Dalam P3rang Dunia Kedua (WWII), kita telah sedia maklum di Asia ada kuasa besar yang bercita-cita melahirkan empayar terbesar dunia dengan teknologi ketenteraan paling ampuh ketika itu. Ya, kuasa besar itu adalah Jepun di fasa pemerintahan Maharaja Meiji.

Kita mengetahui Jepun mula menunjukkan taring dari Pearl Harbour pada 7 Disember 1941, di mana pangkalan tentera laut US mengalami kesengsaraan dari serangan hendap rombongan kapal p3rang diraja Jepun. Di sini Jepun mula bangga dan percaya kuasa Jepun mampu menandingi US dari segi ketenteraan. Bagi Jepun, ini adalah peluang terbaik untuk negara-negara Asia keluar dari genggaman Pihak Bersekutu (Allies).

6 bulan kemudian, iaitu pada tarikh 3 Jun 1942 Jepun sekali lagi melakukan invasi terhadap pangkalan tentera laut US seterusnya iaitu di pulau kecil (atoll) Midway. Jepun mempunyai cita-cita terhadap Lautan Pasifik iaitu menghalau segala pangkalan-pangkalan tentera laut US di seluruh Pasifik.

Demi mencapai cita-cita ini, komander tentera laut diraja Jepun iaitu Isaroku Yamamoto mengadakan serbuan mengejut di Midway bagi mewujudkan lagi kegemilangan kedua selepas Pearl Harbor. Mengapa Jepun memilih Midway? Kerana Midway adalah barisan kehadapan tentera laut US. Jadi tidak hairanlah mengapa begitu ‘kamikaze’ Jepun mahu menyerang Midway.

Ada tiga buah strategi untuk Jepun melaksanakan invasi mengejut terhadap Midway. Pertama, adakan serangan udara oleh barisan hadapan kapal p3rang Carrier Aircraft Jepun iaitu Akagi, Kaga, Soryu, dan Hiryu yang diketuai oleh Timbalan Laksamana Chuichi Nagumo. Kedua, adakan serangan mengejut kapal p3rang dan tentera arahan Timbalan Laksamana Nobutake Kondo. Ketiga, apabila bantuan ketenteraan US bakal tiba dari Pearl Harbor, pasukan tentera laut Nagumo dan Yamamoto bersedia menyerang hendap tentera bantuan US yang menunggu di 600 batu dari Midway. Inilah perancangan rahsia Jepun yang mereka harap tiada kebocoran dari pihak tertentu.

Namun malangnya US telah mengesan tindak tanduk Jepun. Para penganalisi kod tentera US memecahkan kod komunikasi Jepun seminggu sebelum Pertempuran Midway. US mengetahui Jepun bakal menyerang di kawasan Pasifik, lebih tepat di lokasi mereka gelar sebagai ‘AF’. Untuk memastikan bahawa lokasi ‘AF’ itu adalah Midway, tentera laut US menghantar mesej palsu dan mesej itu direspon oleh Jepun dan operator radio Jepun menghantar mesej berkaitan ‘AF’. Maka benarlah bahawa lokasi ‘AF’ adalah Midway.

Armada tentera laut diraja Jepun begitu luas dan bertebaran, jadi Yamamoto harus mengatur strategi invasi kepada anak buah melalui radio. Perkara ini menguntungkan US kerana keupayaan mereka memecah kod komunikasi membolehkan mereka mendengar segala perancangan Jepun dan bila tarikhnya Jepun menyerang. Laksamana Chester W. Nimitz, ketua komandan pasukan tentera Pasifik US merancang plot untuk membalas serangan Jepun melalui informasi mereka peroleh.

Masuk 3 Jun 1942, bermulanya invasi Jepun dengan kapal-kapal p3rang agung mereka menyerang Midway. US memulakan serangan pertama mereka dengan menghantar pasukan kapal terbang pengebom iaitu B-17 Flying Fortess, menyerang armada Kongo yang US sangkakan bahawa armada itu adalah armada utama Jepun.

