https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Perkenalkan Kepada Anda… Sonic Boom!

1,387

1. Ledakan sonik merupakan renjatan gelombang, tercipta bilamana objek menjelajah melalui udara dalam kadar setara ataupun lebih laju daripada kelajuan bunyi. Bunyi ledakannya seperti petir.

2. Bagi memahami ledakan sonik, kita perlu mengetahui mengenai bagaimana bunyi bergerak. Bunyi bergerak dalam bentuk gelombang daripada pelbagai arah.

3. Bayangkan pesawat yang berada dalam keadaan pegun dengan enjin yang sedang berfungsi. Bunyi hanya akan menjelajah sekeliling pesawat seperti bentuk sfera dengan setiap garisan bulatan di luarnya sebagai representasi gelombang.

4. Bila mana pesawat bergerak pada kelajuan subsonik, tekanan yang dihasilkan masih dilanjutkan kepada semua arah walaupun ada regangan gelombang. Oleh kerana gelombang itu sentiasa di pindah ke arah bumi, secara berterusan sepanjang jalan, tiada gangguan jitu atau perubahan tekanan terjadi. Gelombang tersebut juga tidak bertindih antara satu sama lain.

5. Apabila pesawat bergerak pada kelajuan supersonik (mengatasi kelajuan bunyi), ini bermakna pesawat bergerak sangat laju ke arah cerun parabolik gelombang sehingga mengganggu gugat medan tekanan di hadapan yang menyebabkannya dayanya mengurung dan menekan semua gelombang tersebut untuk di lanjutkan ke belakang.

6. Gelombang bunyi daripada pelbagai arah yang dilanjutkan ke belakang itu tadi kemudiannya bergabung untuk membentuk tenaga tinggi yang tunggal dengan keterbatasan daerah dalam bentuk kon. Kon kurungan tersebut di kenali sebagai ‘Mach Cone’.

7. Jika keadaan persekitarannya sesuai, ianya akan kelihatan seperti pembentukan kepulan kon awan di belakang pesawat. Ia di sebabkan perubahan tekanan udara yang sangat cepat, menyebabkan kejatuhan suhu dan wap air yang tersejat dan di perangkap dalam ‘Mach cone’ yang tercipta akibat ledakan sonik.

8. Intensiti ledakan sonik di tentukan oleh jarak pesawat dan dataran, saiz dan rekabentuk pesawat, arah pergerakkan, tekanan atmosfera, suhu serta angin.

9. Jika pesawat tersebut cukup panjang dengan rekabentuk tertentu sebanyak, dua kali ledakan sonik berkemungkinan boleh di hasilkan. Satu daripada bahagian hadapan pesawat dan satu lagi di bahagian belakang.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.