Bangsa Turki asalnya daripada bangsa nomad berkuda yang menghuni sekitar Padang Rumput Eurasia. Apabila bangsa Turk memeluk Islam, mereka menjadi pemangkin kepada perluasan kuasa dan empayar Islam. Salah satu daripada Empayar Islam yang diririkan oleh Bangsa Turk ketika itu ialah Empayar Seljuk yang menguasasi daripada Hindu Kush sehinggalah ke Anatolia. Pertembungan antara Empayar Byzantine dan Empayar Seljuk berlaku ketika era pemerintahan Maharaja Contatine IX apabila Seljuk berjaya menakluk kota Ani yang merupakan pusat pemerintahan Ani ketika itu.

Selepas itu, meski ada beberapa fasa di mana gencatan senjata ditandatangani oleh Byzantine dan juga Seljuk, namun kemaraan Seljuk menakluk beberapa lagi kota di bawah Byzantine benar-benar membuatkan Byzantine tidak senang duduk dengan musuh mereka yang baru ini. Ketika di bawah pemerintahan Maharaja Romanov IV pada sekitar 1068 Masihi, sebuah reformasi ketenteraan dilakukan, maka Maharaja Romanov IV terus menyasarkan Seljuk untuk menakluk kembali tanah jajahannya yang hilang di tangan Seljuk. Beberapa pertempuran awal Romanov melawan Seljuk berakhir dengan kekalahan sehingga memaksa gencatan senjata ditandantangi. Pemimpin Empayar Seljuk ketika itu, Sultan Alps Arslan terus menyambut gencatan senjata itu kerana ketika itu, Empayar Seljuk yang berfahaman Sunni sedang bermusuhan dengan Empayar Fatimid di Mesir yang merupakan sebuah kerajaan Syiah ketika itu. Arslan pula bersetuju dengan gencatan senjata itu kerana dalam misi untuk menakluk Kota Allepo daripada Empayar Fatimiyah.

Namun, gencatan senjata itu dilanggar sendiri oleh Romanov. Strategi yang direncanakan oleh Romanov ialah gencatan senjata yang ditawarkan kepada Arslan hanyalah rancangannya untuk membawa Arslan jauh daripada Armenia, wilayah Byzantine yang telah hilang yang mahu dituntutnya. Maka dicatatkan bahawa Romanov menggerakkan sekitar 40, 000 – 70, 000 orang tentera yang terdiri daripada tentera veteran Byzantine sendiri, diikuti oleh Norman, Frank, Pechenegs, Armenia, Bulgaria dan banyak lagi tentera upahan dari seluruh Empayar Byzantine sendiri. Diramalkan pula bahawa tentera yang dimiliki oleh Arslan ialah dalam sekitar 20, 000 hingga 30, 000 ribu orang tentera.

Apabila sampai di Andronikos, Romanov menerima laporan daripada unit peninjaunya bahawa Arslan sudahpun meninggalkan Pengepungan Aleppo, dan sedang bergerak untuk menahan gempuran yang sedang diketuai oleh Romanov. Beberapa orang komander Romanov mencadangkan agar menunggu kemaraan Arslan namun Romanov mengambil keputusan untuk terus mara ke Manzikert. Romanov telah mengarakah salah seorang komandernya Joseph Tarchaneiotes untuk membawa sebuahs ayap tenteranya untuk menghalang jalan masuk menujuk Manziert dari jalan Khilat. Namun, apabila sampai sahaja ke Khilat, Joseph Tarchaneiotes telah berundur dari medan perang kerana melihat betapa ketumbukan tentera Arslan terlalu besar untuk dia hadapi. Malangnya pengunduran Joseph Tarchaneiotes langsung tidak dimaklumkan kepada Romanov membuatkan Romanov tidak mengetahui bahawa sebahagian daripada pasukannya telah mundur dari medan perang.

Pertembungan awal dalam Pertempuran Manzikert berlaku apabila Nicephorus Bryennius bertembung dengan ketumbukan Seljuk yang sedang mara ke Manzikert sebelum Nicephorus Bryennius berundur dan ketumbukan askar berkuda di bawah Basilakes berjaya dihancurkan. Sampai sahaja di medan pertempuran, Arslan tidak terus menyertai peperangan sebaliknya mengusulkan sekali lagi tawaran gencatan senjata yang ditolak oleh Romanov sekaligus menandakan bahawa semboyan perang baru sahaja dibunyikan.

