Pertempuran Kosovo (1389): Detik Serbia Ditundukkan Oleh Uthmaniyah

1,058

Pra-tempah hanya di Shopee

Pertem-puran Kosovo, yang berlangsung pada 28 Jun 1389 di antara Empayar Uthmaniyah di bawah pemerintahan Sultan Murad I Hüdavendigar bersama sekutunya dan Empayar Serbia pimpinan Putera Lazar Hrebeljanovic adalah satu peristiwa bersejarah yang penting tetapi membingungkan pada akhir abad pertengahan di Eropah.

Ia merupakan pertem-puran pertama di mana seorang sultan Uthmaniyah turut menjadi salah seorang kor-ban yang gugur di medan tem-pur – di mana maklumat ini juga menjadi sebahagian daripada secebis fakta yang boleh disandarkan mengenai pertem-puran itu.

Selain itu, Pertem-puran Kosovo juga merupakah sebahagian daripada peristiwa besar sepanjang Pe-rang/Kon-flik Uthmaniyah-Kosovo yang menjadi kon-flik paling panjang tempohnya di Balkan iaitu selama 560 tahun dan 7 bulan (Oktober 1352 – 30 Mei 1913).

Meskipun begitu, perincian dan maklumat sahih mengenai pertem-puran ini tidak direkodkan dengan begitu tepat dan oleh kerana itu tidak banyak sumber yang boleh disandarkan hingga ia kemudiannya diserahkan begitu saja mengikut imaginasi yang puitis bagi mereka yang ingin memanfaatkan atau meromantiskan pertem-puran itu mengikut konteks sejarah dan politik di rantau ini sepanjang abad-abad yang berikutnya.

Pertem-puran Kosovo

Sebagai permulaan, pertem-puran itu berfungsi sebagai simbolik kepada kon-flik antara umat Islam dan Kristian hingga abad ke-18. Kemudian ia menjadi simbol kebangkitan ideologi nasionalis pada abad ke-19 dan kebangkitan kembali semangat nasionalis pada akhir abad ke-20 ketika era pasca-komunis.

Hingga awal abad ini, bahkan pada saat ini, Pertem-puran Kosovo 1389 kekal sedia menjadi simbol terbuka untuk masa depan, yang mencerminkan realiti kuasa dan perikatan politil nasionalis, bangsa dan agama di rantau Balkan.

Kekalahan Besar Serbia

Pada 28 Jun 1389 ten-tera Serbia berkumpul di ‘Kosovo Polje’ (Medan Kosovo) dan terlibat dalam pertem-puran bersejarah melawan pencero-bohan Uthmaniyah. Pemerintah Serbia dikhianati dari dalam hingga empayar mereka yang besar dimus-nahkan.

Maka sejak itu bermulalah era pemerintahan bangsa Turki Uthmaniyah yang panjang. Di mana tempoh yang mencecah selama lebih 500 tahun ini sebenarnya berpunca dari ketamakan orang Serbia sendiri, pengkhianatan di kalangan mereka berleluasa.

Jata kerajaan Moravia

Di bawah Maharaja Dusan, bangsa Serbia memerintah sebuah empayar yang, selama lebih 20 tahun terbentang dari Danube ke Peloponnese. Namun, setelah kema-tian Dusan secara tiba-tiba pada tahun 1355, empayar itu mulai runtuh.

Dinasti dari keluarga feudalis yang sangat berkuasa merampas kawalan di kawasan pinggiran Yunani, Albania dan Montenegro dari penggantinya yang lemah dan tidak lama kemudian seluruh wilayah Serbia dipecah-belah oleh persengketaan di antara para putera dan panglima pe-rang.

Empayar Uthmaniyah kemudian melakukan kemaraan dari Anatolia hingga dengan berjaya memanfaatkan perpecahan ini. Oleh kerana pada masa itu tidak ada penduduk Muslim pribumi di bahagian Eropah ini, maka taktik mereka, kalau boleh, mereka tidak akan menggulingkan pemerintah Kristian tempatan tetapi bahkan membantu mereka mempertahankan kuasa. Sebagai balasannya pemerintah tersebut perlu menyediakan ten-tera untuk berpe-rang demi Sultan.

Ramai para putera Kristian lebih selesa dengan status sebagai kerajaan bawahan Uthmaniyah dan mempertaruhkan semua as-karnya untuk bertem-pur sesama mereka. Justeru, pada tahun 1389, ketika Sultan Murad mengumpulkan pasukannya di Kosovo Polje, sebilangan besar dari mereka tidak lain dan tidak bukan, adalah as-kar berbangsa Serbia.

