Selain daripada faktor genetik, persekitaran dan didikan, turutan kelahiran anak juga dikatakan memberikan pengeruh terhadap perkembangan anak-anak.

Sejak tahun 1970, beribu-ribu kajian saintifik dilakukan ke atas ‘urutan kelahiran’ (birth order). Aflred Adler adalah antara pelopor utama kajian ini.

Ahli-ahli psikologi selalu tidak bersetuju berapa banyak peranan yang dimainkan oleh ‘birth order’ ini terhadap perkembangan anak-anak.

Tapi, terdapat personaliti yang lazim dan konsisten bagi anak sulung, tengah dan bongsu.
Menurut kajian, anak-anak mempunyai personaliti berbeza sebab mereka gunakan strategi yang berbeza untuk dapatkan perhatian ibu bapa.

1. Anak Sulung

Secara teori, anak pertama mempunyai kecenderungan ke arah ‘achievement-oriented’. Selalunya mempunyai prestasi yang baik di sekolah dan mengisi jawatan kepimpinan.
Ahli psikologi daripada University of Georgia mendapati anak sulung memang selalunya orang yang akan memegang tampuk kepimpinan dan mempunyai pencapaian tertentu dalam hidupnya.

Kajian lain pada tahun 2009, anak sulung akan mendapatkan prestasi yang baik di sekolah untuk menarik perhatian ibu-bapa.

Dalam jurnal pada tahun 2003 kata anak sulung biasanya bertanggungjawab, berdaya-saing dan konvensional.

Anak sulung seorang yang berjiwa pemimpin dan fokus pada matlamat hidupnya.
Biasanya anak sulung mudah rasa cemburu dengan adik beradik lain kerana kasih sayangi bapanya yang dulu tak terbahagi kena dikongsi pulak.

2. Anak Bongsu

Anak bongsu menurut kajian cenderung lebih kreatif, memberontak dan memang selalu nakkan perhatian ibu bapa.

Ini tak hairan sebab ibu bapa selalu menukar kaedah melayan dan didikan terhadap anak-anak bermula daripada sulung sampailah bongsu.

Aku dulu selalu kena rotan dengan ayah, adik bongsu aku tak pernah kena. Aku dengar cerita daripada kawan-kawan aku pun macam itu.

Ibu bapa biasanya akan lebih lembut dan agak berlepas tangan terhadap anak bongsu apabila mereka jadi semakin selesa dengan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa.
Anak bongsu biasanya manipulatif dan mempunyai daya bersosial yang tinggi. Mempunyai ‘self-esteem’ yang tinggi.

Anak bongsu ini berjiwa revolusi dan melawan.

3. Anak tengah

Anak tengah ini biasanya selalu jadi orang yang menjaga keamanan dalam keluarga. Contoh macam adik beradik gaduh, dia inilah yang betulkan keadaan.

Anak tengah ini mempunyai kesetiaan pada keluarga. Seorang yang lemah lembut, bekerjasama dan mempunyai pertimbangan.

Anak tengah ini juga berpotensi menjadi seorang yang perunding hebat. Anak tengah ini susah nak dijatuhkan dan sangat menghargai hubungan persahabatan.

Sumber: Huffingtonpost


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Leave A Reply