Kelmarin, 15 Mei 2020, pentadbiran AS yang dipimpin oleh Presiden Donald J. Trump telah merasmikan bendera yang menjadi simbol kepada cabang pasukan tentera baharu di negara mereka iaitu, United States Space Force atau Pasukan Angkasa US. Perasmian ini diadakan di ruangan Oval Office, White House.

UNITED STATES SPACE FORCE: MMXIX

Dalam ucapan pelancaran bendera Pasukan Angkasa AS, salah satu ayat yang diucapkan oleh Trump berbunyi:

“Space is going to be the future, both in terms of defense and offense and so many other things”.

Ini menandakan yang pentadbiran AS tidak bermain-main dalam hal tersebut dan ia sememangnya mempunyai tujuan mereka tersendiri. Perlu diketahui, tujuan utama penubuhan Pasukan Angkasa AS untuk menjaga/melindungi titik-titik lokasi strategik infrastruktur AS di ruang angkasa seperti satelit komunikasi, satelit pengintaian dan satelit ‘navigation’ daripada dicerobohi oleh negara China dan Rusia dan memantau segala pergerakan kedua buah negara terbabit, pertahanan dan serangan.

Pasukan Angkasa US yang telah ditubuhkan pada bulan Disember tahun lalu, 2019, menjadi pasukan keenam yang berkhidmat dibawah pentadbiran negara AS selain United States Army (1775), U.S Marine Cops (1775), U.S Navy (1775), U.S Coast Guard (1790) dan U.S Air Force (1947). Kali terakhir pentadbiran AS merasmikan cabang pasukan baharu, Air Force (Pasukan Udara), iaitu 72 tahun yang lalu sekitar pada tahun 1947.

Simbol-simbol dan warna yang terdapat pada bendera/logo rasmi pasukan AS ini dijawab oleh Ketua Operasi Pasukan Angkasa, Jeneral Jay Raymond:

1. Bintang besar: Dikenali sebagai North Star atau Bintang Utara, sebagai simbol cahaya yang membimbing negara AS, yang membawa makna, “Our core value, our guiding light”.

2. Simbol Glob Bumi Diorbit Sesuatu: “Bermaksud American Way of Life”. Bumi membawa makna rumah kepada tentera angkasa AS dan simbol sesuatu yang mengorbit bumi pula membawa makna, pelbagai misi yang akan dilakukan oleh tentera angkasa AS untuk melindungi Bumi daripada ancaman dalaman mahupun luaran yang berada di ruangan angkasa/orbit Bumi.

3. Delta Perak: Simbol khusus Pasukan Angkasa AS, bermaksud perubahan dan inovasi.

4. MMXIX: Merupakan sistem nombor dalam Roman yang membawa maksud 2019, tahun di mana Pasukan Angkasa ditubuhkan secara rasmi dibawah Jabatan Pasukan Udara AS.

5. Warna biru gelap: Suasana pemandangan angkasa 24 jam yang akan dilihat oleh Pasukan Angkasa AS.

Mengikut data, sejak Pasukan Angkasa AS dilancarkan lima bulan yang lalu, keanggotaan pasukan ini semakin meningkat. Kebanyakan ahli anggota pasukan yang direkrut, hanya diambil daripada cabang Pasukan Udara AS sahaja untuk masa sekarang. Pada mulanya, dari dua orang anggota sahaja, lalu ia mula disertai oleh 86 orang leftenan menjadikan jumlah rasmi sekarang seramai 88 orang. Pasukan Angkasa AS bercadang untuk merekrut seramai 16,000 anggota lagi sehingga ke akhir tahun ini.

Sejak logo pada bendera Pasukan Angkasa AS dilancarkan pada umum, ramai rakyat AS yang memberikan respons dan mengkritik. Salah satu kritikan menyatakan logo Pasukan Angkasa AS menyamai seperti logo Star Trek.

Bagi masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni, pernah kita melihat atau terserempak dengan logo yang ‘familiar’ ini tak? Huhu.. 2 tahun.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.