Membaca kisah Heraclius/Heracles, maharaja Byzantine atau “Rom Timur” dari tahun 610-641. Rupa-rupanya riwayat hidupnya banyak persamaan dengan Rasulullah s.a.w. Seolah-olah terdapat “parallel lives” antara mereka.

Dari tahun 602-628, berlaku pe.rang di antara Byzantine (Rom) dan Parsi, dua kuasa terbesar. Pada peringkat awal, Rom dalam keadaan kekalahan.

Tahun 610, Heraclius menaiki takhta maharaja. Pada tahun itu juga Rasulullah menerima wahyu pertama.

Tahun 613, Heraclius melantik diri sebagai panglima, menggalas tanggungjawab menentang tentera Parsi. Pada tahun yang sama, Rasulullah mula berdakwah secara terbuka. Mereka mengalami rintangan demi rintangan.

Tahun 619, Heraclius telah kehilangan Syria, Mesir dan Jerusalem. Semangat moralnya berada di tahap terendah. Tahun 619 juga merupakan Tahun Berduka (Amul Huzni) Rasulullah, dengan kehilangan isterinya Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib yang merupakan tulang belakang Baginda selama ini.

Kemudian, berlaku turning point dalam perjuangan Heraclius dan Rasulullah.

Tahun 622, Heraclius mengubah strategi dari bertahan di dalam kota Constantinople kepada melancarkan counter-offensive di luar Constantinople, dengan itu Rom mencapai kemenangan pertama ke atas Parsi. Pada tahun yang sama, Rasulullah dan Muslimin berhijrah dari Mekah ke Madinah, membuka bab baru dalam perkembangan Islam.

Tahun 627, Heraclius mencapai kemenangan muktamad ke atas Parsi dalam Pertempuran Nineveh. Pe.rang Khandaq juga berlaku pada tahun yang sama. Muslimin mencapai kemenangan muktamad ke atas pasukan Al-Ahzab Quraisy dan Bani Nadir.

Tahun 628, Parsi akhirnya berdamai dengan Rom. Tahun yang sama, Quraisy memeterai Perjanjian Hudaibiyah dengan kaum Muslimin.

Tahun 630, Heraclius memasuki Jerusalem sebagai pemenang dan mengembalikan salib True Cross yang dirampas oleh Parsi. Pada tahun 630 (20 Ramadan 8 Hijrah), Rasulullah menakluki Mekah tanpa pertempuran darah dan menyucikan Kaabah.

Masing-masing berjuang selama 20 tahun untuk merasai kemanisan kemenangan.

“Dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Ar-Rum, Ayat 4-5)

Kalau anda berminat dengan sejarah Rom, kami nak cadangkan buku terbaru kami, KITAB TAMADUN ROM untuk pembelian anda. di webstore kami: https://bit.ly/pratempahktmktr


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.