Pihak yang menentang Murad adalah sebuah perikatan. Mereka dipimpin oleh Putera Lazar Hrebeljanovic yang telah menjadi panglima pe-rang Serbia yang paling kuat setelah dia menawan sebahagian tanah pesaingnya, Nikola Altomanovic, serta bersekongkol dengan Ban Tvrtko, Raja Bosnia. Kosovo Polje bukan sebahagian daripada wilayah Lazar tetapi ia adalah milik menantunya Vuk Brankovic.

Bersama-sama pasukan ten-tera Lazar adalah pasukan Brankovic yang ditambah dengan kontinjen ten-tera Bosnia yang dihantar oleh Tvrtko dan, kemungkinan besar, mungkin dianggotai beberapa orang Albania juga. Walaupun Lazar dan Murad masing-masing terkor-ban semasa pertem-puran, legenda berpendapat bahawa Serbia kalah kerana, pada saat yang gentijg, mereka dikhianati oleh Brankovic.

Melihatkan hubungan baik antara Brankovic dan janda Lazar, Milica pada tahun-tahun selepas pertem-puran, lagenda tersebut sepertinya mustahil. Dan, pada masa itu, pertem-puran tidak kelihatan seperti kekalahan. Benar, pada 1 Ogos, Tvrtko bahkan menulis surat kepada senat kota Dalmatian, Trogir, memaklumkan kemenangannya.

Tidak lama kemudian, senator Florentine mengirimkan surat ucapan tahniah kepadanya. Ketika berita pertem-puran tiba di gereja di Paris, loceng-loceng gereja dibunyikan sebagai perayaan.

Walaupun di Kosovo mungkin tidak pernah dilihat sebagai kekalahan pada waktu itu, namun jelas bahawa pertem-puran itu telah melemahkan Serbia. Dengan simpanan tenaga kerja yang jauh lebih besar, Uthmaniyah dengan segera berupaya menampung kos kerugian mereka.

Lukisan puisi Maiden of the Blackbird Field yang menggambarkan seorang wanita memberi minuman kepada kekasihnya yang gugur bertem-pur dengan Uthmaniyah

Oleh itu, Serbia di bawah Milica memilih untuk berserah kepada takdir dan hakikat yang baru, ditambah dengan kerajaan Hungary yang mengancam wilayahnya dari utara, Milica akhirnya menyerahkan kedaulatannya kepada pemerintah Uthmaniyah.

Selepas pertem-puran Kosovo, sebahagian besar Serbia kekal diperintah oleh para putera Serbia sendiri. Kadangkala mereka ‘terlepas’ dari status sebagai kerajaan bawahan. Walaupun dengan kenyataan bahawa ini adalah dekad keseimbangan politik yang terumbang-ambing, ia juga merupakan tahun pengaruh kebudayaan yang hebat. Tahun-tahun yang disebut sebagai Serbian Despotate menyaksikan berkembangnya pendidikan dan seni di biara-biara besar lembah Morava.

Pada tahun 1459 sisa-sisa terakhir kemerdekaan Serbia akhirnya diruntuhkan. Namun, pada abad-abad berikutnya, mitos Pertem-puran Kosovo dan “kekalahan” yang besar mula berkembang, hanya untuk diromantiskan dalam karya penulisan para sarjana dan seniman abad ke-19 yang akan membangkitkan semangat nasionalis Serbia di Balkan.

Sisa-sisa Pe-rang Kosovo antara tahun 1998-1999

Hari ini ramai pihak yang percaya bahawa “sejarah hitam” ini telah memainkan peranan utama dalam membentuk pandangan dunia tentang Serbia yang akhirnya telah memainkan peranannya dalam membentuk politik Balkan moden.

Dan, siapa sangka akhirnya ten-tera British dan NATO juga perlu terlibat bertem-pur dalam pe-rang yang menukar nasib di antara umat Islam dan Kristian pada zaman moden setelah beratus tahun mereka hidup di dalam kon-flik gara-gara mitos yang sebenarnya tidak berapa sahih menurut sejarah.

RUJUKAN:

Karpat, Kemal H.; Zens, Robert W. (2003). Ottoman Borderlands: Issues, Personalities, and Political Changes. Center of Turkish Studies, University of Wisconsin.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.