B-17 sekali lagi menyerang kedua kali terhadap armada hadapan Jepun, namun gagal juga mengebom armada utama. Manakala Nagumo menyerang seperti apa mereka rancangkan: menghantar 108 buah kapal terbang p3rang dari kapal Aircraft Carrier Akagi, Kaga, Soryu, dan Hiryu menyerang Midway. Serangan pertama Jepun menyebabkan kerosakan teruk pada pangkalan US namun ia terhenti pada 7 malam. Jadi pertahanan pangkalan US masih berfungsi walaupun teruk dikerjakan oleh keempat-empayar kapal p3rang Aircraft Carrier hadapan Jepun.

Tidak lama kemudian, kapal terbang p3rang US memulakan serangan seterusnya terhadap keempat-empat kapal p3rang Aircraft Carrier Jepun itu tapi gagal lagi. Semasa kapal terbang diisi peluru untuk serangan seterusnya, tentera pemantau Jepun mengesan kehadiran beberapa buah kapal p3rang US termasuk kapal Aircraft Carrier Yorktown yang nyawa-nyawa ikan akibat dihentam teruk Jepun pada p3rang lepas. Nagumo mengubah strategi p3rang dengan menghantar kapal terbang p3rang yang baru diisi peluru menyerang habis-habisan armada US yang berada di timur Midway.

Sedang leka Jepun menyerang armada Yorktown, gerombolan kapal terbang p3rang US bernama Devastator yang dilepaskan dari kapal p3rang Aircraft Carrier Enterprise dan Hornet menyerang kapal p3rang Jepun. Namun serangan Devastator gagal kerana ditembak oleh kapal terbang Fighter Zero. Jalan terakhir US adalah menghentam kapal p3rang Aircraft Carrier Jepun dengan tembakan peluru oleh kapal p3rang mereka. Strategi itu berjaya dengan terbakarnya kapal p3rang Akagi, Kaga, dan Soryu kerana ketiga-tiga kapal lambat sediakan kapal terbang mereka untuk serangan seterusnya.

Hanya kapal p3rang hadapan Jepun yang terakhir, Hiryu melakukan serangan terakhir kepada kapal p3rang Yorktown. Kemudian Hiryu terbakar setelah diserang bertalu-talu oleh kapal terbang pengebom dari Enterprise, Hornet, dan Yorktown.

Terbakarnya kapal p3rang hadapan Jepun itu maka berakhir serangan Jepun kepada Midway pada 4 Jun. Walaupun berakhir, tentera US masih menyerang saki-baki kapal perang Jepun selama 2 hari. Kapal Destroyer US iaitu USS Hamman melindungi Yorktown yang hampir musnah dalam operasi penyelamat namun pada 6 Jun datang 6 buah kapal selam Jepun menembak kedua-dua kapal p3rang US itu sehingga tenggelam.

Pada 6 Jun itu juga Yamamoto mengarahkan anak buahnya berundur. Maka berakhirnya Pertempuran Midway. Jepun kehilangan 3000 orang tentera, 300 buah kapal terbang p3rang, sebuah kapal Heavy Cruiser dan 4 buah kapal Aircraft Carrier utama Jepun. Manakala US hanya kehilangan kapal p3rang Yorktown dan Hamman, 145 buah kapal terbang p3rang, dan 360 orang penjawat khidmat p3rang.

Melihat keputusan Pertempuran Midway, US semestinya menang berterima kasih kepada nasib baik menyebelahi US. Manakala Jepun tidak lagi berimpian meluaskan jajahan di Pasifik dan hanya mengukuhkan pertahanan sepanjang WWII berlangsung. Pertempuran ini juga memberi semangat lagi kepada US untuk melemahkan moral Jepun setelah Pasifik kembali dikuasai Pihak Bersekutu.

RUJUKAN:

Barde, Robert E. (December 1983). “Midway: Tarnished Victory”. Military Affairs. 47

Isom, Dallas Woodbury (2007). Midway Inquest: Why the Japanese Lost the Battle of Midway. Bloomington, Indiana: Indiana University Press.

Miller, Donald L. (2001). The Story of World War II. New York: Simon & Schuster.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.