuk dihalang.” Al-‘Abbas menjawab, “Ini adalah kekuatan kenabian.” dan Abu Sufyaan bersetuju.

Hanya berjarak lapan tahun sebelum itu, Rasulullah S.A.W. diusir dari Makkah. Siapa sangka tidak lama kemudian takdir Allah menjadikan Muhammad sebagai pemimpinnya.

Nabi Muhammad S.A.W. kemudian meruntuhkan 360 buah berhala di Ka’bah dan akhirnya kepercayaan tauhid sejak zaman Nabi Ibrahim dan Ismail mula dikembalikan ke rumah Allah.

PEMBEBASAN AL-ANDALUS – 92 HIJRIAH

Pada bulan Ramadhan tahun 92H, seorang panglima Muslim membebaskan Sepanyol atau al-Andalus, dalam pertempvran yang tidak pernah berhenti memukau jiwa para sejarawan sepanjang zaman. Beliau tidak lain tidak bukan ialah Tariq Ibn Zayid yang ketika itu berkhidmat di bawah perintah Khalifah Umayyah al Walid I dan dihantar untuk menyebarkan Islam di semenanjung Iberia.

Hasil daripada penerimaan agama Islam secara meluas di kalangan penduduk semenanjung Iberia terutamanya di Sepanyol, kedatangan Tariq Ibn Ziyad juga adalah melalui jemputan dan sokongan para penduduk sendiri. Pendaratan Tariq Ibn Ziyad pada waktu itu berlaku dalam bulan Ramadhan.

Berbekalkan kekuatan hanya sekitar 12000 orang tenter4 setelah digabungkan bersama kekuatan angkatan tenter4 ketuanya, Musa Ibn Nair, Tariq bin Ziyad menggempvr dan berjaya mengalahkan tenter4 Visigoth di bawah perintah Raja Roderic yang seramai 90,000 orang.

Sepanyol pada waktu itu berada di bawah penindasan pemerintah Visigoth dan kuasa gereja. Golongan petani menderita akibat ditekan kemiskinan kerana cukai berganda, bahkan orang-orang Yahudi turut dianiaya dengan begitu teruk sekali.

Umat ​​Islam secara khususnya menerima jemputan dari penduduk di Sepanyol untuk membebaskan wilayah tersebut dan pemerintahan mereka disambut dengan tangan terbuka. Cukai dikurangkan menjadi seperlima dari hasil. Sistem upah yang lebih adil diperkenalkan.

Kaum minoriti Yahudi dan Kristian mendapat perlindungan yang sama rata oleh pihak pemerintah. Setiap lapisan masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menyertai perkhidmatan awam dan diizinkan untuk menjawat jawatan tinggi dalan pentadbiran.

Pemerintahan Islam membawa kesejahteraan dan Andalus menjadi pusat sumber ilmu bagi Eropah, sebelum akhirnya ditakdirkan umat Islam berpecah belah, berper4ng merebut kuasa sesama sendiri yang akhirnya membuka peluang kepada kuasa asing Kristian untuk kembali menaklvk dan menghalau umat Islam dengan Yahudi keluar dari Sepanyol ketika reconquista.

PEMBEBASAN BAITULMAQDIS / PERTEMPVRAN HATTIN – 583H

Pada bulan Ramadhan tahun 583H, Salahuddin Al-Ayyubi, salah seorang pahlawan Islam berbangsa Kurds yang amat dihormati kawan dan lawan, telah mengalahkan tenter4 salib dan membawa Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis kembali berada di bawah kawalan Muslim.

Pada tahun 492H, tenter4 Salib menaklvk dan menjarah kota Baitulmaqdis, mereka membunvh lebih 70,000 orang penduduk Islam dan Yahudi. Kekejaman mereka digambarkan sebagai amat mengerikan hingga lautan dar4h mencapai paras buku lali melalui syair-syair Parsi.

Tindakbalas dari pemerintah khalifah di Baghdad pada waktu itu amat lemah. Tentara Salib hanya berjaya menceroboh Baitulmaqdis kerana kaum Muslim telah pun lemah akibat pertempvran dan perselisihan dalaman. Mesir pada masa itu diperintah oleh Kerajaan Syiah Fatimiyyah.

Kadang kala, empayar Syiah ini bekerjasama dengan tenter4 Salib sehingga merugikan umat Islam yang lain, akibatnya, Empayar Fatimiyyah yang juga telah menjadi sangat lemah turut menjadi mangsa tenter4 Salib yang memutuskan untuk menyer4ng Mesir dan cuba menaklvknya.

Nur al-Din Zengi, emir di Aleppo dan Mosul, yang pada waktu itu bangkit untuk memer4ngi Tentara Salib berjaya merebut kembali satu kota demi kota, beliau memutuskan untuk menghantar tenter4nya untuk sebagai bantuan untuk umat Islam di Mesir.

