Perseus: Mitos Perisik Kesatuan Soviet

541

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Saban tahun, peminat francais Call of Duty menanti dengan sabar permainan terbaru keluaran Activision itu. Tahun ini, giliran Treyarch dan Raven Software membawa sambungan sekuel Call of Duty: Black Ops (2010) iaitu Call of Duty: Black Ops Cold W4r. Kali ini, ia memperkenalkan Alex Mason, Frank Woods dan Jason Hudson kepada 4ncaman terbaru P3rang Dingin bernama Perseus.

Jadi, siapa Perseus? Antagonis terbaru siri ini sebenarnya berdasarkan satu mitos P3rang Dingin tentang seorang perisik yang hanya dikenali sebagai Perseus. Dikenali dengan nama samaran lain seperti Mlad, Saintis X atau Doktor X, nama perisik ini dibangkitkan oleh perisik Rusia, Vladimir Chikov.

Bermula tahun 1991, Chikov menulis pelbagai artikel yang berkisar tentang Perseus. Ini disusuli dengan penerbitan sebuah buku bertajuk How Stalin Stole the At0mic B0mb from the Americans pada tahun 1996 yang dikarang beliau dan penulis Amerika, Gary Kern.

Mengikut keterangan Chikov, Perseus dikatakan aktif pada tahun 40-an dan merupakan seorang ahli fizik dari Universiti Chicago. Pada tahun 1944, Mlad (nama kod untuk Perseus) direkrut kerajaan Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada Projek Manhattan di Los Alamos. Sejak itu, dia menyampaikan maklumat berprofil tinggi berkenaan program nuklear AS kepada pihak Soviet sehingga 1946.

Selepas tempoh berkenaan, Perseus menghentikan semua bentuk kerjasama dengan Soviet, kembali ke Universiti Chicago dan mengikut jejak langkah J. Robert Oppenheimer dalam pergerakan anti-ujian nuklear.

Sejak dakwaan tersebut timbul, ia mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan komuniti perisikan baik di Timur atau di Barat. Ada yang percaya perisik sebegini wujud tetapi sesetengah menganggap dakwaan Chikov merupakan satu penipuan seperti Pavel Sudoplatov.

Rajah 1: Pavel Sudoplatov

Justeru, ini membawa kepada satu lagi dakwaan baru. Menurut teori ini, Perseus dikatakan dengan terlibat dengan Projek Manhattan sejak tahun 1939 dan dikatakan aktif menyerahkan maklumat kepada Soviet termasuk berhubung dengan perisik Rudolf Abel pada tahun 50-an. Bagaimanapun, teori tersebut masih berlegar sebagai teori konspirasi.

Pada tahun 1995, AS menyahsulit sesetengah mesej perisikan Rusia yang dipintas mereka yang dikenali sebagai Projek Verona. Disebabkan kemunculan terma PERS dalam banyak mesej tersebut, ramai mengesyaki ia merujuk kepada Perseus. Tetapi sesetengah lagi percaya mesej tersebut sebenarnya sebahagian daripada operasi risik balas Soviet untuk melindungi seorang lagi aset mereka iaitu Theodore Hall atau Mlad.

Rajah 2: Theodore Hall

Setahun selepas itu, Jeremy Stone mendakwa dalam bukunya ‘Every Man Should Try’ Profesor Philip Morrison, seorang ahli fizik dari Institut Teknologi Massachusetts sebagai Perseus. Namun begitu, dakwaan tersebut dinafikan Morrison dengan mendakwa semua cerita Perseus yang dikaitkan dengan dirinya sebagai tidak masuk akal. Stone kemudiannya memohon maaf dan menarik balik dakwaan tersebut.

Sejarawan P3rang Dingin AS, John Earl Haynes menyifatkan kisah Perseus sebagai karut semata-mata. Sebaliknya, beliau melihat Perseus ialah gabungan komposit perisik palsu membabitkan Chikov dan agensi perisikan Rusia, SVR dengan menggabungkan sebahagian kisah Hall dengan kisah-kisah palsu.

Jadi, nampaknya Treyarch dan Raven Software mengubah perisik mitos Soviet ini kepada pemain sebenar perisikan semasa P3rang Dingin dalam dunia fiksyen Black Ops. Bagi pemain siri Black Ops termasuk penulis, cerita sebenar Perseus ini hanya akan diketahui pada 13 November 2020.

RUJUKAN:

Egorov, Boris. (2020). Who is the mysterious Soviet spy ‘Perseus’ from the new Call of Duty game?. Russia Beyond. https://www.rbth.com/history/332607-who-is-mysterious-soviet-spy

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.