Pertempuran Niveneh: Ramalan Al-Quran Tentang Kemenangan Rom

0
5153
views

Sejarawan berpendapat bahawa antara faktor utama yang membolehkan tentera Islam menakluk seluruh Empayar Parsi dan menakuk 1/3 daripada Empayar Byzantine adalah atas faktor Perang Byzantine-Sasanid yang berlaku sekitar 602-628 Masihi yang berakhir dengan status quo ante bellum dimana melibatkan kedua-dua negara berdiri dalam bentuk seperti mana sebelum perang, di mana keluasan empayar dan sempadannya masih lagi sama seperti sebelum perang. Dalam erti kata lain, perang antara dua empayar ini berakhir dengan seri. Namun, sesuatu yang harus diteliti ialah bagaimana perang ini benar-benar telah memakan kedua-dua empayar dari dalam sehingga tidak mampu menahan gelombang penaklukan Empayar Khulafa Ar-Rasyidin. Kalau kita mengkaji tentang perang ini, pastinya kita tak akan terlepas daripada bercakap tentang Pertempuran Nineveh yang merupakan titik akhir Perang Byzantine-Sasanid.

Semuanya bermula ketika Maharaja Maurice digulingkan oleh pemberontak membuatkan Maharaja Sasanid, Khosrau II telah mengisytiharkan perang ke atas Byzantine yang sedang dalam pergolakkan. Ketika itu, Khosrau II telah berjaya menakluk1/3 Empayar Byzantine seperti Mesir, Levant, malah kawasan disekitar Anatolia. Namun, tertabalnya Heraclius sebagai pemilik seterusnya takhta Byzantine telah memberikan plot twist dalam perang ini. Heraclius telah memimpin bala askar Byzantine menakluk semua wilayah-wilayahnya yang hilang. Antara pertempuran yang menjadi perbuialan sekiranya kita berbicarakan tentang Perang Byzantine-Sasanid ialah Pertempuran Nineveh.

Heraclius bercadang mahu menamatkan perang panjang yang sebenarnya telah memakan empayar dari dalam. Maka bertolak dari Empayar Byzantine sambil membawa lebih kurang 25,000-30,000 orang tentera daripada Constatinople. Sambil itu, Heraclius telah membuat pakatan dengan 40, 000 orang tentera berkuda puak Onogur yang memang musuh utama Sasanid untuk membantu Byzantine melanggar Empayar Sasanid. Namun, puak berkuda Onogur ini telah meninggalkan pasukan Heraclius kerana musim sejuk di wilayah Iraq moden hari ini yang dikatakan agak pelik pada pandangan mereka. Namun itu bukanlah masalah untuk Heraclius kerana tenteranya masih lagi mengatasi jumlah ketumbukan Sasasnid yang berjumlah 12, 000 orang yang dipimpin oleh Jeneral Razadh. Lagipun dalam perjalanan, pasukan Byzantine sudah cukup menjarah setiap kampung dan ladang yang terbentang manakala pasukan Sasanid semakin kebuluran kerana setiap bekalan makanan yang wujud sudah diambil dan dimiliki oleh tentera Parsi.

Ianya adalah ketika 1 Disember 627 Masihi apabila Byzantine telah melintasi anak sungai Tigris memasuki wilayah Iraq lalu berkampung di salah satu jambatannya, untuk mengelakkan tentera Sasanid daripada menggunakannya. Ini membuatkan Sasanid terpaksa mara lebih kurang 10 batu untuk melintasi anak sungai itu membuatkan pertembungan kecil berlaku antara mereka yang dimana melibatkan kehilangan nyawa bagi salah seorang kepercayaan Jeneral Razadh sendiri. Dalam masa yang sama, dilaporkan bahawa 3000 orang tentera Sasanid dihantar untuk membantu oasukan utama Sasanid. Ketika inilah Heraclius mengambil keputusan untuk terus bertemu dengan Sasanid selepas bermain kejar-mengejar antara mereka.

