Pertempuran Laut Pertama Umat Islam Dalam Sejarah

0
2017
views

Tahukah anda siapakah orang pertama yang menggerakan armada laut umat Islam dan berperang? Itulah dia Khalifah pertama daripada Dinasti Umaiyyah, Muawiyah bin Abu Sufyan. Jarang sekali kisah pertempuran navi pertama umat Islam diceritakan.

Semua tahu bahawa sejak zaman Abu Bakar lagi, umat Islam telah melancarkan perang ke atas dua empayar yang mengapit kerajaan Islam. Dalam perang daratan, Rom dan Parsi memang bukan tandingan tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Al-Walid. Namun, dalam perang navi, umat Islam masih ketinggalan.

Jetpack Langkawi

Maka di sinilah hebatnya Muawiyah. Bagi memastikan umat Islam seimbang dalam peperangan itu, maka Muawiyah mencadangkan agar membina kapal dan melancarkan perang melalui laut kepada saidina Umar dan Uthman. Maka pada zaman Saidina Uthman inilah ekpedisi laut pertama dalam sejarah Islam bermula.

Diceritakan bahawa Muawiyah telah membina dua ratus buah kapal untuk menjarah Cyprus. Maka selepas serangan pertama, pulau Cyprus terbahagi kepada dua, di mana bahagian yang menjadi negeri naungan umat Islam, dan sebahagian lagi kepada Rom. Pada tahun 654, diceritakan bahawa Muawiyah menyerang Cyrprus sekali lagi dari Syiria dan menawan keseluruhan pulau Cyprus.

Namun, pertempuran pertama kapal Muslim dan juga Rom adalah berlaku pada 655 di Laut Meditteranean di sebuah pertempuran bernama Pertempuran Masts atau Phonenix kerana lokasinya terletak di Mount Phoenix iaitu di Lycia moden hari ini. Abdullah bin Saad bin Abi Al-Sarrah diarahkan oleh Muawiyah untuk mengetuai armada kapal Islam melawan Rom sekaligus menjadikan beliau sebagai antara laksamana terawal tentera Islam.

Dalam pertempuran ini, diceritakan bahawa umat Islam hanya mempunyai 200 buah kapal yang hanya baru dibentuk melawan armada kapal rom yang lebih berpengalaman dan lama. Namun, kejayaan umat Islam dalam pertempuran ini ialah berjaya menenggelamkan 500 buah kapal Rom dan menang pertempuran ini.

Sebelum pertempuran berlaku, Maharaja Rom iaitu Constans II dikatakan bermimpikan tentang dia berada di Thessalonica. Para penafsir mimpi baginda mengatakan bahawa itu ialah petanda bahawa dia bakal menang besar ke atas armada tentera Islam.

Dicatatkan dalam pertempuran ini, Maharaja Constans telah melarikan diri dengan menukarkan pakaian dirajanya dengan askar biasa sebagai sebuah bentuk penyamaran manakala laut ketika itu penuh dengan darah askar Rom.  Untuk 400 ratus tahun selepas hari itu, laut Mediterranean akan menjadi teater perang antara Rom (Byzantine) dan juga tentera Islam.

 

Previous articleBenarkah Jepun Menyerang Tanah Melayu Dengan Berbasikal?
Next articleKesultanan Perlak: Antara Kerajaan Islam Terawal Di Nusantara
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.