Pertempuran Myeongnyang : Strategi Perang Menggunakan Arus Aliran Laut

0
1044
views

Filem The Admiral : Roaring Currents ( Korea ) dikisahkan kembali daripada peristiwa bersejarah ini.

Setelah kekalahan armada laut Dinasti Joseon (Korea) menentang armada laut Jepun dalam pePertempuranan Chilchonryang, maka tentera Jepun berjaya menduduki Hanyang (Seoul) & menguasai sebahagian negara itu.

Daripada 134 buah kapal Pertempuran milik Dinasti Joseon hanya 12 buah yang berjaya diselamatkan oleh komandan kanan pasukan itu, Bae Seol. Setelah kematian pemimpin pasukan Joseon, Laksamana Won Gyun, serta-merta Komandan Bae Seol memerintah pengunduran armada lautnya menuju ke Hoeryongpo. Pemerintah Joseon, Raja Seonjo melantik kembali Laksamana Yi-sun Sin sebagai Tongjeso untuk memimpin kembali armada laut Joseon.

Pada mulanya, Raja Seonjo mengutus surat kepada Laksamana Yi untuk menyertai pasukan darat Joseon di bawah pimpinan Jeneral Kwon Yul kerana baginda tidak yakin dengan kekuatan sisa armada laut Joseon ketika itu.

Laksamana Yi menolak & menyatakan ingin menghalang armada Jepun yang dalam pelayaran ke tanah Joseon melalui selat Myeongnyang untuk ‘back-up’ tentera darat Jepun yang sedang menduduki Hanyang.

Seminggu sebelum berlaku pertempuran, Laksamana Yi telah berpengkalan di Myeongnyang serta membaca & menkaji arus aliran selat yang deras paling kuat di semenanjung Korea ) yang mencapai 180 km/jam (10 knot ).

Ini kerana aliran air laut dari laut lepas memasuki ke selat yang sempit.

Pada 26 Oktober 1597, armada Jepun yang berkekuatan 133 kapal Pertempuran & 200 kapal logistik dibawah pimpinan laksamana Jepun, Todo Takatora memasuki selat Myeongnyang.

Laksamana Yi menunggu armada laut Jepun di selat Myeongnyang dengan berkekuatan 12 kapal Pertempuran jenis Panokseon/Gobuksen ( sisa kapal Pertempuran yang terselamat dalam pePertempuranan Chilchonryang ) membentuk formasi lljajin.

Fasa pertama (Arus aliran ke utara)

– Pada fasa ini kapal Laksamana Yi sahaja yang bertahan di selat, kerana kapal Pertempuran yang lain majoritinya terdiri askar daripada mangsa Pertempuran Chilchonryang berasa ketakutan ketika melihat armada laut Jepun itu & bersembunyi di celahan pulau di situ.

– Setelah melihat kapal Pertempuran pimpinan Laksamana Yi tetap bertahan di selat walaupun dibedil oleh pasukan pertama armada Jepun pimpinan Matashi Karushima, armada Joseon yang bersembunyi itu keluar & menyerang balas kembali armada laut Jepun.

Fasa Kedua (arus aliran dari selatan)

– Setelah 3 atau 4 jam berlalu, maka aliran di selat itu bertukar arus & peluang ini yang ditunggu-tunggu oleh armada laut Joseon.

– Aliran arus yang sepatutnya memudahkan armada laut Jepun maju untuk menyerang armada laut Joseon telah berbalik arah & mengakibatkan banyak kapal Pertempuran Jepun hilang kawalan serta berlanggar antara satu sama lain.

– Pada ketika ini Laksamana Yi memerintahkan armada laut Joseon membedil peluru meriam sebanyak mungkin ke arah kapal-kapal Pertempuran Jepun.

Armada laut Jepun berundur setelah 30 buah kapal Pertempurannya berjaya ditenggelamkan oleh armada laut Joseon & pemimpin armada laut Jepun, Todo Takatora mengalami cedera parah serta terkorbannya 18.000 tentera Jepun.

Di pihak Joseon, tiada kapal Pertempuran yang karam & seramai 5 atau 36 sahaja yang terkorban. pertempuran ini adalah sebahagian daripada Perang Imjin. Penaklukan Jepun ke atas Korea gagal.

Sumber:

(Yi, Sun-sin (edited by Sohn, Pow Key) 1977 “Nanjung Ilgi: War Diary of Admiral Yi Sun-Sin.” Republic of Korea: Yonsei University Press)