Maka, dicatatkan bahawa Heraclius pun menggerakkan pasukannya ke arah barat, bagi meninggalkan gambaran bahawa mereka sedang lari daripada pasukan bantuan tersebut sebelum berkampung di sekitar Karamlays Creek dan menunggu tentera Sasanid menghampiri mereka dari situ. Pada petang 12 Disember pertempuran, dikatakan bahawa kabus tebal mula muncul di medan tempur. Heraclius telah menggunakan kabus ini untuk membantunya dalam pertempuran memandangkan unit berkuda berpanah Sasanid akan mengalami masalah. Ketika beberapa minit pertempuran, Heraclius mengarahkan pasukannya untuk berpura-pura berundur dari medan tempur, tetapi niat sebenarnya ialah mahu menarik tentera Parsi jauh ke dalam kabus tebal dan unit berkuda panah Parsi akan kurang efektif. Rancangan Heraclius berjaya dan tentera Sasanid terperangkap dalam kabus yang lebih tebal.

Waqaf Saham

Maka dengan itu, Heraclius pun mengarahkan tenteranya melakukan serangan balas ke atas unit tentera Sasanid membuatkan mereka semakin kucar-kacir. Walaupun sedemikian, tentera Sasanid bertahan selama 8 tahun digempur oleh serangan mengejut Byzantine. Ketika klimaks pertempuran ini, Jeneral Razadh telah mencabar Heraclius untuk bertempur satu lawan satu yang berakhir dengan kepala Jeneral Razadh ditebas oleh satu hayunan pedang sahaja daripada Heraclius. Kematian Razadh membuatkan tentera Sasanid terus hilang semangat untuk melawan lalu berundur secara beransur-ansur dari medan tempur. Dikatakan bahawa Sasanid kehilangan 6000 orang nyawa dalam Pertempuran Nineveh.

Byzantine pula meneruskan kemaraan mereka ke dalam Empayar Sasanid lalu menjarah setiap tanah mereka. Termasuklah salah satu daripada istana utama Maharaja Khosrau lalu merampas harta yang tidak terbilang banyaknya. Khosrau pula tidak puas hati dengan kekalahan itu lalu mengambil keputusan untuk menaikkan lagi tentera lain namun orang Parsi telah memberontak kerana merasakan bahawa apa yang dilakukan Khosrau membunuh Sasanid sendiri. Akhirnya, Khosrau II digulingkan manakala anak lelakinya Kavadh dinaikkan sebagai pemerintah baru Sasanid. Kavadh bukanlah warmonger seperti ayahandanya, lalu menghantar tawaran gencatan senjata dan keamanan antara dua empayar. Heraclius bersetuju dengan tawaran gencatan senjata yang lebih memihak kepada pihaknya termasuklah dengan pemulangan semula True Cross yang dirampas ketika awal perang dengan Sasanid yang melibatkan kemenangan Sasanid.

Apa yang menariknya, kemenangan Rom ini diramalkan oleh Al-Quran bahkan diraihkan oleh umat Islam sebab melibatkan kemenangan ahli kitab melawan puak penyembah api seperti Sasanid. Dikatakan juga bahawa orang kafir Quraisy berasa sedih dengan kekalahan Sasanid. Berikut ialah ayat yang meramalkan kemenangan Byzantine:

“Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah di permukaan bumi, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah.” (Surah Ar-Rum: 1-4.)

Maha suci ALLAH, beberapa tahun selepas ayat itu, berlakunya Pertempuran Nineveh dan Parsi telah kalah ditangan Byzantine (Rom Timur). Sungguh, ketika ayat di atas keluar, Perang Byzantine-Sasanid memihak kepada Parsi bukannya pada Rom. Ini menunjukkan kebesaran ALLAH S.W.T yang harus kita umat Islam kenang.

-HE-

Previous articleAsal Usul Nama Jalan Di Kuala Lumpur
Next articleFakta Disebalik Pembikinan Filem Anakku Sazali
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.