Moving Forward As One

Pertembungan Meghan Markle Dan Keluarga Diraja British

4,606

Seminggu ini, semua media Barat sibuk melaporkan tentang Keluarga Diraja British. Setiap hari, ada saja kisah baru keluar yang mengeruhkan keadaan.

Bagi yang tidak tahu langsung, masalah ini melibatkan Putera Harry dan isterinya Meghan Markle. Pertama sekali, Ratu Elizabeth II mempunyai sebilangan anak cucu.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Cuma yang penting untuk diketahui hanya dua orang sahaja – Putera Charles (anak sulung Elizabeth) dan William (anak sulung Charles). Dua putera ini dijangka akan menyambung legasi Elizabeth, selagi mana United Kingdom kekal dalam monarki.

Jadi anak cucu lain tidak penting. Putera Charles mempunyai anak kedua iaitu Harry. Sebelum ini, Harry sangat penting dalam sistem warisan.

Tetapi apabila William dikurniakan tiga cahaya mata, Harry pun turun pangkat nun jauh ke tangga keenam. Kalau tengok pada sejarah, Harry takkan mungkin menjadi Raja United Kingdom.

Jadi William dan Harry walaupun abang adik berjarak dua tahun, darjat mereka bertingkat-tingkat. William digilap sekilat mungkin.

Harry pula bergelumangan dengan kont.roversi. Dulu Harry terpaksa meminta maaf kerana berpakaian seperti dalam gambar dibawah (Millar, 2005).

Belum lagi pasal parti tidak bermoral melibatkan Harry di Las Vegas (TMZ, 2012). Jadi senang kata, William memang legasi; Harry sekadar bagasi.

Keluarga Diraja British amat memartabatkan imej. Jangankan parti dan kelakuan buruk, bercinta dengan balu atau janda pun belum tentu lepas. George VI tidak mungkin akan menjadi Raja British, kalau abangnya Edward VIII tidak bercinta dengan seorang janda Amerika Syarikat bernama Wallis Simpson.

Andai kata Edward VIII menurut tradisi, baginda kekal memerintah – dan sejarah United Kingdom tentu sekali berbeza kerana Elizabeth II takkan menjadi ratu langsung.

Dengan rekod masalah sebegini, dengan siapa agaknya Putera Harry berkahwin? Seorang janda jugalah.

Memperkenalkan Meghan Markle Daripada Amerika Syarikat

Tiga tahun selepas bercer.ai dengan Trevor Engelson, pelakon Meghan Markle menjalinkan hubungan dengan Putera Harry.

Meghan dibesarkan dengan didikan Protestanisme dalam sebuah keluarga bercampuran bangsa Jerman dan Afrika.

Sebelum berkahwin, Meghan perlu menjalankan sedikit upacara pertukaran gereja yang dilangsungkan di Istana St James dengan air Sungai Jordan (Walter, 2018).

Selesai semua upacara, mereka berkahwin di Gereja Saint George dalam Istana Windsor.

Sebagai suami isteri, Harry dan Meghan menetap di Istana Kensington sebelum berpindah ke Istana Windsor. Tetapi pada 8 Januari 2020, Harry dan Meghan membuat pengumuman tergempar di Instagram.

Mereka akan berundur daripada keluarga diraja untuk bergerak bebas ke Amerika Utara (khususnya Kanada) dan mencari duit sendiri (Ng, 2020).

Keluarga Diraja British membuat mesyuarat utama tiga hari kemudian di Istana Sandringham – dan Ratu Elizabeth II menenangkan keadaan dengan perutusan khas (Halleman, 2020). Harry dan Meghan dibenarkan keluar, dengan beberapa syarat:

  1. Tidak lagi menjadi wakil Ratu Elizabeth.
  2. Kekal sebagai Royal Highness, asalkan tidak guna secara rasmi.
  3. Cari duit sendiri (dan perlu bayar £2.4 juta kerana ubah suai sebahagian istana).

Ada beberapa syarat kecil juga – tetapi tiga syarat di atas memang paling utama.

Pendedahan Meghan 2021

Harry dan Meghan Markle memang selesa dari segi kewangan, tertakluk kepada taraf hidup masing-masing. Jika ingin kehidupan secara marhaen, harta mereka takkan hilang walaupun tujuh keturunan.

Kerana Harry mempunyai GB£6.5 juta daripada ibunya, yang dilaburkan dalam bentuk skim dividen. Tetapi masalah mula timbul apabila Keluarga Diraja British enggan menanggung kos perlindungan keselamatan mereka.

Timbul saja laporan mereka akan berpindah ke Amerika Syarikat, awal-awal Donald Trump cakap kerajaan White House pun takkan menanggung. Dan wakil Harry bertanya balik yang kiasannya, “takde sapa suruh kau tanggung kami.”

Keadaan dilihat tenang hinggalah 15 Februari 2021, apabila Harry dan Meghan membuat temu bual dengan Oprah Winfrey daripada CBS.

Temu bual inilah yang mencetuskan segala masalah baharu, kerana Meghan membuka cerita habis pasal Keluarga Diraja British. Dua jam mereka bersembang, dengan siaran menarik 17.1 juta penonton mungkin kerana masalah yang tercetus (Koblin, 2021).

Meghan mendakwa bahawa “seorang” ahli diraja berasa risau. Apa yang dirisaukan? Warna kulit anak Harry (Abdelaziz, 2021). Tetapi Meghan tidak memberitahu identiti ahli tersebut.

Yang pasti bukan Elizabeth II (atau Putera Philip). Tiada siapa terkejut pun apabila perkara ini didedahkan. Memang sistem British ada kekurangannya. Tetapi apa yang mengejutkan ialah, Ratu Elizabeth tidak menafikan.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Baginda dilaporkan sangat sedih apabila mendapat tahu ada yang berkata sedemikian terhadap cicitnya (The Star, 2021). Dan isu ini akan dibawa ketengah kelak.

Harry juga bercerita bahawa mereka akhirnya keluar daripada istana kerana apa-apa permintaan pun tidak dipenuhi. Apatah lagi setelah melihat Meghan dilayan begitu teruk, sampai tidak boleh memegang lesen memandu, pasport dan kad kredit.

Yang paling panas sekali, Harry memetik kisah Puteri Diana… risau jika sejarah berulang terhadap Meghan.

RUJUKAN:

Abdelaziz, S. (2021, Mac 9). The (ditapiskan) Meghan says she experienced as a royal will be no surprise to Black Britons. CNN.

Hallemann, C. (2020, Januari 13). Queen Elizabeth Issues a Rare Personal Statement About Prince Harry and Meghan Markle’s Decision. Town & Country.

Koblin, J. (2021, Mac 8). Oprah, Meghan and Harry Draw 17.1 Million Viewers to CBS. The New York Times.

Millar, F. (2005, Januari 14). Apology for Harry’s (ditapiskan) outfit falls on deaf ears. The Irish Times.

Ng, K. (2020, Januari 9). ‘What are Harry and Meghan thinking?’: How the world’s newspapers reported Suss.xes stepping back from royal family. The Independent.

The Star. (2021, Mac 10). Saddened Queen Elizabeth will address Harry and Meghan’s (ditapiskan) accusation.

TMZ. (2012, Ogos 22). Prince Harry (ditapiskan) Photos during Vegas (ditapiskan).

Walter, S. (2018, Mac 8). Meghan Markle ‘baptised by Archbishop of Canterbury ahead of wedding to Prince Harry’. The Daily Telegraph.

Ruangan komen telah ditutup.