Pertempuran Marathon – Detik Athens Mengejutkan Kuasa Dunia

0
1598
views
Gambar dimuatnaikkan oleh Kirill Lokshin di Wikimedia Commons

Ketika itu, Parsi boleh diibaratkan seperti USA yang wujud pada hari ini. Habis setiap negara-negara kota kecil yang wujud di sekitar Timur Tengah, Asia, dan Asia Barat, semuanya habis menjadi jajahan Parsi. Tiada langsung sebuah kerajaan pun yang mampu mengekang kuasa besar ini. Parsi pula semakin rakus meluaskan empayarnya, memasukkan segala kerajaan-kerajaan kecil tak bermaya ke dalam dakapannya.

Dan kemudian, Parsi semakin memasuki Eropah lalu sebuah negara kota kecil dalam Tamadun Yunani pula disapa oleh sang gergasi Parsi ini. Haa sekarang tanggungjawab untuk mengekang Parsi dari masuk ke Eropah adalah terletak di bahu negara kota kecil ini.

Lalu sejarah pun bercerita kita, bagaimana Darius I, raja Parsi yang merupakan penakluk Parsi ketika itu mengarahkan Datis dan juga Arthapemes memimpin lebih kurang 600 kapal jenis trireme yang mampu menampung sehingga 100 ribu askar Parsi dalam satu masa. Athens pula membawa sekadar 10 ribu orang askar sahaja. Tetapi dipercayai bahawa Parsi membawa 25 ribu orang askar sahaja. Dengan 1000 daripadanya ialah tentera elit berkuda.

Mendengarkan tentang bala askar yang bakal menyapa Athens itu, maka seluruh dunia Greek ketika itu gegak gempita. Bala askar yang dihantarkan oleh Parsi itu tidak pernah langsung dihadapi oleh mana-mana negara kota Yunani ketika itu, meski oleh Sparta sekalipun. Lalu tanggungjawab untuk bertempur dengan Parsi diletakkan di atas bahu seorang jeneral perang Athens yang sangat berpengalaman bernama Militiades, yang selepas ini akan dikenag dalam sejarah sebagai salah seorang jeneral perang paling agung dalam sejarah Yunani dan dunia. Taktikal yang digerakkan oleh Milithades dalam perang ini adalah sangat mengasyikkan untuk dikaji oleh kita.

Baik, kita nak bermula di mana ya? Apa kata kalau kita bermula dengan sedikit analisis kekuatan dan kelemahan yang dimiliki oleh kedua-dua pasukan. Lihat di bawah isi-isi yang saya susun dalam bentuk point untuk memudahkan pemahaman kalian.

1.0 Parsi

Datis

Kekuatan: Memimpin secara personal tentera elit Parsi yang memang digeruni sepanjang zaman, Immortal.

Kelemahan: Terlebih yakin dalam peperangan dan seorang tactician yang asyik mengulangi taktik perang yang sama. Dalam erti kata lain tidak mempunyai kepelbagaian dalam taktik perang yang digunakan olehnya.

– ‘Key Unit’

Unit Immortal Parsi: Immortal ialah tentera elit Parsi, seperti mana Hulubalang ialah tentera elit Melayu, Legion merupakan tentera elit dibina oleh Dinasti Achaemenid dengan kelebihan kepantasan dan kemahiran bermain sejenis pedang pendek (dagger) yang digeruni. Baju zirah yang dipakai oleh Immortal pula ialah dalam kategori ringan yang memudahkan lagi penggerakannya.

Unit Berpanah Parsi: Untuk rekod, pemanah terbaik dunia ketika itu berasal dari Parsi. Sepanjang ekpedisi Parsi meluaskan empayar mereka, unit berpanah Parsi terbukti ketepatan dan mendatangkan mimpi ngeri buat mana-mana askar lawan. Dan akhirnya, tentera Yunani yang mereka bakal berdepan adalah lawan yang setanding, buat pertama kalinya dalam sejarah.

2.0 Yunani

– Militiades: Jeneral perang Athens ini bukan calang-calang orang. Dia ialah seorang pelumba kereta kuda jenis Chariot dalam sukan olimpik yang melibatkan negara-negara kota Yunani. Seorang yang sangat berpengetahuan dan bijak dalam bidang taktikal perang.

– ‘Key Unit’

Hoplite Athens: Unit tentera yang melawan dengan lembing dan perisai. Taktik utama Hoplite adalah berdepan dengan pasukan musuh dalam formasi phalanx.