Ketua panglima tenter4 tersebut, Shirkuh, turut membawa bersama anak saudaranya Salahuddin. Tenter4 Islam berjaya mengalahkan tenter4 Salib di Mesir, namun tidak lama kemudian Shirkuh meninggal kerana menderita sakit dalam perut dan Salahuddin diangkat menjadi pemimpin Mesir.

Pada usia 36 tahun, Salahuddin adalah salah seorang yang paling berkuasa di dunia sebagai pemimpin Mesir. Bahkan, semua penulis kronikel sejarah zaman itu baik dari pihak Muslim atau Kristian sentiasa bercakap mengenai kerendahan hatinya. Dia tidak pernah peduli akan kesenangan hidup dan tetap fokus pada peranannya dalam pembebasan tanah-tanah Muslim.

Salahuddin segera memastikan bahawa umat Islam terus bersatu sebagai persiapan untuk menyer4ng tenter4 Salib. Proses ini memakan masa beberapa tahun, tetapi tidak lama kemudian Salahuddin mempunyai tenter4 yang besar, kuat dan telah bersedia untuk membebaskan Tanah Suci dari tenter4 Salib.

Akhirnya, setelah 88 tahun di bawah cengkaman pemerintah Kristian, akhirnya pada bulan Ramadhan tahun 582H, kota suci Baitulmaqdis berjaya dibebaskan dari penjajahan oleh Salahuddin Al Ayubbi atau dikenali sebagai Saladin oleh barat.

PERTEMPVRAN AIN JALUT – 658H

Pada abad ketujuh Hijriah, kebangkitan bangsa Mongol telah menyapu bersih hampir seluruh Asia, sebahagian Russia, dan Eropah Timur. Mereka menghancurkan apa saja yang menjadi halangan kemaraan mereka. Genghis Khan menganggap dirinya sebagai “malapetaka yang dikirim oleh Tuhan untuk menghukum manusia atas dosa-dosa mereka”.

Pada tahun 617H, Samarkand, Ray dan Hamdan dihancurkan sehingga menyebabkan lebih dari 700,000 orang terbunvh atau dijadikan tawanan.  Pada tahun 656H, Hulagu Khan, cucu Genghis Khan, meneruskan legasi kehancuran ini.

Malah di Baghdad, kota yang pernah terkemuka sebagai pusat ilmu yang menempatkan perpustakaan terbesar Baytul Hikmah dan melahirkan ramai ilmuan-ilmuan dunia Islam habis musnah diratakan Hulagu Khan. Sesetengah anggaran menyatakan bahawa seramai 1,800,000 umat Islam terbunvh dalam bencana ini.

Setelah bencana yang dahsyat ini berlanjutan menjadi ancaman terhadap seluruh dunia Muslim, kerajaan-kerajaan Kristian Eropah turut mengalami nasib yang sama, akhirnya Allah bangkitkan seorang pahlawan dari Mamluk Mesir bernama Saifuddin Qutz, yang menyatukan tenter4 Islam dan keluar menghadapi ser4ngan Mongol di Ain Jalut pada 25 Ramadhan, 658H.

Sebelum pertempvran, Mongol telah memusnahkan wilayah-wilayah Muslim selama bertahun-tahun. Hulagu terus memimpin tenter4 Mongol ke arah barat, kerajaan-kerajaan utama yang mereka hancurkan selama ini di antaranya adalah Hashshashin di Parsi, Khilafah Abbasiyah di Baghdad yang musnah sepenuhnya dan Dinasti Ayyubid di Damsyik.

Rancangan Hulagu sekarang adalah untuk menghadapi Mamluk yang merupakan salah satu benteng kekuatan Islam yang terakhir. Mamluk yang dipimpin oleh Sultan Saif Al Din Qutuz, bertempvr dengan tenter4 Mongol dalam bulan Ramadan yang juga merupakan musim bunga Jalut di Lembah Jezreel.

Dengan strategi per4ng yang inovatif, termasuk salah satu penggunaan meriam tangan yang terawal dalam pertempvran, tenter4 Mamluk terbukti berjaya. Walaupun Hulagu Khan sendiri tidak menyertai pertempvran itu kerana pergelutan kuasa dinasti yang berlaku tepat sebelum bermulanya pertempvran.

Walaupun pernah cuba membalas dendam, Hulagu tidak pernah berjaya menebus kekalahan itu kerana Berke, yang merupakan pemimpin Mongol Golden Horde telah memeluk Islam sekaligus menjadi penentang Mongol antara yang terkuat.

Dan walaupun berada di bawah tekanan yang sangat besar, tenter4 Mamluk Muslim yang penuh bersemangat berkat bantuan Allah, strategi yang ampuh dan keberanian yang tiada tandingan telah berjaya menghancurkan tenter4 Mongol dan memulangkan gelombang kengerian ini kepada Mongol.

Namun pengaruh dinasti Abbasiyyah tidak lagi kuat selepas kejatuhannya dan beberapa kerajaan Islam muncul silih berganti hingga bangkitnya Empayar Turki Uthmaniyyah sebagai kuasa baru yang bertahan selama 600 tahun.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.