Ianya pada 26 Ogos 1071 Masihi, Romanov telah menyusun tenteranya dalam formasi di mana komander perangnya yang bernama Nicephorus Bryennius mengetuai sayap kiri manakala Theordore Alyates mengetuai sayap kanan manakala unit simpanan di belakang diketuai oleh Andronikos Doukas. Arslan pula memimpin dari atas sebuah puncak bukit sambal merancang sebuah taktikal perang yang sangat popular dan digunakan berulang-kali dalam pertempuran. Perkenalkan sekali lagi kalau anda lupa, Double Envelopment atau dalam kes Seljuk, Double Envelopment versi Turki yang dipanggil sebagai Crescent Tactic. Arslan telah menyusun tenteranya dalam bentuk lengkungan bulan sabit di mana sayap kiri dan kanan dipenuhi oleh unit berkuda berpanah yang ditugaskan untuk melakukan serangan serang dan lari manakala bahagian tengah hanya perlu berundur, menarik Arslan untuk masuk ke dalam lengkungan.

Taktik ini membuatkan Romanov menjadi geram kerana tidak mampu membawa bahagian tengah Arslan ke dalam medan tempur kerana asyik berundur ke belakang manakala sayap kiri dan kanan teruk dikerjakan oleh anak panah unit berkuda Arslan. Akhirnya, Romanov menyerah lalu mengarahkan agar sayap kanan dan kiri melindunginya sementara dia berundur. Namun salah faham pun berlaku apabila sayap kanan dan kiri pun berundur serentak, lalu menimbulkan ruang yang luas antara sayap kanan dan kiri Romanov. Kesempatan ini pula diambil unit Arslan dengan betul-betul menghapuskan pengaruh sayap kiri dan kanan Romanov. Sebaik sahaja terhapusnya pengaruh sayap kanan dan kiri Romanov, maka peluang untuk melakukan Double Envelopment pun terbuka.

Dalam masa yang sama, Andronikos Doukas telah mengkhianati Romanov apabila telah lari dari medan pertempuran daripada membantu barisan tengah yang dipimpin oleh Romanov diasak dari kiri dan kanan dalam kepungan. Sampai satu masa, akhirnya Romanov ditangkap oleh Arslan dengan lebih kurang 8000 orang tenteranya terbunuh manakala lebih kurang 20, 000 sehingga 35, 000 orang tentera meninggalkan medan peperangan, meninggalkan Romanov ditangkap dan dijadikan tawanan perang. Dicatatkan juga sebelum Romanov dilepaskan oleh Arslan, Arslan memaksa Romanov menyerahkan beberapa buah wilayah di bawah Byzantine kepada Seljuk termasuklah Antioch, Edessa, Hierapolis dan Manzikert yang menjadi medan pertempuran, di samping membayar kepada Seljuk bayaran sebanyak 1.5 juta keping emas dan 360, 000 keping emas sebagai pertukaran kepada pembebasan Romanos sendiri. Pertempuran ini juga menjadikan sebahagian wilayah Anatolia yang sebelum ini dibawah penguasaan Byzantine kini terjatuh ke tangan Empayar Seljuk. Pertempuran ini juga membawa kepada terjadinya Perang Salib Pertama dalam sejarah dunia, berikutan kekalahan Byzantine di tangan Empayar Seljuk.

Rujukan:

Byzantine-Seljuk Wars: Battle of Manzikert. (n.d.). Diakses Pada 11 Ogos 2016, dari http://militaryhistory.about.com/od/battleswars10011200/p/Byzantine-Seljuk-Wars-Battle-Of-Manzikert.htm

Battle of Manzikert (1071 A.D.). (n.d.). Diakses Pada 11 Ogos 2016, dari http://www.thelatinlibrary.com/imperialism/notes/manzikert.html

De Re Militari. (n.d.). Diakses Pada August 11, 2016, dari http://deremilitari.org/2013/09/the-battle-of-manzikert-military-disaster-or-politica


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply