Salah satu pertempuran di lautan yang mahsyur pada era pemerintahan Khalifah Uthman dan di dunia Barat ianya dikenali sebagai ‘Battle of the Mast’.

Pertempuran ini meletus kerana beberapa sebab, iaitu:

1. Muawiyah bin Abu Sufian sering menyerang wilayah-wilayah jajahan empayar Rom Byzantine, menawan beberapa kota benteng (di daratan) dan limbungan serta pelabuhan pasukan laut mereka (di lautan).

2. Laksamana Abdullah bin Qays yang melancarkan sebanyak 50 kali serangan di kawasan laut dan persisiran pantai Mediterranean sehingga menyebabkan pasukan laut Rom Byzantine mengalami kerugian yang tinggi.

(Banyak kapal perang yang tenggelam atau diambil oleh Abdullah bin Qays).

3. Kemaraan pasukan Islam Mesir pimpinan gabenor Abdullan bin Saad memasuki wilayah Afrika lalu mengalahkan pasukan Rom Byzantine dan orang-orang Barbar menyemarakkan lagi kemurkaan Maharaja Constantine II untuk menebus segala kekalahannya di barat Laut Mediterranean, Syam dan Mesir.

Maharaja Constantine II memimpin langsung pasukan besarnya kali ini dengan membawa sebanyak 600 buah kapal perang jenis Dromon dan 1,000 buah kapal perang yang dilengkapi dengan teknologi senjata ‘Api Greek’ atau ‘Api Yunani’ menuju ke pelabuhan Iskandariyah, Mesir untuk membalas kembali serangan dari pihaknya.

Pasukan pengintip menyampaikan berita ini kepada Khalifah Uthman, lalu dengan segera beliau menulis surat perintah kepada Muawiyah bin Abu Sufian supaya memimpin armada perang laut dari Syam, Abdullah bin Saad mengepalai armada lautnya dari Mesir dan Amru al-As bersama pasukannya keluar untuk menahan bala pasukan besar dari kota Konstantinopel ini.

Buat pertama kalinya, armada laut Muslim dipimpin oleh dua orang panglima iaitu Muawiyah dan Abdullah. Kedua pasukan ini bertolak dari pelabuhan Akka bersama 500 buah kapal perang dan bertembung dengan armada laut Rom Byzantine di perairan pantai Lysia iaitu sebuah kawasan yang berada di antara pulau Rhodes dan pulau Cyprus.

Pertempuran ini berlaku di daratan/tepian pantai sehingga ke lautan. Sebenarnya, bermungkinan Maharaja Constantine II dapat memenangi pertempuran ini kerana pasukannya mempunyai kelengkapan yang canggih, lengkap dan formasi peperangan di laut yang lebih tersusun. Tetapi sayang sekali, pasukannya dipimpin oleh para laksamana yang tidak cekap mengendalikan suasana walaupun kebanyakan daripada mereka sudah berpengalaman dalam banyak pertempuran di lautan.

Walaupun armada laut Muslim tidak mempunyai senjata atau kapal perang yang canggih dan formasi yang tersusun di lautan, tetapi pasukan mereka dipimpin oleh para gabenor dan laksamana yang sudah berpengalaman serta sering kali bertempur di daratan (pada waktu ini, tentera Muslim hanya mengaplikasikan taktik serangan di daratan apabila bertempur di lautan).

Di samping kepimpinan Muawiyah dan Abdullah, armada laut Muslim juga dibantu oleh laksamana Abulathar.

Pertempuran ini dimenangi oleh pihak Islam setelah Maharaja Constantine II melarikan diri dari medan pertempuran dengan menyamar sebagai seorang pelaut biasa menaiki kapal bersama orang-orang kepercayaannya menuju pulang ke kota Konstantinopel.

Dengan kemenangan inilah, penguasaan di laut Mediterranean berubah tangan dari Rom Byzantine ke dalam cengkaman pasukan Islam.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Leave A Reply