Persona Dan Diri Sendiri

0
556
views

Carl Jung memperkenalkan konsep persona bagi menggambarkan personaliti yang kita bentuk untuk mengadaptasi dengan situasi sosial.

Setiap orang, mahu tak mahu, akan kumpulankan diri mereka dalam kumpulan sosial. Kumpulan sosial boleh jadi etnik, kelas pekerjaan, kelab sukan, komuniti setempat dan lain-lain.

Personaliti kita, lebih tepat persona kita, akan terbentuk berdasarkan dari mana kita tempatkan diri kita dalam kumpulan sosial.

Mungkin umumnya, kita akan melihat saintis akan mempunyai perwatakan yang sejagat (universal) antara mereka, ini yang Jung panggil sebagai ‘archetype’.

Sebab itulah di mana kita duduk dalam kumpulan sosial, mempengaruhi sikap, tingkah laku dan personaliti kita.

Persona ini, menurut Jung, adalah topeng. Dalam dunia lakonan dan teater, persona merujuk pada watak lakonan. Dalam dunia sebenar, persona adalah sikap yang nak tunjuk pada orang.

Dalam bahasa orang awam, kita panggil benda ini “tak menjadi diri sendiri” sebab nak ‘coup’ dengan sosial.

Setiap orang mempunyai banyak persona bergantung dengan berapa banyak interaksi yang kita hadapi sehari-hari dalam hidup.

Dengan keluarga, kita ada satu persona yang berbeza dengan berinteraksi dengan rakan sepejabat, rakan kasual dan rakan sekelab.

Menurut Jung, persona bukanlah diri kita yang sebenarnya. Ia adalah sebahagian kecil daripada personaliti hakiki diri kita. Ini yang kita panggil sebagai “diri sendiri”.

Menurut Jung, persona ini bagus untuk menjaga keharmonian sosial. Tetapi kalau kita terlalu tenggelam, kita takkan dapat bezakan antara “diri sendiri” dan “diri” yang dibentuk oleh sosial atau orang lain.

Nak jadi “diri sendiri” ini bukan senang tahu walaupun orang duk canang jadi diri sendiri bagai.

🙄

Menurut Jung, untuk mencapai personaliti hakiki diri kita, kita perlu hadapi bayang (shadow) kita sendiri. Menurut Jung, ‘shadow’ adalah personaliti kegelapan yang kita tak boleh nak terima.

‘Shadow’ adalah personaliti yang apabila kita tunjukkan dalam dunia sebenar, orang memberikan respon negatif terhadap personaliti tersebut.

Contohnya macam Perempuan yang ada personaliti maskulin (tomboi) sikit. Ia mungkin dapat respon negatif daripada sesetengah orang.

Personaliti yang tak disukai orang ini akan buatkan kita menjadi resah dan inferior bila kita tunjukkan pada orang. Kita akan mula membenci dengan diri sendiri. Tuntas, kita humban dan tenggelamkan personaliti ini dalam-dalam.

Kita tak boleh terima. Kemudian, personaliti inilah yang jadi ‘shadow’. ‘Shadow’ ini menurut Jung akan memberikan kesan negatif kepada emosi dan tingkah laku kita tanpa sedar.

Ia bukanlah hal yang baik.

Untuk menjadi diri sendiri, menurut Jung, haruslah kita manifestasikan ‘shadow’ ini dalam bentuk yang kita sedar. Kita harus menerima personaliti kegelapan ini.

Apabila kita sedar ‘shadow’ ini, kita boleh betulkan personaliti ini kalau betul personaliti ini betul-betul teruk. Kalau kita simpan dan tak endahkan. Ia memberikan kesan secara emosi dan fisiologinya.

Menjadi ‘diri sendiri’ menurut Jung bermula dengan menerima diri kita secara keseluruhannya, termasuklah personaliti ataupun sikap yang kita tak suka ataupun sikap yang orang lain pandang negatif.

Apabila ‘shadow’ dapat diterima dan dibetulkan, menurut Jung, ini merupakan satu kebangkitan baru. Barulah kita jumpa diri kita yang sebenarnya.

Konsep Persona Jung ini sering ditayangkan dalam siri anime Persona yang kini sudah ada 5 siri. Setiap watak akan hadapi ‘shadow’ masing-masing untuk mencapai penghakikian personaliti.

Previous articleMemori Palsu Manusia
Next articleMuslim Uighur Yang Tertindas Di Xinjiang, China.
Zamir Mohyedin sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (Master) dalam bidang fizik. Telah menerbitkan karya-karya fizik, sejarah dan falsafah. Selain dalam penyelidikan, beliau juga terlibat dalam penulisan, penterjemahan dan penyuntingan manuskrip. Berminat dalam bidang sains, falsafah, sejarah dan psikologi.
SHARE