Jadi analisis di atas cukup untuk kita memahami kekuatan yang dimilkiki oleh kedua-dua belah pihak? Baik. Kita teruskan cerita. Datis dari Parsi memilih lokasi pendaratan tenteranya di Marathon kira-kira 40 Kilometer dari Athens. Mendengarkan akan hal ini, maka Athenis yang dipimpin oleh Jeneral Militiades bersama dengan 10, 000 askar terus turun ke medan perang.

Strategi awal Militiades adalah untuk memastikan setiap laluan ke Athens ditutup lalu bertahan menunggu gempuran daripada Parsi sementara menunggu bantuan askar daripada Sparta. Namun, selepas lima hari, serangan daripada Parsi tak kunjung tiba membuatkan Militiades terpingga-pingga taktikal apakah yang sedang digerakkan oleh Datis ke atas ketumbukan askarnya.

Bila Militiades mengkaji sebab musabab Parsi melambatkan serangan mereka, barulah Militiades mendapat tahu bahawa rupa-rupanya Parsi tidak membawa tentera elit berkuda mereka yang ketika itu, kita semua mengetahui bahawa antara terbaik dunia. Para sejarawan berpendapat bahawa kemungkinan besar, Datis sedang berbelah bagi untuk menggerakkan skar Parsi yang diturunkan ke medan Marathon.

Militiades tahu bahawa unit Hoplite yang dibawanya akan lemah apabila bertemu dengan askar berkuda Parsi yang memang terkenal dengan kelajuannya. Apabila mendapat tahu hanya 1000 unit tentera berkuda yang dibawa oleh Datis, maka Militiades terus menukarkan taktikal perangnya. Mungkin juga Datis menahan askarnya daripada teburu-buru menyerang Athens kerana ini ialah kali pertama mereka bertembung dengan unit Hoplite Yunani.

Menyedari bahawa situasi semasa sedang memihak kepada Yunani dan Athens, maka Militiades terus menukarkan taktik pertempuran. Militiades terus berdiri ke arah bala askar Parsi yang berkali-kali ganda daripada mereka sambil memimpin 10 ribu askar Yunani di belakangnya. Secara tiba-tiba, Militiades terus melaungkan sesuatu.

“Ke arah mereka!”

Apa lagi askar-askar Yunani terus merempuh ke arah barisan askar Parsi. Bayangkan, sebuah ketumbukan askar dalam pakaian zirah besi, membawa perisai dan tombak sedang merempuh ke arah anda dalam kelajuan yang amat pantas. Ini saling tak tumpah seperti anda dirempuh oleh kereta. Dicatatkan bahawa askar Yunani ketika merempuh ke arah ketumbukan Parsi, mereka melaungkan warcry yang sangat terkenal.

“Eleleu! Eleleu! Eleleu!”

Datis di pihak Parsi pula membalas rempuhan itu dengan mengarahkan pasukan askar pemanahnya melancarkan hujan panah ke atas rempuhan askar Yunani tadi yang saling tak tumpah seperti kamikaze. Namun, kali ini hujan panah askar pemanah Parsi ini tidak lut dek askar-askr Yunani yang bergerak pantas dan memakai baju besi yang berat. Jadi kehilangan bagi pihak Greek sangatlah sikit.

Dan apabila rempuhan daripada askar Yunani itu tiba, maka kumpulan pemanah ini mula gelabah. Kalau mereka mahu lancarkan panah, mereka perlu untuk berundur ke belakang sebelum melancarkan hujan panah. Dan kebanyakan askar pemanah Parsi sekadar memakai baju zirah yang ringan, dan kebanyakannya menyarung sekadar kain di tubuh mereka. Apa lagi, impak rempuhan itu membuatkan pasukan pemanah ini tidak dapat berbuat apa-apa.

Maka ketumbukan askar Yunani dari Athens itu pun terus mara ke hadapan. Lalu Datis yang mahu membalas kemaraan askar itu, terus mengerahkan askar Immortal yang baru sahaja tiba untuk mengambil alih medan pertempuran. Immortal sekarang ditempatkan di kawasan tengah medan perang. Dalam masa yang sama pula, tengah Yunani pula sangat lemah tetapi Militiades menguatkan bahawan sayap kiri dan kanan askar Yunani ketika pertempuran itu.

Maka rakan-rakan yang setia membaca artikel ini, saya perkenalkan kepada kalian, taktikal yang antara paling dibicara dalam sejarah pertempuran, sama ada zaman purba, pertengahan dan juga moden telah lahir dari benak Militiades.

“Double Envelopment!”

