Donald Schaffner adalah ahli mikrobiologi dan pakar mengenai keselamatan makanan dari Universiti Rutgers. Artikel ini merupakan jawapan daripada beliau dalam menjawab persoalan yang berkaitan.

Sehingga kini masih tiada bukti bahawa COVID-19 boleh tersebar melalui makanan. Risiko terbesar apabila membabitkan COVID-19 dan barangan runcit adalah ketika sedang berada di sekitar orang lain semasa membeli-belah di pasaraya.

Patutkah kita menyimpan bahan makanan di garaj atau luar rumah selama 3 hari?

Ini tidak masuk akal. Adakah anda benar-benar akan membiarkan susu anda, ais krim anda, daging mentah anda di luar selama tiga hari?

Ini mempunyai kesan terhadap kebersihan makanan yang lebih penting. Perlakuan ini mengundang kepada kemudaratan, atau paling kurang makanan tersebut akan menjadi rosak.

Amatlah sedikit betulnya dalam nasihat ini, kerana kita tahu bahawa virus itu perlahan-lahan tidak aktif pada suhu bilik, dengan separuh hayat kira-kira lapan jam.

Tetapi jika nasihat ini menganggap bahawa semua barang runcit tercemar, dan hanya menyentuh barang runcit akan membuat anda sakit, ini  semuanya tidak benar.

Adakah saya benar-benar perlu membasmi semua kotak & bag sendiri sebelum dibawak masuk?

Saya fikir ini juga nasihat yang tidak masuk akal saintifik. Sekiranya anda prihatin terhadap luar pakej makanan yang tercemar, saya mencadangkan agar anda membasuh tangan anda atau membersihkan tangan anda sebelum anda duduk untuk makan apa-apa makanan yang mungkin diambil dari bekas itu.

Malah, mencuci tangan sebelum makan adalah amalan terbaik walaupun kita tidak berada dalam pandemik!

Membasuh terus makanan mentah dengan sabun? Sabun sepatutnya tidak digunakan untuk membasuh makanan.

Sabun tidak direka untuk membasmi makanan. Sabun boleh menyebabkan rasa mual, muntah dan cirit-birit jika tertelan.

Sebaliknya, cadangan semasa oleh ahli sains, termasuk FDA, mengatakan untuk mencuci buah-buahan segar dan sayur-sayuran dengan air sejuk.

Adakah guna semula bag boleh berisiko?

Ramai orang menggunakan guna semula bag sebagai pilihan yang bertanggungjawab. Kami melakukan ini dalam keluarga saya juga.

Ia adalah amalan terbaik (walaupun sebelum zaman pandemik) untuk mencuci beg yang boleh digunakan semula secara tetap.

Walaupun secara teorinya mungkin beg yang boleh diguna semula boleh mendapat kuman, termasuk virus korona semasa di kedai runcit.

Namun ancaman terbesar yang dihadapi mana-mana orang sekalipun adalah orang lain di kedai yang mempunyai COVID-19. Saya akan mencadangkan agar anda menyimpan beg runcit anda di dalam kereta, jadi anda senang untuk menggunakannya apabila anda pergi membeli-belah.

Jika anda bimbang bahawa beg anda mungkin mempunyai virus korona, anda boleh mencuci mereka.

Anda juga harus membasuh tangan anda selepas anda selesai meletakkan semua barangan runcit anda. Ini juga nasihat yang baik walaupun sebelum pandemik.

Apa yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan risiko apabila membeli-belah runcit?

Banyak kedai runcit menawarkan sanitizer tangan di pintu masuk, dan menawarkan khidmat untuk membasuh kitar semula barangan runcit.

Kedua-dua idea hebat, dan pelanggan harus mengambil kesempatan ini jika tersedia.

Nasihat saya yang lain adalah untuk membuat senarai, dan mengetahui apa yang anda mahu, dan bergerak dengan pantas dan cekap melalui kedai, memilih item dalam senarai anda sahaja.

Amalkan jarak sosial yang sesuai, cuba yang terbaik untuk menjauhkan diri sejauh 6 kaki (1.8 meter) daripada pembeli lain.

Sekiranya terdapat sanitizer yang tersedia, saya juga menggunakannya semasa saya keluar dari kedai, dan kemudian saya akan menggunakannya semula di rumah sebaik sahaja saya selesai meletakkan semua barangan runcit saya dan mengembalikan beg membeli-belah saya ke kereta.

RUJUKAN:

  1. https://www.sciencealert.com/food-safety-expert-explains-how-to-safely-deal-with-groceries-during-the-pandemic

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.