Semua maklum sebelum perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini dihentikan berikutan penularan Covid-19, salah satu perlawanan yang berlangsung ialah perlawanan pusingan kedua antara Liverpool dan Atletico Madrid. Perlawanan yang turut disaksikan oleh 3,000 penyokong pelawat yang dibawa khas dari Madrid berkesudahan kemenangan 3-2 secara agregat kepada Atletico.

Bagaimanapun, ramai berpandangan penularan Covid-19 di United Kingdom disumbang oleh perlawanan berkenaan. Dan bagi seorang pakar penyakit berjangkit, hipotesis ini tidak ditolak sama sekali. Ketua penasihat saintifik kerajaan, Angela McLean menyifatkan tidak mustahil peningkatan kes wabak di Liverpool disumbang oleh kehadiran penyokong asing yang hadir pada ketika itu.

Pada minggu perlawanan tersebut berlangsung, perlawanan membabitkan dua divisyen teratas bola sepak Sepanyol dimainkan tanpa penonton dengan tadika, sekolah dan universiti di seluruh negara ditutup. Pada ketika itu, Sepanyol merekodkan 1,646 kes dengan majoriti kes datang dari Madrid.

Keputusan menganjurkan perlawanan ini oleh UEFA terus mengundang lebih banyak soalan lebih-lebih lagi selepas bilangan kes Covid-19 di Liverpool terutama kadar kem4tian meningkat sejak itu.

Komen McLean timbul selepas Datuk Bandar Madrid, Jose Luis Martinez-Almedia menyifatkan penganjuran perlawanan dan membawa 3,000 penyokong ke Anfield sebagai satu kesilapan besar. Beliau berkata, “Ia merupakan satu kesilapan. Melihat semula detik berkenaan tetapi dengan sikap waspada, ya ia mungkin diteruskan. Tetapi saya fikir pada ketika itu, kita sepatutnya lebih berhati-hati.

“Dari hari sebelum perlawanan, kerajaan wilayah dan majlis perbandaran telah mengambil pelbagai pendekatan penting dalam mengurangkan bilangan perkumpulan orang yang besar.”

Pada awal bulan ini, pengurus Liverpool Jurgen Klopp turut mengakui agak sukar untuk melakukan persediaan perlawanan UCL dalam konteks Covid-19 dan situasi yang melanda Sepanyol ketika itu.

Rajah 2: Klopp mengakui membuat persediaan perlawanan menentang Atletico tatkala Covid-19 membadai Eropah terutama Sepanyol sebagai pelik.

Bila ditemubual laman sesawang rasmi kelab, Klopp berkata, “Pada pagi Isnin, saya bangun dan mendengar situasi yang berlaku di Madrid, bahawa mereka akan menutup sekolah dan universiti pada Rabu, jadi rasa pelik untuk menyediakan diri untuk perlawanan berkenaan, sejujurnya.

“Saya selalunya tidak bergelut dengan persekitaran sekeliling saya. Saya boleh membina tembok di kiri dan kanan bila melakukan persediaan perlawanan tetapi pada ketika itu, ia amat sukar untuk dilakukan.”

RUJUKAN:

Burrows, Ben dan Reddy, Melissa. (2020). Scientist says theory Liverpool vs Atletico Madrid helped spread coronavirus is ‘interesting hypothesis’. The Independent. https://www.independent.co.uk/sport/football/european/coronavirus-liverpool-madrid-atletico-champions-league-game-a9475051.html

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.