Taktikal perang yang dipanggil sebagai Double Envelopment ini kemudiannya digunakan beberapa kali dengan jayanya dalam sejarah perang. Antaranya ialah Abu Sufyan dalam Pertempuran Uhud, Khalid Al-Walid dalam Pertempuran Walaja, Hannibal ketika Pertempuran Canae, Pertempuran Stalingrad, Pertempuran Toulouse dan banyak lagi pertempuran yang hebat dalam sejarah. Tetapi ingatlah kalian… sejarahnya bermula dengan Militiades, di Pertempuran Marathon menghalau kuasa besar dunia dari tanahnya.

Sekejap, apa sebenarnya taktik yang dipanggil sebagai ‘double envelopment’ ini sebenarnya? Sebab itu anda kena habiskan pembacaan ini. Baik kita kembali bercerita. Kita sendiri tahu kan yang Dantis menguatkan bahagian tengah Parsi dengan meletakkan tentera elit Immortalnya manakala bahagian sayap kanan dan kiri Yunani pula diperkuatkan oleh Militiades sendiri.

Sekali lagi, Militiades menunjukkan kepintarannya dalam peperangan. Apa yang dilakukan oleh Militiades ini telah membuatkan secara tak sengaja, formasi ketumbukan tentera Yunani berbentuk U. Ketika askar Yunani di bahagian tengah semakin berundur ke belakang kerana kekuatan askar Immortal di bahagian tengahnya, bahagian sayap kiri dan kanan Yunani pula masih bertahan atau mara ke hadapan.

Ini secara tidak sengaja membuatkan Askar Parsi tiba-tiba terkepung dari segenap arah apabila ketika bahagian tengah Parsi sedang menolak bahagian tengah Yunani ke belakang, mereka secara tidak sengaja membiarkan sayap kiri dan kanan tentera Yunani terus mengepung mereka.

Yelah.. bayangkan mereka cuba menolak bahjagian tengah Yunani yang lemah, mereka pun memasuki ruang kosong yang ditinggalkan di kawasan tengah demi memastikan bahagian tengah Yunani yang lemah itu tidak dapat melarikan diri dari medan perang, tiba-tiba mereka pula dapati yang bahagian sayap kanan dan kiri yang mereka abaikan kerana kekentalan bertahan mereka tiba-tiba menyerang mereka dari kiri dan kanan.

Kalau anda sukar bayangkan penerangan saya, saya sertakan link kepada gambar ini untuk ditatap oleh anda.

Anak panah merah itu ialah askar Yunani manakala anak panah biru pula askar Parsi. Akhirnya askar Parsi pada hujung pertempuran mendapati bahawa mereka sedang dikepung dari kiri dan kanan Yunani. Parsi tidak mampu menahan asakan dari kiri, kanan dan tengah Yunani terus memilih untuk cabut lari dari medan Perang.

Dalam pertempuran ini, hanya 203 orang askar Yunani yang menempah kematian manakala jumlah kematian di pihak Parsi dicatatkan sehingga 6400 orang daripada askar sebanyak 25 000 orang yang dibawa oleh Datis ke medan perang. Datis pula tidak diketahui kemana menghilangnya. Ada yang mendakwa dia sudah mati. Ada pula berspesikulasi dia lari ke Parsi semula.

Oh ya, ada satu legenda yang dikenang dari peristiwa ini. Diceritakan ketika serangan Parsi ke atas Athens dulu, dicatatkan bahawa seorang pelari daripada Athens bernama Pheidippidies untuk berlari daripada Athens ke Sparta untuk meminta bantuan daripada Sparta. Kemudian, ketika di penghujung pertempuran, di mana kononnya Parsi telah lari kembali ke kapal mereka, dicatatkan bahawa Parsi melalukan pusingan di Teluk Sounion untuk sampai ke Athens.

Maka baki askar yang ada kemudian berlari sejauh 40 Kilometer untuk sampai ke Athens dalam keadaan membawa baju zirah besi yang berat, tombak dan perisai masing-masing. Sampai sahaja pada waktu petang, mereka mendapati bahawa askar Parsi telah berpatah balik sekaligus menandakan kemenangan total pasukan Yunani dan Athens.

Hari ini, acara larian marathon yang wujud dalam Olimpik sebenarnya diambil namanya daripada peristiwa yang berlaku ketika 490 SM ini. Kononnya ketika idea untuk membangkitkan sukan olimpik semula pada abad ke-19, maka penganjur mahukan sebuah acara untuk mengenangkan ketamadunan Yunani suatu masa dahulu kerana idea sukan olimpik adalah tinggalan Tamadun Yunani kepada kita. Lalu terbitlah acara Maraton, mengenangkan Pheidippides dan juga ketumbukan askar Athens yang terpaksa berlari sejauh 45 kilometer itu.

-HE-

Previous articlePerubahan Seorang Red Hood
Next articleBagaimana Alam Semesta Ini Lahir?
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.