Seperti mana yang kita semua tahu, dinasti pertama yang menyatukan seluruh China dibawah satu empayar dan panji ialah Dinasti Qin. Kita juga mengetahui bahawa orang yang menyatukan seluruh China ialah seorang maharaja kukubesi bernama Shi Huangdi. Namun, seberapa banyak antara kita yang mengetahui tentang pertempuran yang berjaya membuatkan misi menyatukan seluruh China oleh Shi Huangdi menjadi kenyataan dan tidak lagi mampu dipatahkan?

Perkenalkan kepada anda, Pertempuran Changpin yang berlaku kira-kira 262-260 SM yang berlaku antara negeri Qin dan juga Zhao yang memerintah China ketika era perang saudara antara negeri-negeri dan warlord yang menjadi tiang China ketika itu. Kita perhalusi pertempuran ini dengan membuat analisis awal tentang kekuatan yang dimiliki oleh kedua-dua pasukan, sama ada dari pihak Zhao dan juga Qin. Walaupun berlaku kira-kira 2200 tahun yang lalu, namun jumlah ketumbukan tentera yang dimiliki juga boleh tahan banyaknya. Zhao mempunyai 450, 000 orang tentera manakala Qin pula mencatatkan jumlah sekurang-kurangnya 550, 000.

Semuanya bermula apabila Qin menyerang negeri Han dan menakluk kota Shangdan daripada Han. Ini membuatkan Zhao tidak senang duduk dengan kejayaan Qin itu kerana kota tersebut merupakan titik penting untuk menyerang ke dalam negeri Zhao. Han pula tidak senang duduk dengan perkembangan ini lalu menawarkan kepada Raja Xiaocheng daripada Zhao untuk membantunya melawan pencerobohan Qin. Seperti orang mengantuk yang disorongkan bantal, Zhao terus menghantar Lian Po untuk memimpin 450, 000 orang tentera bertembung dengan Qin. Beberapa pertempuran awal di Changpin mencatatkan kekalahan bagi pihak Zhao membuatkan Lian Po terus menukar strategi dengan menunggu sahaja di Changpin sambil membina beberapa kubu pertahanan, dan tidak memilih untuk bertempur di lapangan terbuka. Strategi Lian Po ini sebenarnya sangat membantu Zhao dan memberikan kesan kepada Qin. Beberapa kali kubu kuat Zhao di Changpin cuba dicerobohi oleh Qin namun tidak berjaya. Ini berlaku selama 3 tahun apabila pertempuran ini tidak membawa apa-apa hasil.

Ini telah memaksa Qin untuk mengubah strateginya dengan menyebarkan khabar angin di negeri Zhao bahawa jeneral Lian Po adalah seorang pengecut, sudah tua dan tidak mampu lagi memimpin tentera. Atas alasan itu, tentera Zhao lebih memilih untuk berkampung daripada mara ke medan tempur yang sebenar. Khabar angin ini kemudian sampai ke telinga raja Zhao yang memang dari awal tidak menggemari strategi Lian Po ini. Lian Po terus dipecat dan digantikan dengan Zhao Kuo yang merupakan anak kepada jeneral perang legenda negeri Zhao iaitu Zhao She. Namun tidak seperti ayahandanya, Zhao She ini banyak kelemahan dan agak muda, bahkan terdapat legenda yang mengatakan bahawa ketika dipembaringan dan sedang menunggu ajal, jeneral Zhao She sempat berpesan supaya jangan sesekali anaknya memimpin tentera.

Selepas sahaja pemergian Zhao She dan pemecatan Nian Po dari jawatan jeneral, terus Zhang Kuo yang merupakan anak kepada Zhao She ditabalkan sebagai jeneral perang yang baru. Isteri Zhao She cuba memujuk Raja Zhao untuk memilih orang lain namun tidak diendahkan.

Tidak seperti Nian Po, Zhao She milih untuk terus melancarkan serangan ke atas tentera Qin yang baru sahaja melantik salah seorang daripada jeneral perang legenda China iaitu Bai Qi mengetuai pasukannya. Taktikal awal yang direncanakan oleh Bai Qi sangat menakjubkan. Bai Qi telah membahagikan pasukannya kepada dua bahagian yang akan diterangkan oleh saya terkemudian.

Ketika pertempuran berlaku, bahagian pertama telah diarahkan oleh Bai Qi untuk berpura-pura berundur kembali ke kubu Qin sementara bahagian kedua yang melibatkan tentera kavalri berjumlah 25, 000 orang mengepung kubu kota Zhao tatkala sebahagian besar tentera Zhao sedang mengejar pasukan Qin yang sedang berundur tersebut. Ketika sampai sahaja di kubu Qin, sebahagian pasukan kavalari yang ditugaskan untuk mengepung kota Zhao tiba-tiba menyerang pula pasukan Zhao dari belakang. Ini telah membuatkan pasukan Zhao terkepung dari segala arah. Mahu kembali ke kubu mereka, ianya dalam penguasaan Zhao. Dikatakan bahawa pasukan Zhao telah terpecah dua, dan bekalan makanan dan logistik terus terputus.

Ini memaksa pasukan Zhao berkampung di atas sebuah bukit selama 49 hari sambil dikepung dari segala arah oleh Qin. Bahkan lebih dasyat, Raka Zhaoxiang daripada Qin telah mengerahkan setiap anak lelaki berusia 15 tahun daripada setiap negeri Qin untuk menyertai peperangan itu dan menyertai pengepungan di atas bukit. Dek kerana terdesak, mereka terpaksa menyerang buat kali terakhir yang akkhirnya membawa kepada kekalahan Zhao dan kematian Zhao Kuo. Kiranya kita boleh katakan bahawa taktikal Qin ini ialah variasi kepada Double Envelopment yang sangat popular digunakan sejak Pertempuran Marathon lagi.

Kenapa saya mengaitkan pertempuran ini sebagai salah satu daripada detik utama kepada penyatuan seluruh China buat pertama kalinya dalam sejarah? Pertempuran Changpin telah melemahkan kekuatan yang dimiliki oleh negeri Zhao yang sebelum ini merupakan seteru utama Qin dalam menyatukan seluruh China. Beberapa puluh tahun kemudian, atas dasar kerana tidak ada kuasa di China yang mampu seimbangkan kuasa tentera Qin, maka cucu kepada Zhaoxiang daripada Qin iaitu Yin Zheng atau kita semua mengenalinya sebagai Shi Huangdi telah berjaya menyatukan seluruh China pada tahun 221 SM. Dicatatkan juga bahawa sekurang-kurangnya 450, 000 orang tentera Zhao telah mati sama ada ketika pertempuran atau selepasnya!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply