Perlawanan Yang Mengubah Dunia

2,543

Kebanyakkan daripada anda pasti pernah mendengar seni mempertahankan diri bernama kickboxing atau Muay Thai. Pada tahun 1970-an seni mempertahankan diri kickboxing ini telah menjadi salah satu yang menjadi kebanggaan rakyat Amerika Syarikat. Mereka juga sering terlalu bangga dengan seni yang berasal daripada Jepun ini.

Adakalanya, mereka memperkecilkan seni-seni mempertahankan diri yang diamalkan oleh negara lain, terutama sekali Muay Thai yang berasal dari Thailand. Pada tahun 1988, peristiwa sejarah ini terjadi apabila mereka mencabar salah seorang lagenda Muay Thai yang bernama Changpuek Kiatsongrit (CK) .

Lawannya adalah Rick Roufus (RR) iaitu seorang profesional kickboxer daripada AS. Semasa itu, dia tidak pernah kalah dengan sesiapa, dan statusnya masih lagi undefeated iaitu 28 – 0.

Perlawanan ini dilangsungkan di sebuah gelanggang, dan peraturan yang diterima adalah mengikut peraturan yang telah digariskan oleh Muay Thai sendiri, dan salah satu peraturan yang berbeza adalah ‘low kick’, yang diharamkan oleh Kickboxing USA ketika itu, tetapi dibolehkan dalam pertandingan ini yang bakal mengubah lanskap dunia perlawanan ini. Peraturan membaling atau menghempas ke lantai dan serangan menggunakan siku tidak dibenarkan pada perlawanan kali ini.

Perlawanan bermula, dan semasa pada pusingan pertama, disebabkan CK tidak pernah menghadapi lawannya yang menyerangnya menggunakan pelbagai teknik yang tidak digunakan oleh Muay Thai, dia pada awalnya diserang teruk oleh RR. Salah satu teknik dan signature move RR yang merupakan gabungan antara rear-cross on kick serta superman punch menyebabkan CK terjatuh apabila tumbukan itu mengenai mukanya.

Dia masih boleh bangkit, dan sebenarnya, tumbukan RR itu telah menyebabkan bahagian rahangnya patah. Namun, atas semangat dan motivasi yang tinggi, CK bangkit semula untuk meneruskan perlawanan. Selang beberapa saat kemudian, tumbukkan RR mengenai sekali lagi pada muka CK, menyebabkan dia rebah. Namun, dia bangkit semula setelah hampir-hampir sahaja KO (knock out)

Memang perit dan menyeksakan pada awalnya sekiranya anda menonton perlawanan ini. CK ditumbuk bertubi-tubi dan hanya mampu didorong ke penjuru gelanggang terutama pada 25 saat terakhir pusingan pertama. Rakan-rakannya dan jurulatih memberinya kata-kata semangat, dan dia bangkit semula untuk pusingan kedua.

Disebabkan oleh posisi RR yang dinamakan sebagai side stance, CK mula mempergunakan posisi tersebut sebagai kelebihannya. Keadaan kaki yang berada di hadapan menjadi sasaran mudah untuk CK mulai menendang RR secara bertubi-tubi. Bahagian paha, sisi lutut, betis dan pinggul dijadikan sasaran dan RR gagal mengelak sepakan CK yang gayanya dipanggil sebagai ‘baseball bat style kicks’.

RR ditendang berpuluh kali, dan kegagalannya untuk mengelak sepakkan CK adalah kerana seperti yang disebut di atas, iaitu peraturan kickboxing tidak membenarkan low kick (tapi dikecualikan dalam pertarungan ini). Seperti yang anda tahu, kesemua Muay Thai fighter melalui proses yang dinamakan sebagai shin conditioning, yang menjadikan sepakkan yang kuat disamping kurang rasa sakit ketika tendangan dibuat.

Selain mendatangkan kesakitan kepada kaki pihak lawan, strategi menggunakan low kick ini akan menyebabkan pergerakkan RR menjadi tidak optimum. Disamping itu, tendangan sedemikian menarik kesemua kelebihan RR untuk melakukan pelbagai serangan menggunakan kaki kepadanya.

Sedikit sains di sini, apabila bahagian badan kita mengalami kesakitan akibat diserang, dipukul atau kemalangan, salah satu tanda dan usaha untuk tidak membenarkan kerosakkan menjadi lebih teruk, salah satu mekanisma pertahanan badan kita dinamakan sebagai Functio laesa iaitu menyebabkan bahagian itu tidak berfungsi akan mula terjadi. Walaupun seseorang cuba memaksa bahagian tersebut untuk bergerak, namun, secara tidak sedar, terdapat banyak saraf yang mula menghalang apa-apa pergerakkan yang ingin dilakukan.

Dalam kes ini, kita boleh lihat sepakan low-kick yang diberikan oleh CK kepada RR menyebabkan ‘footwork’ nya mulai tidak teratur di samping sepakannya menjadi tidak kuat. Bukan itu sahaja, sepakan pada belakang lutut akan memberikan bahagian tendon seseorang itu bengkak, dan sepakkan di tepi lutut pula menyebabkan apa yang kita panggil sebagai ‘lateral translation of the knee’, yang akan merosakkan ligamen-ligamen yang berfungsi untuk menstabilkan bahagian lutut.

Sepakkan kepada otot besar di kaki seperti otot gastrocnemius yang terletak di betis beserta otot yang terdapat pada paha akan menimbulkan kesakitan yang amat saat bahagian tersebut menghantar isyarat kesakitan kepada otak. Masuk akhir pusingan dua, RR mula tidak dapat berdiri dengan betul, dan hilang keseimbangan akibat kesakitan dan juga gejala functio laesa.

Pada saat-saat akhir pusingan kedua dan ketiga, RR mulai mengalami knock down beberapa kali akibat sepakan CK yang terlalu kuat, dan tepat pada sasarannya. Posisi CK, iaitu posisi kebanyakan Muay Thai fighter ini membolehkan dia mempertahankan diri daripada tumbukan dan sepakan RR, yang juga semakin lemah.

Akhirnya, kesakitan yang dialami oleh RR menjadi terlalu teruk, menyebabkan satu sepakan yang begitu kuat pada belakang dan tepi kaki kirinya. Dia diisytiharkan kalah akibat TKO (technical knockout). CK, yang pada awalnya hampir KO memenangi perlawanan ini.

Semasa ditemubual, abang kepada RR merangkap jurulatihnya, iaitu Jeff Roufus memberikan kenyataan yang berbaur penghinaan pada awalnya, di mana salah satunya adalah:

“Sesiapa pun boleh buat low-kick, tak perlu ada bakat, tak perlu ada latihan pun boleh buat.”

Akan tetapi, selepas perlawanan tamat, dan Jeff sendiri mulai menyertai kursus dan latihan yang berasaskan Muay Thai, khususnya pada teknik lowkick ini menyebabkan dia mengubah pendapatnya mengenai taktik low kick tersebut. Dia sendiri kemudiannya berlatih demi mendapatkan ilmu pengetahuan dalam usahanya untuk membawa seni ini ke negaranya sendiri.

Selepas itu, nama CK bersama dengan seni Muay Thainya itu mendapat penghormatan dan menambah ramai lagi pelajar-pelajar dari dunia barat yang pada awalnya mengecam dan mengutuk seni Muay Thai ini.

Baik, sedikit lagi mengenai sains. Shin conditioning ini adalah salah satu latihan yang amat menyakitkan dan memakan masa yang lama. Para pelatih akan menyepak heavy beg, atau sesama sendiri serta perlu berlari beberapa kilometer untuk memantapkan lagi kaki mereka. Hal ini menyebabkan kepatahan tulang dalam bentuk mikro (micro fracture) dan bahagian tersebut (tulang tibia) akan mulai mengadaptasi kecederaan dan membina tulang yang lebih kuat.

Bukan itu sahaja, tangapan orang mengenai sepakan ke heavy beg itu menyebabkan saraf di situ akan tidak berfungsi adalah salah sama sekali. Apa yang sebaliknya berlaku adalah bahagian otak yang menerima impuls daripada bahagian itu akan menjadi resistant dan mulai rasa sakit yang sedikit sahaja memandangkan badan seseorang itu sudah mulai mengadaptasi kecederaan yang sama.

Akhir kata, walaupun anda pernah menonton video seorang peninju Muay Thai yang terkenal iaitu Buakaw menendang pokok pisang sehingga patah, itu tidak bermakna anda juga mampu melakukan perkara sedemikian tanpa latihan. Semuanya akan mengambil masa yang lama untuk badan kita berubah dan meningkatkan lagi pain threshold pada tahap yang tinggi.

TAMAT

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.