Tiada pertandingan esport yang seperti EVO atau Evolution Series Championship. Setakat ini, EVO adalah pertandingan fighting game yang paling besar di dunia dengan beberapa permainan video yang dipertandingkan.

Jika ada perbandingan, EVO seperti acara Olimpik atau Super Bowl bagi fighting game. Penyertaan pemain sentiasa mencapai ribuan nama dari pelbagai negara dan latar belakang, didominasi oleh pemain Amerika Syarikat, Korea Selatan, dan pastinya Jepun. Namun siapa sangka acara EVO yang besar dan gemilang sekarang bermula dari pertandingan kecil-kecilan.

Sekitar 90-an di Amerika Syarikat, kebanyakan pemain fighting game berkumpul di pusat arked. Mereka bersaing untuk membuktikan siapa lebih hebat dalam arked Street Fighter, permainan video yang menjadi ikutan mana-mana fighting game hingga hari ini. Meskipun komuniti fighting game dilihat gah dan kukuh, persaingan dan perlawanan hanya berlaku secara setempat (local), tidak terjangkau untuk bersaing dengan pemain dari daerah lain, apatah lagi dari luar negara. Ketika itu tiada wang hadiah, tiada trofi dan tidak wujud lagi perkataan “gamer profesional”.

Pada tahun 1996, pertandingan Battle by the Bay dianjurkan oleh Joey Cuellar, Tom Channon, dan Seth Killian yang melibatkan beberapa pemain terbaik dari kawasan Chicago, New York, dan California. Ketika itu Internet yang masih baru memainkan peranan penting untuk menyebarkan berita dan mengiklankan cabaran buat pemain arked tegar. Battle by the Bay diadakan di Sunnyvalle, California dan game yang dipertandingkan ialah Super Street Fighter 2 dan Street Fighter Alpha 2. Berapa banyak penyertaan pemain untuk Battle of the Bay? 40 orang.

Sumber gambar: shoryuken.com

Selepas Battle of the Bay, muncul pula pertandingan B4 Championship dan B5 yang menerima penyertaan pemain dari Jepun, tempat asal game Street Fighter itu sendiri. Pertandingan B5 masih lagi berlangsung di pusat arked. Namun suasana arked tidak kekal lama. Makin banyak arked ditutup.

Untuk mempertahankan semangat dan suasana arked, wujudlah EVO pada tahun 2002 di Universiti California, Los Angeles. Ada beberapa cadangan sebelum nama EVO dipilih: APEX, Riot Zone, dan Fightcon. Dengan penyertaan yang semakin bertambah, sedang mesin arked yang disewa penganjur hanya cukup untuk pertandingan dan tiada untuk free-play, di sinilah format Top 8 dan grand final dibawa ke hari Ahad. Baiklah, sejarah tentang EVO habis di sini.

Detik paling hype dalam EVO

Tahun 2004 – 2007  adalah era gelap fighting game, namun era gelap itu juga menghasilkan detik paling diingati dalam sejarah esports dan competitive gaming. Tahun 2004, Justin Wong dari Amerika bertembung dengan seteru tegarnya, Daigo Umehara dalam loser’s final bagi game Street Fighter 3 Third Strike. Detik itu dikenali sebagai EVO Moment 37.

Justin Wong ketika itu dengan karakternya Chun Li mengaktifkan super move untuk terus menghabiskan health bar karakter Ken Master oleh Daigo. Daigo tahu dia sedang diasak dan pilihannya terhad. Tahan (block) serangan super Chun Li dan habis HP akibat chip damage, atau menepis (parry) satu persatu frame serangan Chun Li. Tersilap parry satu frame sahaja, Daigo akan terus kalah. Tetapi, ajaibnya Daigo parry satu persatu serangan super Chun Li dan Daigo menyerang balas dengan serangan super Ken, mengalahkan Justin Wong.

Detik EVO itu merevolusikan suasana komuniti fighting game dan menyemarakkan kembali rasa teruja peminat FGC, betapa hebatnya skill pemain ketika diasak bertalu -talu. Sehingga kini, Daigo dan Justin masih lagi aktif  dalam pertandingan fighting game dan menjadi lagenda FGC dan EVO.

Keunikan EVO

Berbeza dengan pertandingan esport lain, penyertaan untuk bertanding terbuka kepada semua. Dan dalam setiap pool perlawanan, senario pemain baru berada dalam pool yang sama dengan juara bertahan adalah perkara biasa. Dan tidak mustahil juga pemain yang tidak dikenali tiba-tiba sahaja menyingkirkan pemain profesional ternama ke loser bracket atau menang 3 set game ke atas pemain pro berkenaan.

Jenama EVO yang makin terkenal juga membolehkan syarikat Capcom, yang menghasilkan Street Fighter dan Marvel vs Capcom menjalinkan kerjasama dengan EVO dan mnedapat tajaan dari jenama-jenama terkemuka dunia. Selepas 2008, terbitnya game Street Fighter 4 yang memberi nafas baru kepada suasan fighting game, EVO juga berkembang selepas beberapa tahun bertahan dalam zaman gelap fighting game.

Mungkin ada yang mempertikaikan bahawa tarikan EVO ini tidaklah sehebat mana, dengan hadiahnya tidak begitu lumayan berbanding acara esport DoTA atau League of Legends. Apa yang manariknya adalah emosi, fokus dan kemahiran yang dipamerkan pemain untuk menang sangat mengujakan. Mereka menang kerana kemahiran yang tinggi, adaptasi yang tidak masuk akal, dan tiada faktor luar mempengaruhi keputusan akhir perlawanan. Tiada nasib atau rakan sepasukan yang boleh dipersalahkan jika kalah.

BACAAN LANJUT:

1. theScore esports, the  Story of EVO: Part 1, https://www.youtube.com/watch?v=qppcyLgFuK0, Ogos 2018.

2.  usgamer.net, The Oral History of EVO: The Story of the World’s Largest Fighting Game Tournament,  Julai 2017.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Azizul bin Shaharudin. Lahir di Kuantan pada 14 Mac 1988. Alumni Universiti Malaysia Sabah. Sejak sekolah rendah lagi minat melukis. Meminati sejarah dan menghargai usaha mereka yang memperjuangkan sejarah. Dalam masa yang sama, sedang mendalami genre figthing game kerana fighting game itu juga karya yang agung.

Comments are closed.